

Assalamualaikum. Apabila sebut sahaja Sarawak sudah pasti tarikan alam semulajadi akan tergambar. Terdapat banyak tarikan semulajadi yang boleh anda lawati di Sarawak seperti Gua Niah, Gunung Gading, Taman Negara Bako dan pelbagai lagi. Kali ini admin ingin membawa anda melihat sebuah taman yang penuh dengan bunga Orkid. Taman Bunga Orkid ini merupakan tempat menarik di Sarawak.Â
Taman Orkid Kuching ini merupakan taman orkid yang terbesar di Pulau Borneo yang mempunyai keluasan seluas 15 hektar. Di sini mempunyai sebanyak 80 spesis orkid yang terdiri daripada 127 ganera. Bilangan keseluruhan orkid yang terdapat di disini pada masa kini adalah sebanyak 80 000 pokok orkid termasuk spesis kacukan.
Yang menariknya, untuk melihat lebih 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak. Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.
Bagi peminat bunga orkid jangan lupa untuk datang ke taman ini. Kepelbagaian bunga orkid di sini sudah pasti memberi satu pemandagan yang sangat cantik dan indah. Elok bagi mereka yang ingin tenangkan fikiran. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW!!! 8000 JENIS BUNGA ORKID BOLEH DIDAPATI DI TAMAN ORKID KUCHING SARAWAK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Astana Lot, Taman Orchid, 93050 Kuching, Sarawak.
- Nombor Telefon :Â 082-446 688
- Waktu Operasi : 9:30 a.m – 6:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Orkid Sarawak
Spesis Orkid Yang Ada
Spesis yang terdapat di taman ini adalah Vanda Taib, Dendrobium Tunku Nur Zahirah, Dendrobium Laila, Dendrobium Hamimah dan yang terbaru ialah Aranda Raghad Taib. Nama-nama orkid tersebut diambil bersempena nama VVIP yang pernah berkunjung ke taman ini.
Antara yang menjadi tarikan di sini ialah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia.
Aktiviti Menarik
Taman Orkid Kuching ini juga menganjurkan Pameran Orkid Antarabangsa yang mula diadakan pada tahun 2011 secara dwitahunan. Pameran ini melibatkan penyertaan sebanyak 13 buah negara. Kebanyakan negara yang terlibat adalah negara-negara di sekitar Asia. Antara negara Asia yang menyertai Pameran Orkid Antarabangsa ini adalah Korea, Singapura, Jepun, Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Taiwan, Filipina, China, Hong Kong dan Brunei. Juri-juri yang mengadili pertandingan dalam pameran tersebut didatangkan khas daripada pelbagai negara.
Taman orkid ini juga mengadakan bengkel bagi berkongsi pengetahuan tentang orkid seperti teknik menanam bunga orkid
Harga Tiket
Masuk adalah Percuma.
Jom Saksikan Keindahan Bunga Orkid Di Taman Orkid Sarawak
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Orkid Sarawak
These gardens are amazing. Despite the fact that lots of the outdoor flowers weren’t out yet, the cold room provided huge numbers of flowers for us to see. I’m sure if we went again it would be lovely to see. Andy Baldwin.
Free entry. beautiful walk path. shaded areas. amazing flowers. YewLeung Lee.
Another place worth a visit if you are interested in orchid. Learnt a lot of helpful tips here. susan lane.
Worth it!A great place to bring an orchid/flower lover.The admitance is free.Which is so much better than orchid place that you need to pay but with minimal orchid/half dead orchid. Jay Musa.
A must-visit place for orchid lovers and only 10 min walk from downtown Kuching waterfront. Well kept pathways passes by the neatly groomed flowers and makes it a pleasure to wander through the large park. Tip: begin your visit with the outdoor flowers and when you’re hot, head for the cool-house with the beautiful phalaenopsis orchids. Henrik Sønderborg.
Beautiful orchids. It’s a lovely place. You cam fond various species of orchid here. The olace is not so far from the palace. Zhilal El-Furqaan.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com, www.jomjalan.com.my dan facebook madah samarahan kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Ternyata Taman orkid Kuching sebuah taman yang cantik dan wahib dikunjungi.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Orkid Sarawak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Orkid Sarawak.