Taman Tanjung Emas Tempat Menarik di Muar Johor

Taman Tanjung EmasAssalamualaikum. Muar, salah satu daerah di dalam negeri Johor Darul Takzim (JDT) kaya dengan keunikan tersendiri. Setelah diisytihar sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012, Muar masih mengekalkan sejarah berharga yang layak dikunjungi semula. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Muar ini. Antaranya ialah Taman Tanjung Emas yang merupakan tempat menarik di Muar Johor. 

Sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar, pengunjung yang dapat menikmati pemandangan laut Selat Melaka. Replika durian gergasi (replika kebiasaan di sekitar bandar utama di negeri Johor) akan menyambut para pengunjung apabila mereka tiba di taman tersebut.

Pengunjung juga dapat melakukan aktiviti riadah apabila datang ke sini kerana pelbagai peralatan riadah disediakan di samping kemudahan awam yang lain. Persekitaran taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang.

Anda boleh datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga. Terdapat banyak aktiviti riadah yang boleh dijalankan di sini. Admin pasti suasana aman dan tenang dapat diperolehi apabila anda sampai disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! TAMAN TANJUNG EMAS TEMPAT REAKREASI TERBAIK DI MUAR JOHOR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Tanjung Emas

Tarikan Utama

Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai.

Melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kerana banyak kemudahyan riadah disediakan.

Tempat Makan

Di sini terdapat sebuah medan selera yang menyajikan hidangan asam pedas yang sangat enak. Anda boleh datang dan cuubanya sendiri.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Tanjung Emas Muar Johor

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Tanjung Emas Muar Johor

Awesome area for family and friends to spend time, just that when your close to the docks, the smell of the water can affect your mood of the ambience. Pranava Singham Murugiah.

A relaxing n cool place to unwind in the midst of johor river n greenaries. A reasonable eatery place famous for its local delicacies. Zaleha Aziz.

A good place to hangout with your family and bring your kids to have a fun time out at night. Lots of activities. Mohd Hanafiah.

A nice place to walk around and see Sungai Muar. A place that should be visit when you coming to Muar. abdul rahim abdul rahman.

A best place to have an exercise 🙂 Nice view of sunset and sunrise, and also can spend a wonderful time with family and friends. A good place to close to natural. chew kaipin.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Dtang ke taman ini untuk membuat aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Tanjung Emas, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Tanjung Emas.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGunung Ledang Tarikan Pelancong ke Tangkak Johor
Next articleJohor Premium Outlets Tempat Membeli Belah di Kulai Johor
taman-tanjung-emas-tempat-menarik-di-muar-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!