

Assalamualaikum. Tadom Hill Resort merupakan tempat menarik di Selangor. Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar. Tempat ini sangat indah kerana berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Anda pasti akan teruja dengan keindahan di Tadom Hill Resort dan percutian anda akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga.
Tadom Hill ini terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia iaitu di Banting, Selangor. Tempat ini adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar. Selain itu, di sini juga anda dapat bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Jadi datang ke resort ini merupakan pilian yang tepat untuk bercuti bersama keluarga.
Bagi anda yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan fikiran dan rehatkan diri dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar, Tadom Hill sangat sesuai untuk anda. Anda pasti dapat merasakan bagaimana chill dan relax nya tempat ini. Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh. Jadi. larilah dari kesibukan kota dan datang ke resort ini.
Jangan tunggu lagi, masukkan dalam kalendar anda resort ini sebagai tempat percutian keluarga atau untuk beriadah. Anda juga boleh datang ke sini untuk jalankan aktiviti beriadah tanpa perlu bermalam di sini dengan bayaran akan dikenakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini kerana keindahan flora dan fauna sedang menunggu anda disana. Admin telah kongsikan Peta Tempat Menarik ini untuk panduan semua.
PERCUTIAN ANDA AKAN MENJADI LEBIH HEBAT JIKA BERKUNGJUNG KE TADOM HILL RESORT
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 12-522 5728
- Waktu Operasi : Kemasukan Harian (10:00 a.m – 6:45 p.m), Tutup Hari Isnin
- Facebook : Tadom Hill
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Tadom Hill Resort
Aktiviti Sesuai
- Tadom Groove Di Tasik
Disini boleh lakukan aktiviti mandi manda di tasik yang air kebiruan. Selain daripada anda bersantai mandi-manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan seperti bermain kayak buluh. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Anda boleh melakukan aktiviti ini dari 8:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.
2. Aktiviti BBQ
Selain dari bermain air, anda juga boleh berbarbekue di kawasan yang telah disediakan. Anda boleh menyewa tempat untuk BBQ atau dipanggil BBQ Pit ini di kaunter perkhidmatan. Aktiviti ini sesuai dijalankan pada waktu malam sekiranya menginap di resort ini.
3. Tadom Base
Tadom Base adalah satu tarikan di dalam Tadom Hill Resort ini. Ia adalah bagi sesiapa yang menggemari aktiviti lasak dan ingin menguji kekuatan diri dan ketahanan fizikal. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Tadom Base ini.
Terdapat 4 zon yang boleh di pilih oleh anda iaitu:
– Zon Hijau
– Zon Merah
– Zon Biru
– Zon Coklat
Direka bukan sahaja untuk mencabar ketahanan fizikal anda dan ketabahan mental tetapi juga platform untuk memupuk semangat berpasukan untuk menyelesaikan semua halangan.
Penginapan yang Ada
- Gendui Chalet
Gendui Chalet dinamakan sempena “Gendui Tadom” amat disayangi , seorang pemimpin lagenda Bukit Tadom yang mengetuai penduduk kampung terhadap pencerobohan oleh orang yang tidak bertamadun (binatang-binatang buas di hutan). Gendui Chalet ini adalah tempat penginapan terbaru yang dibina di Tadom Hill. Ada 2 pilihan anda di Gendui Chalet, samada 1 katil Queen atau 2 katil single. Bagi anda yang menginginkan waktu peribadi bersama pasangan atau keluarga, chalet ini adalah pilihan sesuai.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
– Katil 9”gred hotel
– 2 Bantal
– 1 duvet
– Tuala mandi
– Hanger dan tempat menggantung pakaian
– Soket kuasa (wall power socket)
– Cermin
– Kipas siling
– Dilarang merokok
2. Tadom Bamboo Hut
Tadom Bamboo Hut ini adalah satu dorm besar yang boleh memuatkan 12 orang dalam satu masa. Terdapat 6 tilam di dalam nya. Maksimum 1 tilam adalah 2 orang sahaja. Semua tilam di bahagikan dengan kelambu nyamuk sahaja. Ia bukanlah pilihan sesuai untuk sesiapa yang hendak berbulan madu. Anda juga boleh menyewa seluruh dorm ini jika anda datang berkumpulan.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
– Katil single
– 1 Bantal
– 1 Selimut
– Kain linen
– Kelambu nyamuk individu
– Ruang Menyimpan loker (Sila bawa kunci sendiri(Padlock))
– Soket kuasa (wall power socket)
– Kipas siling
– Dilarang merokok
3. Hammock Sphere
Hammock Sphere adalah tempat menginap yang menarik kerana anda boleh tidur didalam buai rajut! Dimana anda boleh tidur dan lepak dengan sahabat atau keluarga didalam buai. Tadom Hill Resort ada menyediakannya. Kelambu nyamuk juga disediakan di dalam Hammock Sphere ini. Plug untuk anda cas telefon atau gadget anda juga disediakan di tengah-tengah Hammock Sphere.
Anda boleh lepak dan bersantai bersama rakan dan keluarga didalam Hammock ini. Ia nya sangatlah seronok. Tidak kira berapa besar saiz anda, anda pasti boleh muat didalam nya. Tidak perlu risau!
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
– Kelambu nyamuk individu
– Soket kuasa (wall power socket)
– Kipas siling
– Dilarang merokok
– Hammock & Beg tidur disediakan semasa daftar masuk
4. Khemah
Anda juga boleh menyewa khemah yang disediakan di Tadom Hill ini. Terdapat banyak khemah disediakan untuk anda. Ada 2 jenis khemah iaitu “Lakeside Tent” atau pun “Garden Tent”. Khemah ini boleh memuatkan 2 orang dewasa ataupun 1 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
– Khemah sudah didirikan
– Bumbung khemah ditutupi dengan daun nipah
– Beg tidur & lapik tidur & bantal pekhemahan mudah kembung disediakan semasa daftar masuk.
Harga dan Kos Terlibat
- Harga Sewa BBQ
Kadar sewa:
BBQ Pit: RM50
Meja dan Kerusi : RM3 / orang
Arang : RM15 / kotak
Waktu:
Tengah Hari: 11:00am – 3:00pm
Malam: 6:00pm – 10:00pm
2. Harga Penginapan
3. Harga Kemasukan Harian
Dewasa : RM 20 (Weekdays), RM 23 (Weekend), RM 25 (Peek Season), RM 28 (Super Peek Season)
Kanak-Kanak : RM 15 (Weekdays), RM 18 (Weekend), RM 20 (Peek Season), RM 22(Super Peek Season)
Kemudahan Lain
- Tandas
- Surau
- Tempat Parking
Tadom Hill Resorts, Banting
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tadom Hill Resort, Banting, Selangor
Jom Lihat Review Pengunjung di Tadom Hill Resort
Tidak menghampakan, apa yang ada memang kena dengan kesukaan saya dan yang penting saya datang dengan rakan2 pelatih memang teruja serta boleh hilang seketika rasa penat kursus.all the best tandom hill resort. Zaman Ismail.
Pengalaman yang sangat menarik dan berharga, berada di Tadom Hill terkenang memori zaman kanak2 dulu. Fasiliti sangat bagus,lengkap ngan surau,view pun cantik. Noryati Ismail.
Tempat yang tenang, terbaik. Syafina Elina.
It is a good place for a short getaway. Food are nice. Lake view here are beautiful. Good place for relax. Sadly, there are only few water activities. Sim Zee Hong.
Great facilities and reasonable prices. Also having new experiences with spring board and raft made by bamboo? Soleh Safuan.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, jangan lepaskan peluang untuk bercuti di Tadom Hill Resort, Banting ini. Pengalaman yang bakal ditimba pasti sangat manis. Terima kasih diucapkan kepada teguh Prasetyo.com kerana telah memberi banyak maklumat mengenai resort ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tadom Hill Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tadom Hill Resort.