Tangkuban Perahu Tempat Menarik Di Bandung

401

tangkuban perahu di bandung indonesia

Assalamualaikum. Bandung merupakan tempat pelancongan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Disini merupakan syurga membeli belah kerana harga barang sangat murah terutamanya kain dan pakaian. Selain daripada tempat membeli belah, Bandung juga mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawat. Antaranya ialah Tangkuban Perahu yang merupakan kawah gunung berapi. Tangkuban Perahu merupaka tempat menarik di Bandung dan wajib dikungjungi apabila sampai di Bandung.

Gunung berapi ini masih aktif dan masih dalam pengawasan Badan Direktorak Vulkanologi Indonesia.  Letusan terakhir gunung berapi ini adalah pada tahun 2013. Anda masih dapat melihat beberapah kawah gunung berapi ini yang mengeluarkan gas belerang dan terdapat sumber-sumber air panas yang berada kaki gunungnya. Namun begitu, gunung berapi ini masih selamat untuk dilawati dan dikungjungi.

Bagi langkah keselamatan anda perlu membawa pentup hidung kerana disini sangat kuat bau belerang. Kenapa perlu datang ke Gunung Berapi ini? Pastinya di Malaysia tiada kawah gunung berapi yang boleh dilihat. Jadi ambillah peluang untuk melihat suasana yang sangat cantik dan indah di gunung berapi ini yang tidak dapat dilihat di Malaysia.

Tidak seperti gunung berapi lain,  puncak Gunung Tangkuban Perahu ini berbentuk memanjang dan mirip seperti sebuah perahu yang terbalik. Pada lereng gunung juga terdapat hamparan kebun teh yang menambahkan lagi keindahan panorama dan pasti anda akan ingin berada lama disini. Sekiranya tidak puas menikmati keindahan untuk satu hari anda boleh bermalam disekitag Tangkuban Perahu ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

TANGKUBAN PERAHU KAWASAN GUNUNG BERAPI YANG SANGAT CANTIK DAN INDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Cikahuripan, Lembang, West Bandung Regency, West Java, Indonesia.
  • Waktu Operasi :  7:00 pagi – 5:00 petang
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tangkubang Perahu

Aktiviti Menarik

Di sini menariknya adalah panorama gunung berapi yang masih aktif. Di Malaysia anda tidak dapat melihat panorama ini. Anda boleh abadikan kenangan dengan mengambil gambar dimana asap-asap dari kawah gunung berapi masih lagi dapat dilihat.

Bagi sesiapa yang mahu menjadikan tempat ini sebagai tempat mengambil gambar kahwin, ianya sangat sesuai. Keindahan panorama disini sangat cantik dan pasti gambar-gambar yang diambil awesome dan menarik.

Kemudahan

Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan untuk naik ke puncak gunung, anda boleh menyewa kenderaan yang disediakan. Mereka akan membawa anda ke puuncak gunung berapi. Sekiranya anda sudah pergi mengikut pakej, sudah pasti sudah termasuk sekali dengan kenderaan ke puncak.

Selain itu, disini juga terdapat kedai-kedai untuk anda membeli barangan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Terdapat ramai yang menjual di kaki lima. Anda perluu berhati-hati kerana kadang-kadang terdapat sesetengan penjual mengambi kesempatan menjual dengan harga yang mhal dari pasaran.

Harga Tiket

  • Tiket Masuk: 50 000rp (lbh kurang RM 8.00 duit Malaysia)
  • Parking Motor : 10 000rp (lbh kurang RM 1.20 duit Malaysia)
  • Parking Kereta: 15 000rp (lbh kurang RM 2.40 duit Malaysia)
  • Parking Bas : 25 000rp (lbh kurang RM 3.60 duit Malaysia)

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tangkuban Perahu

Jom Lihat Review Pengunjung di Tangkuban Perahu

Nice place to go to. With a good view and cold air, nice people. The local guides are friendly as well. One more point, not very far from Bandung city. Putu Tonsen.

Looks better since i last visit. This is a active crater that can be reach by a car. The temperature is low need to wear jacket. Suyandi Liyis.

One of the most iconic mountain in West Java. Transportations are easy, you can use ‘angkot’ to the top of the mountain. The entrance tax is cheap, but if you plan to buy souvenir at the market, it’s a little bit pricey. Luckily I have a clear sight, but usually the horizon is cloudy. adrian y.

If you want to get fresh air from mountain without too much walking or hiking and easy access to souvenir market at the same time then this is the right place for you. But if you prefer more nature and less commercialism then this place might be too crowded. Hanna Agustina.

Cold weather, Sulfurs, Rocks, Sunset. Awesome. Ari Prasetya.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada reportaseharga.com, anekatempatwisata.com dan tempatwisataseru.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tangkuban Perahu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tangkuban Perahu.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleSunway Lagoon Taman Tema Air Terbaik Di Malaysia
Next articleCameron Highland Percutian Hebat di Pahang