

Assalamualaikum. Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Daerah Jerantut, Pahang. Salah satu tempat sangat popular ialah Taman Negara. Ramai para pengunjung, tidak kira dari dalam dan luar negara yang datang ke Taman Negara untuk menikmati dan menerokai keindahan hutan hujan tropika. Ianya telah menjadi tempat menarik di Jerantut, Pahang.Â
Taman Negara Pahang merupakan tempat yang menyimpan khazanah alam flora dan fauna dari dahulu lagi. Di sini juga terdapat hutan hujan tropika yang berusia kira-kira 130 juta tahun, menjadikan Taman Negara Pahang sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana pelbagai daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal. Ianya sangat membantu dalam menarik pelancong dari luar untuk datang ke sini.
Selain itu, Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang. Anda pasti akan teruja apabila sampai di sini.
Terdapat banyak aktivitiyang boleh dilakukan di sini. Sudah pasti setiap aktiviti yang ada akan mencabar fizikan dan mental anda. Admin pasti anda akan berpuas hati apabila sampai di sini. Jangan lepaskan peluang mempelajari sesuatu di Taman Negara yang pasti tiada di tempat lain. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! HUTAN HUJAN TROPIKA BERUSIA 130 JUTA TAHUN BERADA DI TAMAN NEGARA PAHANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Kuala Tahan, 27000 Kuala Tahan, Pahang.
- Nombor Telefon : 03-2149 9235
- Waktu Operasi : 9:00 A.M – 5:30 P.M
- Laman Web : Taman Negara
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Negara
Terokai Flora dan Fauna Dengan Berjalan di Canopy Walk
Mempunyai ketinggian sekitar 45 meter tinggi dan 600 meter jarak perjalanan, Canopy Walk ini semestinya menjadi tarikan paling popular di Taman Negara Pahang. Para pengunjung berpeluang untuk melihat kecantikan panorama flora dan fauna semasa berjalan atas sini.
Canopy Walk ini pada awalnya dibina bagi tujuan penyelidikan dan seterusnya menjadi tarikan pelancongan bagi pengunjung dari dalam dan luar negara. Tak hairan la ramai orang-orang dari Barat datang ke Taman Negara rupa-rupanya kerana Canopy Walk ni.
Jangan risau pasal keselamatan kerana Canopy Walk ini dibawah jagaan Jabatan Hidupan Liar yang akan memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat. Canopy Walk ni juga terletak berdekatan dengan pejabat Jabatan Hidupan Liar.
Aktiviti Menarik Lain
- Merentas Hutan
- Merentas Hutan Pada Waktu Malam
- Melawat Perkampungan Orang Asli
- Rapid Shooting
- Menaiki Bot Ke Lata Berkoh
- Memberi Makan Kepada Ikan Kelah
- Memerhati Haiwan
- Memancing
- Eksplorasi Gua
- Mendaki Gunung Tahan
- Eksplorasi Air Terjun
- Memerhati Burung
Kemudahan Asas Yang Disediakan
- Laluan Pejalan Kaki Khas
- Perkhidmatan Bot
- Bas dari bandar Jerantut
- Papan anda
- Tempat Parking berbayar
- Pndok-pondok sekitar jeti
- surau
- tandas
Penginapan Yang Ada
Mutiara Resort Taman Negara
Jenis bilik disediakan:
1. Bungalow
2. Chalet Suite
3. Family Suite
4. Guesthouses
5. Hostel bed / dormitory
Seni bina luaran dan dalaman setiap bangunan di sekitar resort ini mempersembahkan elemen seni tradisional Melayu. Kebanyakan adalah daripada kayu, menambahkan lagi rasa seperti berada di kampung.
Bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti TV (Yes, memang keperluan asas bila tak dapat layari Internet), meja untuk buat kerja, penghawa dingin, peti sejuk, almari dan banyak lagi.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Negara Pahang



 HAN Rainforest Resort – Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang
Pakej Pelancungan di Taman Negara, Gunung Tahan, Pahang. by arbanji paipi
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Negara Pahang
What a beautiful park! It’s absolutely worth the inexpensive price of admission and charge for cameras (including phones). I saw a very large water monitor and two wild boar while hiking. The skywalk bridge was very popular. Higher Adventures.
Going into jungle during day and night time. Canopy walk at more than 50m above ground. Hiking hill. Also got orang asli village. Going there by using boat and learn abkut their culture. Advised to use taman negara guide. They can show to us a lot of things. JuzMe.
Love this place! Keep visiting as we need to protect this incredible area. There are very few places like this left in the world and we need them all! Josh Mathie.
Wonderful place run by outstanding and caring staff who emphasize respect for the park and its inhabitants, which include countless species of plants and animals, as well as indigenous peoples. Mustafa Ahmadzai.
Very beautiful rainforests. Its good place to visit when you are interested in the insects who live in the rainforests(scorpions, spiders etc.). Jaanus Udam.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.pojiegraphy.com dan www.bidadari.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu. Taman Negara merupakan satu tempat yang wajid dikungjungi bagi pencinta alam. Anda pasti akan teruja dengan keindahan flora dan fauna di sini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Pahang , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Pahang.