

Assalamualaikum. Bagi penduduk di Serdang, Kedah Darul Aman air terjun Batu Hampar bukanlah asing walaupun mungkin orang Kedah sendiri tidak mengetahuinya terutamanya bagi mereka yang bukan berada di selatan Kedah. Taman Reakrasi Batu Hampar menjadi tempat menarik di daerah Bandar Baharu Kedah.
Lokasinya yang berhampiran dengan bandar baharu, dan Lebuh raya Bandar Baharu merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung ke sini. Kawasan rekreasi batu hampar Merupakan kawasan pelancongan yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung ke sini.
Oleh itu, ia bersesuaian dengan pencinta alam yang ingin meneroka khazanah alam dan mencari kedamaian di sini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan yang disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini.
Anda boleh datang bersama keluuarga dan rakan-rakan untuk menikmati air terjun, unggas, flora dan juga fauna. Sudah pasti suasana tenang dan mendamaikan akan dirasa apabila anda datang ke sini. Sangat sesuai bagi mereka yang mahu hilangkan tekanan kerja. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! TAMAN REAKRASI BATU HAMPAR TARIKAN PARA PELANCONG KE KEDAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Air Putih, Serdang, Kedah.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Reakrasi Batu Hampar Kedah
Mandi Manda di Air Terjun
Anda boleh mandi manda di Air Terjun Batu Hampar. Seperti yang kita sedia maklum air terjun ini sangat sejuk dan sudah pasti akan menyamankan. Segarkan diri anda dengan mandi manda di sini.
Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah, dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam.
Juga disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit dan laluan motorsikal lasak. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Reakrasi Batu Hampar Kedah
Ke Taman Rekreasi Batu Hampar
Perjalanan ke Taman Rekreasi Batu Hampar by JustAnotherGamer
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada mukimserdang.pi1m.my dan aku-mutalib.blogspot.my kerana berkongsi maklumat berguna dan sangat membantu. Datanglah ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda pasti berpuas hati. In sya Allah.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Reakrasi Batu Hampar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Reakrasi Batu Hampar.