Taman Negara Kubah Tempat Menarik di Sarawak

Taman Negara Kubah

Assalamualaikum. Di Sarawk banyak tempat yang mempunyai keindahan flora dan fauna yang anda boleh pergi. Antaranya ialah Taman Negara Kubah. Ianya terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Jika anda memandu kereta mengambil masa 40 minit sahaja. Ianya merupakan  tempat menarik di Sarawak. 

Di sini terdapat banyak tarikan  seperti gunung, paya bakau dan pelbagai jenis binatang. Menarik di sini terdapat haiwan yang terancam dipelihara sebagai contoh orang utan, musang, beruang, dan juga beberapa spesies burung yang amat dikenali di Sarawak antaranya burung Kenyalang dan helang laut. Haiwan-haiwan di sini disimpan dalam kurungan tetapi tidak seperti zoo, kurungan haiwan ini terletak di dalam kawasan hutan semulajadi yang sama seperti habitat asal haiwan ini.

Di dalam kawasan Taman Negara Kubah denai hutan adalah panjang dan mencabar. Anda dapat melihat tempat menarik sepanjang berjalan melalui denai. Anda jangan bimbang sesat kerana denai hutan yang ada di Taman Negara ini bersistematik dan senang dibaca kerana ditanda dengan baik. Anda Juga dapat mengenali pokok-pokok dan tumbuhan kerana telah dilebel.

Sebelum ini penerbit filem Hollywood telah memilih Taman Negara Kubah sebagai lokasi utama untuk filem Farewell to the King lakonan Nick Nolte dan Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME!!! NIKMATI KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DI TAMAN NEGARA KUBAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 93050 Kuching, Sarawak.
  • Nombor Telefon : 082-845 033
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Negara Kubah

Aktiviti Sesuai

Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan mendaki Gunung Serapi. Untuk jungle trekking, lima laluan disediakan kepada anda untuk diredahi iaitu Palmetum Trail, Waterfall Trail, Rayu Trail, Selang Trail dan Belian Trail. Disini juga terdapat campsite untuk mereka yang suka berkhemah.

Air terjun di sini juga tidak kurang juga menariknya. Ia jatuh setinggi 10 meter ke dalam kolam yang cantik. Satu idea yang baik untuk berendam di kolam ini selepas jauh berjalan di dalam hutan yang panas dan lembab. Air Terjun Kubah yang boleh dilawati dengan berjalan sejauh 2 kilometer mengikuti denai.

Harga dan Kos Terlibat

Setiap pengunjung perlu mendaftar di pondok pengawal dan perlu membayar RM10 seorang untuk yuran masuk.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Negara Kubah

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Negara Kubah

The waterfall trail is the shortest among all the trails in Kubah National Park. Great for a day trip the entrance fee is 10MYR for adults.The hike is manageable although the hike back from the waterfall can be a little taxing because of the steps. Nonetheless the waterfall is amazing and definitely worth the hike. Jin-Zhi Low.

Good weekend escape to enjoy nature and breath fresh air. Nice waterfall for picnic. A little warning, don’t go there if it’s raining. The place is leech infested. Rain wakes them up to feast on the blood of unsuspecting hikers. Cedric Chong.

Great place for hick into the wilderness. Sri Dar.

Prepare mentally and physically if you want to walk to the waterfall. Merg Fard.

Good place for little sport in the natural environment. Kukuh Karyanto.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com, zulhealme.blogspot.com dan facebook Bidayuhh Awesome kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Kubah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Kubah.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articlePasar Serikin Tempat Membeli Belah Menarik di Sarawak
Next articleHutan Simpan Semenggoh Tempat Menarik di Sarawak
taman-negara-kubah-tempat-menarik-di-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!