Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak

799

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Tasik Cermin Gunung Rapat tempat menarik di ipoh perak

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hari ini kita akan pergi jauh sikit dari biasa iaitu ke Ipoh Perak dimana ada satu tasik yang sangat cantik dan tersorok disebalik gunung atau bukit yang tinggi. Jangan terkejut kalau orang Ipoh sendiri tidak tahu lokasinya kerana ianya memang agak tersembunyi. Jadi teruja tak anda nak tahu tempat menarik di Ipoh Perak kali ini?

Kalau tak biasa datang, mungkin kita akan rasa was-was sebab memang bukan tempat favourite orang ramai. Kawasan masuknya ialah melalui jalan lori kerana ianya kawasan kuari. Jalan berbatu dan memang berdebu dan berselut habis. Kalau jenis yang tak sabar, rasanya mungkin akan patah balik. Ruginya sebab di Tasik Cermin ini mesti ramai yang akan terkejut bila lihat sendiri keindahan suasana disana. Tak percaya? Tak apa cuba anda lihat sendiri nanti.

Oh ya, lokasi Tasik Cermin ini admin telah senaraikan salah satu destinasi lagi di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Pengalaman Mengujakan di Tasik Cermin Ipoh Yang Sangat Menakjubkan!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Persiaran Pinggir Rapat 5a, 31350 Ipoh, Negeri Perak
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tasik Cermin Gunung Rapat

Sudah semestinya lokasi cantik macam ini aktiviti yang wajib adalah berposing sana sini. Ya, kalau ramai kawan yang satu kepala gila-gila rasanya memang seronoklah ramai-ramai ambil gambat disini. Jadi apa yang anda boleh lihat, untuk bergambar ada kawasan khas iaitu pelantar dan 1 pondok atau gazebo besar seperti di dalam gambar diatas.

Selain itu, ada juga macam rakit hanyut. Mungkin tak berapa disarankan untuk anda naik dan bergambar kerana masalah keselamatan. Tapi kalau nak juga, admin nak pesan agar berhati-hati. Terutama yang tak pandai berenang. Ya, memang rakit itu ada ikat tali. Tetapi kalau anda jatuh dalam tasik diharap anda boleh berenang dan berenang di laut tidak sama dengan berenang ditasik.

Berenang di tasik ini daya apungan badan kita adalah sangat kurang jadi jangan pelik kalau badan kita akan terus tenggelam. Apa pula yang ada di dalam Tasik Cermin itu tidak pula admin tahu. Tengok pada air sebenarnya agak menakutkan sebab kita tak nampak dalam air ada apa jadi admin sangat-sangat berpesan agar anda hati-hati.

Jalan Nak Masuk ke Tasik Cermin

Memang sebenarnya mungkin agak mengelirukan kerana ianya bukan tempat yang terkenal dan sangat tersorok. Jadi untuk masuk ke kawasan ini anda akan nampak jalan kecil yang ada pusat Jualan Nissan. Baiklah, depan sahaja lagi anda akan ada nampak Pusat Jualan Proton pula. Kemudian anda terus masuk ke dalam sampai jumpa kawasan kuari. Masuk lagi dan anda akan lihat pintu gua berada disebalah kanan.

Memang agak gelap gua itu tetapi ianya boleh dimasuki sebab kita tetap nampak pintu keluar. Jadi sila berhati-hati ya.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Cermin Ipoh Perak Ini

Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak

Jom Lihat Review Pengunjung di Tasik Cermin Ipoh Perak

Good place to chill and hangout. Must bring own activities to do as it is not developed. Nice breeze all day, so you can have some picnic or boardgames.. Jensen Chen

Quiet and hidden gem. We spend about 30 minutes trying to locate this beautiful place. We depended in blogs we found on Google to locate this place. However, once we arrived , the view was simply spectacular and breath taking. Glad that it’s not very popular otherwise it’ll be crowded with people and polluted. Devind Vijan

Secret hideout. Beautiful place but have to walk for a while to get here. There is a tunnel before you reach the mirror lake which is what make it like a hideout. Aini Messi

The lake is nice, but the road to the lake was pretty horrendous. you can spend 10-15 minutes here. nothing much to do. it would be nice if there’s a kayak activity there so we can further explore the place.. Mulyani Abu Bakar

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada Malaysia-Travelerakutengku-royalty.blogspot.com dan Fanpages Ohmedia untuk perkongsian cerita dan dan gambar.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tasik Cermin Ipoh ini, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tasik Cermin Ipoh Perak.

Facebook Comments
Suka Tempat Ini, Beri 5 Bintang