Taman Rama-Rama Dan Reptilia Tempat Menarik di Melaka

Taman Rama-rama dan ReptiliaAssalamualaikum. Taman Rama – rama dan Reptilia Melaka merupakan salah satu lokasi pelancongan yang paling menarik dan sesuai untuk dilawati semua peringkat umur. Di sini menempatkan pelbagai spesies serangga yang pasti akan menarik perhatian anda. Ianya terletak bersebelahan pintu masuk ke negeri ini di Plaza Tol Ayer Keroh.

Taman ini juga adalah paling menyeluruh dengan menempatkan lebih daripada 200 spesies serangga tempatan selain terdapat lebih daripada 400 spesimen serangga. Di sini juga anda dapat melihat rama-rama yang sukar dijumpai dari spesies Raja Brooke dan Birdwing.

Selain melihat beribu-ribu rama-rama yang jinak, taman yang bersih dan teratur ini juga mempunyai kolam ikan koi yang bakal mencuit hati si kecil anda. Turut dipamerkan lapan daripada 50 spesies ulat beluncas berserta pokok perumah ialah Clipper, Archduke, Indian Leaf, Common Mime, Malayan Eggfly, Malay Lacewing dan Dark Blue Tiger.

Taman ini pasti memberi seribu kenangan kepada anda. Anda bukan sahaja dapat melihat tetapi juga dapat belajar dan menimba ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini sekiranya datang melawat ke Melaka. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

TAMAN RAMA-RAMA DAN REPTILIA MELAKA SANGAT MENARIK DILAWATI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Malaka.
  • Nombor Telefon : 06-232 0033
  • Waktu Operasi : 8:30 a.m – 5:30 p.m 
  • Facebook : Taman Rama-rama
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Rama-rama dan Reptilia

Pelbagai Spesis Rama-rama dan Serangga

Terdapat pelbagai spesis rama-rama dan serangga yang boleh anda lihat dalam taman ini. Selain beribu-ribu rama-rama berterbangan bebas pusat konservasi ini turut menempatkan pelbagai haiwan, serangga dan reptilia lain se­perti labah-labah, kala jengking, buaya, burung dan sebagainya untuk tarikan pengunjung.

Lebih menarik ia memberi pengetahuan berguna kepada pengunjung melalui pembinaan Gua Tarantula menyerupai san-ktuari mempamerkan 12 spesies labah-labah tarantula selain 19 spesies serangga dapat dilihat di seksyen Bugs Kingdom.

Pembelajaran Luar Kelas

Tempat ini turut menyediakan empat seksyen pendidikan sebagai sesi pembelajaran luar kelas. Empat seksyen tersebut ialah Larva Center, Pupa House, Tarantula Adventure dan Bugs Kingdom yang masing-masing memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjung mengenai perkembangan kitar hidup haiwan berkenaan.

Harga Tiket

  • Dewasa : RM 22.00
  • Kanak-kanak : RM 16.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Rama-rama dan Reptilia

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Rama-rama dan Reptilia

Really nice place, we’ve been here for a while and it was totally worth the visit! Butterflies are amazing and all the other animals such as snakes, turtles or crocodiles are fascinating. mini R.

Not many butterfly species are available here. However, I heard that the owner of the farm is not only running a butterfly farm, he is trying to conserve the trees by planting and maintaining a lot of trees in the farm.Met a worker there, she was very very friendly. She shared a lot of interesting knowledge about butterflies with us and i really appreciate it.
It’s not expensive, worth going if you want to practise macro photography. Khye Shen Sim.

Very nice place for family. My kids enjoyed this place very much. We spent so many hours here enjoying different species of animals, butterflies and insects.It is a very educational and fun place to go. Raymond Seng Nyen Communication.

Surprisingly well thought out for a Malaysian tourist offering, and very reasonably priced. The Koi River was the highlight. David Morris.

We visited the park on our last day in Malacca.We spent a good 2 hours there. There were quite a lot of things to see other then butterfly. But do remember to bring your insect repellent as there was quite a lot of mosquitoes. BC66.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.utusan.com.my dan supermengmalaya.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata taman ini sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Rama-rama dan reptilia, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Rama-rama dan reptilia.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleDataran 1 Malaysia Klebang Tempat Wajib Dikungjungi di Melaka
Next articleMuzium Maritim Melaka Tempat Bersejarah
taman-rama-rama-dan-reptilia-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!