

Assalamualaikum. Taman Rimba Kenong merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lipis Pahang.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya. Di sini anda dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.
Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong. Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.
Disamping itu anda dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang. Pasti anda dapat tenangkan fikiran apabila tiba disini kerana lari daripada kesibukan kota dan ditemani dengan flora dan fauna yang cukup indah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
TEROKAI TAMAN RIMBA KENONG YANG PASTI MEGUJAKAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Taman Negara, 27000 Pahang, 27000, Jerantut, Pahang, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
- Nombor Telefon :
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Taman Rimba Kenong
Sejarah Taman Rimba Kenong
Nama Taman Rimba Kenong diambil sempena nama sungai kenong yang mengalir sepanjang Taman Rimba Kenong. Nama kenong itu sendiri berasal dari bahasa melayu Pahang. Perkataan asal adalah “Ke Nun” yang bermaksud jauh di sana, disebabkan peredaran masa perkataan “Ke Nun” telah berubah secara sendirinya menjadi Kenong.
Taman Rimba Kenong merupakan tempat tinggal manusia purba kerana mempunyai banyak lubang gua dan berdekatan dengan sumber air. Tambahan pula, Taman Rimba Kenong merupakan habitat bagi pelbagai jenis binatang yang menjadi sumber protein manusia primitif.
Kenong dijumpai oleh penduduk tempatan yang datang untuk memburu dan mencari hasil hutan seperti rotan dan gaharu. Kenong juga merupakan tempat tinggal Orang Asli yang menjadi penghuni tetap hutan hujan.
Aktiviti Rekreasi
- Jelajah Gua Batu Kapur
- Interpretasi Sumber
- Berkelah / Berenang
- Fotografi
- Aktiviti Tali
- ‘Cave Tubing”
- Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
- Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
- Jalajah Gunung
- Perkhemahan
Kemudahan Sedia Ada
- Tempat letak kereta
- Jambatan Gantung
- Pusat Penerangan
- Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
- Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
- Chalet dan dormitori
- Tapak perkhemahan
- Kemudahan tandas
- Denai hutan / Denai interpretasi
Pokok Unik : Rambai Hutan
Pokok Rambai Hutan ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tropika, dan Australia. Nama botaninya Baccaurea kunstleri. Terdapat pelbagai spesis rambai hutan ini, antaranya Rambai Mentahun.
Rambai Mentahun boleh didapati di sekitar kawasan chalet penginapan dan café Taman Rimba Kenong. Bentuknya yang bulat dan berwarna kekuningan apabila sudah masak.Bedasarkan namanya buah Rambai Mentahun memerlukan masa selama setahun untuk masak sepenuhnya.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Riba Kenong
Kenong Rimba Park
各位,CROSSURVIVE将在3月旬为大家带来Kenong Rimba Park 惊”森”探险记。by Y Q
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Rimba Kenong
Kenong Rimba Park covers an area of 128 sq kms and borders with Taman Negara. Some of the activities available for visitors to the park are caving, jungle walks, mountain climbing, swimming and fishing. Palie Massa.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada cintatravel-xpdc.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik dan berguna. Anda perlu datang dan terokai sendiri keindahan Taman Rimba Kenong.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Rimba Kenong, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Rimba Kenong.