Taman Rekreasi Bukit Serindit Melaka Jadi Tumpuan Orang Ramai Beriadah

Taman Rekreasi Bukit Serindit di MelakaAssalamualaikum. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak tempat menarik di Melaka. Mukaddimahnya, Taman Rekreasi Bukit Serindit ialah satu tapak rekreasi yang berada di sebuah pekan kecil di dalam daerah Melaka Tengah, Melaka , Malaysia. Lokasi riadah yang sentiasa penuh tidak kira waktu pagi atau waktu penang ini adalah satu lokasi tumpuan yang menghimpunkan rakyat Melaka tidak kira apa jenis bangsa.

Sesuai dipanggil juga sebagai Taman Rekreasi Perpaduan kerana dapat mengumpulkan bangsa Cina, Melayu dan India pada satu tempat dan masa dalam keadaan harmoni ini menjadikan lokasi Taman Rekreasi Bukit Serindit sangat unik. Disini, ratusan orang malah mungkin ribuan pengunjung datang kesini untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik. Tidak kira bersendirian atau berkumpulan, setiap yang datang ke taman ini pasti melakukan sesuatu yang menyihatkan.

Selain daripada keindahan trek jogging yang berlatar belakangkan pemandangan tasik yang hebat, ramai pengunjung disini yang membawa ahli keluarga kerana laluan jogging yang lebih santai tanpa lauan berbukit seperti di trek Bukit China. Jika anda mempunyai anak-anak kecil, trek jogging di Taman Rekreasi adalah sangat sesuai untuk keluarga anda.

Selain itu, disini juga adanya stadium hoki, yang pernah digunakan oleh pasukan Malaysia untuk mendapat ke Piala Hoki Dunia 2013. Disamping itu, disini turut ada taman rollerblade, gelanggang bola keranjang, stadium bola sepak atau anda boleh menyertai senamrobik yang diadakan pada jam 6 malam hingga 7 malam setiap hari. Baiklah, cukup mengenai pengenalan lokasi kali ini, admin telah masukkan lokasi Taman Rekreasi Bukit Serindit di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Taman Rekreasi Bukit Serindit

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Taman Rekreasi Bukit Serindit, Jalan Taman Bandaran, Padang Semabok,
    75400 Melaka.
  • Nombor Telefon :  
  • Waktu Operasi :  
  • Facebook : Taman Rekreasi Bukit Serindit
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Rekreasi Bukit Serindit

Peta Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka

peta Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka

Dengan keluasan taman rekreasi ini yang tersangat luas, adalah sangat berbaloi untuk ia di angkat naik menjadi pusat rekreasi keluarga di Melaka. Pihak kerajaan negeri wajar menjaga, menaik taraf dan memulihara segala prasarana dan persekitaran kawasan taman ini dengan betul-betul berkesan dan terjaga.

Jom Saksikan Video Mengenai Taman Rekreasi Bukit Serindit

Video ini telah dimuat naik oleh ONOKI TRAVEL. Berikut kata beliau mengenai taman rekreasi ini.

Taman Rekreasi di Bukit Serindit, Melaka. Bagus berjalan-jalan di taman. Anda boleh berjoging di sini dan pada masa yang sama anda boleh menghirup udara segar. Selain itu, anda juga boleh membawa keluarga anda dan anak-anak anda pasti akan suka datang kesini kerana ia mempunyai banyak taman permainan. Tambahan lagi dengan pemandangan tasik yang bagus dan disini juga terdapat stadium hoki, taman rollerblade, gelanggang bola keranjang, stadium bola sepak atau anda boleh menyertai senamrobik yang diadakan pada jam 6 malam hingga 7 malam setiap hari.

Kemudahan dan Aktiviti yang Ada

  1. Taman Permainan Kanak-kanak
  2. Stadium Bola Sepak
  3. Gelanggang Bola Keranjang
  4. Senamrobik
  5. Stadium Hoki
  6. Taman Roller Blade

Jom Saksikan Keindahan Panorama Taman Rekreasi Bukit Serindit

Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka Taman Rekreasi Bukit Serindit Tempat Menarik di Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Rekreasi Bukit Serindit

Nikmati udara yang segar di Sri Melaka Residensi dan amalkan gaya hidup yang sihat dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia di Taman Rekreasi Bukit Serindit ini. Sri Melaka Residensi.

Tempat yang ideal untuk aktiviti rekreasi. Harus melakukan senaman pagi. Simon Seow

Aerobik, Zumba, Line Dance dan Cha – Cha / Salsa! Ia begitu AWESOME! Cassandra Yeo

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian dari pihak kami di TempatMenarik.my. Kali ini kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik website marvinchong.blogspot.my yang telah berkongsi info dan gambar-gambar menarik. Semua gambar yang diambil adalah hasil perkongsian beliau di dalam website tersebut.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Rekreasi Bukit Serindit, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Rekreasi Bukit Serindit.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleKeindahan Hutan Rekreasi Sungai Udang Jadi Tarikan Tempat Berkelah
Next articleDataran Pahlawan Melaka Megamall Lokasi Membeli Belah Paling Vouge di Melaka
taman-rekreasi-bukit-serindit-melaka-jadi-tumpuan-orang-ramai-beriadahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!