Taman Negara Gunung Mulu Sarawak Tempat Percutian

taman negara gunung mulu sarawak tempat percutian hebat di sarawakTaman negara gunung mulu sarawak ialah salah satu tempat percutian hebat di Sarawak. Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.

Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui

Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

Taman Negara Gunung Mulu Sarawak Tempat Percutian AWESOME Bersama Rakan!

  • Alamat : Mulu, Sarawak, Malaysia
  • Nombor Telefon : 010-802 7547
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik Taman Negara Gunung Mulu

Yuran dan Caj Yang Murah & Sangat Berbaloi

Semua tiket masuk ke Taman Negara Gunung Mulu akan membenarkan anda memasukan Taman Negera tersebut tanpa limit selama 5 hari kalendar. Tiket itu tidak boleh berpindah hak milik.

Harga Tiket untuk Memasuki Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Dewasa (Warga Asing) RM 30
Kanak-kanak (Warga Asing) RM 10 (7 – 18 tahun) 6 kebawah percuma.
Dewasa (Malaysia) RM 15
Warga Emas (Malaysia) RM 7 (60 tahun ketas)
Kanak-kanak (Malaysia) RM 5 (7 – 18  tahun) 6 kebawah percuma.
  • Melawat atau tinggal di taman negara kurang dari 5 hari tidak akan mengubah harga tiket ini.
  • Jika tinggal di Taman Negara Gunung Mulu lebih dari 5 hari, anda perlu mendapatkan tiket yang kedua.
  • Yuran ini hanya caj masuk sahaja, belum termasuk untuk caj aktiviti lain di dalam Taman Negara.
  • Rakyat Malaysia perlu membawa kad pengenalan sebagai bukti warganegara.

Aktiviti Menarik di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak lengkap dengan flora dan fauna yang dijaga rapi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini.

  • Deer & Lang Caves# RM30.00 * per person includes guide fee.
  • Clearwater Cave & Cave Of The Winds# RM65.00 * per person includes guide and boat fee.
  • Fastlane# RM65.00 * per person includes guide and boat fee.
  • Night Walk# RM20.00 * per person includes guide fee.
  • Canopy# RM43.00 * per person includes guide fee.
  • Lagang Cave# RM160.00 * Price per person.# Intermediate level. Advance booking required. Minimum tour 3 person
  • Long Langsat Riverwalk# RM150(Guided), RM100 (Unguided)# Advance booking required. Minimum tour 3 person
  • Overnight At Camp 1# RM150.00 * Price per person include guide and camp fee# Advance booking required. Minimum tour 3 person

Nota : Ada banyak lagi aktiviti dengan senarai caj yang dikenakan. Jangan kata mahal, sebab apa yang anda dapat nanti InsyaAllah sangat berbaloi! Pendek kata boleh buat anda puas hati sangat InsyaAllah. Untuk lebih details, boleh cek di “Senarai Aktiviti dan Caj di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak

Tempat Penginapan

Tempat penginapan di Taman Negara Gunung Mulu memang puas hati. Jangan terkejut! Kita lihat gambar dulu sekejap.

 TYPE OF ACCOMMODATION FACILITIES All private rooms have air conditioning and ceiling fans and private bathroom ROOM RATE PER NIGHT Price include 6% GST ACTION Park Head Quarters DELUXE Garden Bungalows Double bed and a single bed Bungalow room Bungalow room Rm258.00 1 pax Rm300.00 2 pax Rm347.00 3 pax ENQUIRE NOW Park Head Quarters STANDARD Longhouse I

 Park Head Quarters STANDARD Longhouse II

Menarik bukan? Kalau nak tahu berapa rate harga di sini anda semua boleh terus cek disini. “Senarai harga penginapan di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak“.

Muat Turun Brochures

Jom Saksikan Panorama Indah di Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Berjalan ke dalam gua.
Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Jom ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Lihat beza saiz jalan dan saiz akar pokok.
Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Siapa takut tinggi kat sini?
Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Terbaik!

Antara Review Pengunjung

There’s so much things that we can do here especially for those who loves nature and rainforest. So do plan your trip and your expenses. Yadel Kurie

Beautiful park, great caves, and plenty of tours. But you are required to have tours/guides for all the caves, so plan your expenses. Also like a real rainforest set your expectations. Seeing animals in the wild is difficult, but you will see plenty of bats. The tours and hikes are well developed and most have walkways so don’t expect full rainforest trekking. It is a bit touristy in that regard. But there is plenty of opportunities to do some real trekking, i.e. Pinnacles as well as adventure caving. Chip Ip

Accessible with a great degree of biodiversity. It is also renown for its caves. Flew in from Kota Kinabalu. Park HQ accomodation is very decent. Email to confirm accomodation before flight as numbers are limited. People who cant find a room at HQ stay at the more costly Marriott, or some homestays nearby. Food is also decent at the HQ. If you have spare cash for Marriott, the breakfast buffet is pretty phenomenal. Note that as Mulu is rather isolated, certain items may be out supply, but this did not pose a problem during our stay. Candice Kang

Penutup Kisah Taman Negara Gunung Mulu

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Taman Negara Gunung Mulu yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Gunung Mulu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Gunung Mulu!

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePercutian Menarik di Pulau Bum Bum Sabah Satu Lokasi Percutian Bajet
Next articleTree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim Tempat Percutian & Rekreasi Air Terbaik
taman-negara-gunung-mulu-sarawak-tempat-percutian-best-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!