Tasik Biru Tarikan Baharu di Pokok Sena Kedah

Tasik Biru Pokok Sena Tempat menarik di Kedah

Assalamualaikum. Kini telah viral di media sosial terutamanya di negeri Kedah apabila dikatakan munculnya Tasik Biru di Kedah. Tasik Biru ini dikatakan terletak di Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi dan merupakan kolam bekas kuari. Tasik ini telah menjadi tempat menarik di Pokok Sena Kedah.

Sejak tersebarnya akan keindahan dan kecantikan airnya yang biru tempat tersebut telah menjadi daya tarikan baru bagi pengunjung tidak kira pengunjung dari Kedah sendiri mahupun negeri-negeri lain. Apa yang membuatkan kolam ini lebih istimewa lagi apabila airnya tidak akan kering setiap kali musim kemarau walaupun airnya semakin susut, namun ianya hanya untuk sementara waktu sahaja.

Asalnya kolam tersebut adalah merupakan sebuah bukit yang dikorek untuk kerja-kerja pembangunan dan selepas ditinggalkan ianya telah menjadi tempat rekreasi dan kolam mandi. Pengunjung akan memenuhi kawasan ini pada waktu petang untuk beriadah bersama keluarga dan berehat kerana suasananya yang dikelilingi bukit setinggi 15 meter serta menenangkan.

Air kolam di sana sangat sejuk dan ramai golongan muda tidak melepaskan peluang untuk mandi terutamanya pada waktu musim cuti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan kolam ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! TASIK BIRU YANG CANTIK DI POKOK SENA KEDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kepala Batas, Kedah.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tasik Biru Pokok Sena Kedah

Aktiviti Sesuai

Datang bersantai bersama keluarga bagi melihat keindahan tasik biru.Keindahan tasik ini pasti akan memukau sesiapa yang datang. Aktiviti mandi dikawasan ini perlu di bawah pantauan orang yang lebih dewasa.Tempat ini belum dibangunkan dan keselamatan pengunjung atas tanggungjawab sendiri.

Peringatan

Tempat ini belum dibangunkan lagi. Bagi mencari lokasi ini perlu bertanya kepada penduduk kampung.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Biru Pokok Sena Kedah

5 kompilasi video Tasik Kuari Biru di Malaysia

6 TASIK KUARI WARNA BIRU CANTIK di Malaysia. Cantik, tapi dalam & berbahaya. by Majalah Libur

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.orangkedah.com dan alamcyber.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Anda boleh kungjungi tasik ini sendiri bagi melihat sendiri keindahannya. Tasik ini belum dimajukan lagi namun sudah memukau mata sesiapa yang melihatnya.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tasik Biru Pokok Sena Kedah , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tasik Biru Pokok Sena Kedah.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTasik Beris Tempat Menarik di Sik Kedah
Next articlePendang Lake Resort Tempat Mendamaikan di Kedah
tasik-biru-tarikan-baharu-di-pokok-sena-kedahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!