Taman Rimba Sebangkoi Tempat Menarik di Sarikei Sarawak

Taman Rimba Sebangkoi Tempat menarik di Sarikei Sarawak

Assalamualaikum. Taman Rimba Sebangkoi merupakan pusat kerehatan, rekreasi dan komersil ( RRC) yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Sarikei. Ia dimulakan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk menyediakan templat berehat bagi para pengguna lebuh raya Pan Borneo. Ianya telah menjadi tempat menarik di Sarikei, Sarawak.

Selain daripada untuk mengembangkan industri pelancongan, persekitaran dan kemudahan yang wujud di RRC Sebangkoi telah menjadi tempat penyelidikan dimana lebih 300 spesis herba dan pokok buah-buahan dari dalam dan luar negeri telah diusahakan oleh pihak Jabatan Pertanian di kawasan tersebut.

Ianya dikelilingi dengan Flora dan Fauna dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran dan melarikan diri daripada tugasan harian dan kesesakan bandar. Terdapat pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sana termasuk hidupan liar seperti serangga-serangga kecil dan juga beberapa hidupan liar. Contoh haiwan-haiwan yang dapat dilihat seperti tupai, burung, rusa dan lain-lain.

Terdapat sebuah jambatan dibini di tinggkat atas bahagian air terjun tersebut yang strategik untuk menjadi tempat mengambil gambar berlatarkan pemandangan pokok-pokok yang menghijau. Jangan lupa singgah di sini sekiranya sampai di Sarikei. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! TAMAN RIMBA SEBANGKOI TEMPAT PERSINGGAHAN ORANG RAMAI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Taman Sebangkoi, 96100 Sarikei, Sarawak.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Rimba Sebangkoi

Aktiviti Sesuai

Di sini terdapat air sungai mengalir yang bersih dan jernih, air terjun yang kecil, hijauan pokok-pokok besar menutupi lelangit dan udara yang segar. Aliran arus air yang tenang dan sejuk, menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berehat dan menjalankan aktiviti riadah seperti mandi manda ataupun “BBQ” bersama keluarga dan kawan-kawan.

Kemudahan disediakan

Kemudahan moden seperti tempat memanggang, tong-tong sampah berbentuk seperti pohon, pondok rehat besar dan kecil, taman permainan kanak-kanak, jambatan kayu, rumah tumpangan serta tandas dan bilik persalinan.

Tarikan Taman Rimba

Terdapat beberapa tugu dibina seperti burung Kenyalang, patung kuda dan juga zirafah. Dihadapan taman tersebut terdapat sebuah pintu gerbang besar untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong ke sana. Tempat letak kereta yang luas telah disediakan dan dapat menampung jumlah kereta yang banyak.

Taman ini mempunyai 50 ekar hutan dengan ciri-ciri bukit bukau yang curam, aliran air berbatu dan air terjun kecil mengalir ke kolam dalam yang sejuk. Disebabkan rupa bentuk air terjun yang sederhana tinggi dan juga kolam air yang dalam menjadikan ia tempat untuk para-para pelancong yang berani untuk terjun pelbagai cara dan gaya.

Tempat Penginapan

Resort Taman Rimba Sebangkol

Sebangkoi Resort terletak betul-betul di sebelah kanan Taman Rimba Sebangkoi. Terdapat dua jenis bilik disediakan oleh Sebangkoi Resort iaitu 4 bilik jenis asrama yang dapat menampung sebanyak 20 orang di katil dua tingkat dan kos untuk seorang adalah RM 18 semalam.

Jenis bilik yang kedua adalah 2 suite yang mempunyai tiga bilik tidur dan ruang tamu. Bilik suite boleh menampung sehingga 7 orang dan kos bilik tersebut adalah RM 280 semalam. Ia dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya, meja makan, TV (Astro), sofa dan peti sejuk mini yang anda boleh gunakan untuk menyimpan makanan dan minuman.

Bilik suite mempunyai pintu kaca yang mencerminkan flora dan fauna sekitar Sebangkoi Resort dan juga Taman Rimba Sebangkoi. Pemandangan pohon-pohon dan bukit-bukau yang menghijau di sekitar tempat itu adalah mengagumkan. Dua daripada tiga bilik dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan satu katil single manakala bilik lain hanya dilengkapi dengan satu katil single. Terdapat juga sebuah almari pakaian di setiap bilik.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Rimba Sebangkoi Sarikei

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Rimba Sebangkoi

Beautiful park, nice place to bring family for outing. george lau.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada kgseberang.pi1m.my dan pknsarikei.pi1m.my kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Jika anda ingin melihat flora dan fauna yang indah dan cantik jangan lupa singgah ke sini. Admin pasti anda akan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Rimba Sebangkoi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Rimba Sebangkoi .

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGunung Tampin Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Next articlePasar Teresang Tempat Tumpuan Pelancong di Kapit, Sarawak
taman-rimba-sebangkoi-tempat-menarik-di-sarikei-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!