Tasik Beris Tempat Menarik di Sik Kedah

Tasik Beris Tempat menarik di sik kedah

Assalamualaikum. Di Kedah terdapat sebuah tasik buatan manusia iaitu Tasik Beris. Tasik ini terbentuk hasil daripada pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Lokasi tasik ini adalah di kawasan daerah Sik, Kedah. Ianya telah menjadi tempat menarik di Sik Kedah.

Tasik Beris mempunyai keluasan tadahan air sebanyak 116 km persegi dan tasik ini siap sepenuhnya pada tahun 2004. Tasik ini dibina dengan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Fungsi tasik beris adalah untuk membekalkan air di sekitar Kedah dan Pulau Pinang dan mengawal keadaan banjir yang berlaku. Kini tasik ini telah menjadi tumpuan pengunjung dengan pembaharuan dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di tasik ini.

Pembangunan yang dilakukan telah membawa tasik beris kepada pusat pelancongan air. Terdapat beberapa buah chalet yang dibina dengan kadar yang berpatutan. Keadaan di sekeliling kawasan tasik ini juga sangat cantik dan dapat memikat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini.Terdapat juga ladang anggur seluas 34 ekar yang boleh dilawati.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke tasik ini. Anda boleh bersantai bersama keluarga dengan aktiviti yang menarik disini. Admin pasti anda akan berpuas hati. Rancang percutian anda dan datang ke sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PELBAGAI TARIKAN MENARIK DI TASIK BERIS SIK KEDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Ternas, 08200, 08210 Sik, Kedah.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tasik Beris Sik Kedah

Melawat Ladang Anggur

Terdapat juga ladang anggur seluas 34 ekar yang boleh dilawati dengan bayaran masuk sebanyak Rm4 seorang dan bagi sesiapa yang ingin memetik buahnya dikenakan bayaran sebanyak Rm50 untuk satu kilo. Katanya mereka mahu menjadikan ladang anggur ini sebagai ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara.

Menaiki Bot Menikmati Keindahan Tasik

Di sebelah Ladang Anggur, ada perkhidmatan bot untuk ronda-ronda sekitar tasik Beris sekitar 30 minit dengan bayaran RM10 seorang, dengan syarat perlu ada 10 orang ke atas. Kalau dapat 15-20 orang, lagi baik.

Penginapan yang Ada

Jika anda ingin bermalam di sini, anda boleh menyewa di D’Puncak Bris Lake Resort dan kawasan-kawasan yang berhampiran seperti Chalet Rimba Takwa, Keda Resort, Muda Resort, Sik In dan Hotel Melor.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Beris Sik Kedah

Tasik Beris Sik Kedah

by Pakwan Sepawan

Jom Lihat Review Pengunjung di Tasik Beris Sik Kedah

Its a fresh grape juice farm consist of 15acre land divided in 4 section. nice place to visit with nice scenery. rushdina ismail.

Very beautiful place. Nur !rish.

Pemandangan yang cantik. fieza Batu Gajah

Nice place. Bond Liaq.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.orangkedah.com dan haizanrunsah.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang menarik dan berguna. Datang ke Tasik Beris bila datang ke Sik Kedah.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tasik Beris Sik Kedah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tasik Beris Sik Kedah.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleChalet Terapung Segantang Garam Penginapan Menarik di Kedah
Next articleTasik Biru Tarikan Baharu di Pokok Sena Kedah
tasik-beris-tempat-menarik-di-sik-kedahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!