

Assalamualaikum. Anda pasti pernah dengar mengenai kewujudan Gua Niah di Sarawak. Sudah pasti Gua Niah telah menjadi salah satu tarikan di Miri Sarawak. Bukan sahaja pelancong di dalam malahan di luar negara juga pasti akan datang ke sini bagi melihat sendiri keindahan alam sekitar yang pasti menakjubkan. Taman Negara Niah merupakan tempat menarik di Miri Sarawak.Â
Gua Niah yang tersembunyi di dalam hutan di Miri terletak lebih 400km dari Kuching. Taman negara seluas 3,140 hektar ini meliputi kawasan paya gambut, hutan dipterocarp, serta batuan kapur yang besar di mana gua Niah terletak. Gua ini terdiri dari satu gua besar (The Great Cave) dan beberapa gua kecil.
Gua Niah termasyur di dunia kerana di sinilah wujudnya penemuan yang penting dalam sejarah dunia dimana di dalam Gua Niah ini, pakar arkeologi telah menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara iaitu pada 40,000 tahun yang lampau. Penemuan seperti lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil seperti keranda menjadi bukti bahawa gua ini pernah dijadikan sebagai kawasan perkuburan.
Bagi pencinta alam dan sejarah, admin sarankan untuk datang ke Taman Negara Niah. Pengembaraan anda di Taman Negara Niah pasti akan memberi pengalaman yang sangat menarik dan berharga. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! TEROKAI TAMAN NEGARA NIAH YANG MEMPUNYAI TARIKAN TERSENDIRI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 98200 Miri, Sarawak.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Negara Niah
Aktiviti Sesuai
Terdapat banyak lagi aktiviti lain yang boleh dijalankan sebagai contoh jungle trekking melalui Madu Trail, jungle trekking melalui Bukit Kasut Trail, melawat Traders Cave, Kuala Gankira dan Rumah Chang.
Penginapan yang Ada
Bagi anda yang berminat untuk meneroka Taman Negara Niah, anda boleh menginap di hostel ataupun chalet dengan membuat tempahan melalui Jabatan Perhutanan Sarawak, namun, tiada peralatan memasak yang disediakan di tempat penginapan ini. Terdapat juga hotel bajet yang menyediakan kemudahan makanan di Batu Niah.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Negara Niah
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Negara Niah
The most amazing experience I have had to date. Randy Erickson.
Worth a visit! Cave entrance was huge! At the start of hike, you cross the river which literally takes like 5 seconds. Hike was moderate. Little slippery at times as there are stairs at points and in the caves so wear sturdy shoes. I found it interesting to see the things they harvested the birds nests with, they hung from the roof of the caves. You need to bring lights as caves are dark and there is no lighting inside. Can buy a drink or some souvenirs from these ladies that have their little stalls on rout to/back from caves. There is also a museum worth a wonder through. Lisa Hamaz.
Very beautiful place. Huge cave. Julien Rousseau.
Amazing place! U should come in the morning and walking till evening. Helen Tsuvareva.
Amazing place to visit. Wonderful experience trekking through the woods and the caves. Nur Atiqah Khalidie.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.malaysia.travel dan www.maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Datang terokai sendiri Taman Negara Niah ini. Anda pasti tidak akan menyesal.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Niah , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Niah.