Taman Negara Gunung Gading Tempat Menarik di Sarawak

Taman Negara Gunung Gading

Assalamualaikum. Adakah anda pernah lihat bunga terbesar di dunia? Sudah pasti di Sarawak merupakan tempat yang seharusnya dikungjungi untuk melihat bunga ini. Ianya terletak di Taman Negara Gunung Gading. Taman Negara ini telah menjadi tempat menarik di Sarawak dan wajib dikungjungi.

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan hujan bergunung-ganang yang terletak dua jam dari Kuching. Terletak berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak. Pada mulanya, taman ini merupakan kawasan pemuliharaan tertutup bagi Rafflesia yang menakjubkan, bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga satu meter diameter. Pada tahun 1994 ianya telah dibuka kepada orang ramai.

Anda pasti akan berasa kagum apabila dapat melihat sendiri bunga yang menakjubkan ini. Satu laluan yang dibuat daripada papan telah dibina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai.

Datanglah ke sini bagi melihat sendiri bunga terbesar di dunia. Bagi pencinta alam sekitar, tempat ini sangat sinonim dengan anda. Datang secara berkumpulan lebih seronok. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! BUNGA TERBESAR DI DUNIA TERDAPAT DI TAMAN NEGARA GUNUNG GADING

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 94500 Lundu, Sarawak.
  • Nombor Telefon : 082-735 144 
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Negara Gunung Gading

Spesis Bunga Refflesia di Sini

Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan ada segelintir darinya telah diancam kepupusan. Antara tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak ialah ‘Rafflesia Pricei’, ‘Rafflesia Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan-Mudae’. Namun , hanya spesies bunga ‘Rafflesia Tuan-Mudae’ sahaja di jumpai di Taman Negara Gunung gading.

Tarikan Menarik Lain

Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun , laluan pejalan kaki, serta pemandagan hutan simpanan yang indah untuk dikunjungi. Di sini juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna.

Harga Masuk

RM 20.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Negara Gunung Gading

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Negara Gunung Gading

A very good mountain retreat. Nice view of the surrounding from the top, especially looking at the seaside. Edmund MacMiller.

Best place to see a rare flower Rafflasia. We were lucky to see the flower blooming and it is spectacular. vardhan patankar.

Great hiking and wildlife sighting here. Contrary to popular belief, rafflesia is in bloom 365 days a year, just not always in the “conservation area” where it is more easily spotted and accompanied by a guide. Our guide was super amazing and knew so much about the park and all the wildlife. Got to swim in the natural springs and enjoy the fresh air. Will be coming back for overnight stays for better hiking and wildlife sighting. Robert Irven.

One of the only places to catch a rare sight of the Rafflesia. Great trek and scenery as well (if you like nature). Ian Chin.

Get a guide to bring you visit some unusual trail and see something different and exotics. Jeff.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada alexanderleong.blogspot.com, www.malaysia.travel dan www.sarawakiana.net kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna. Admin sarankan pencinta alam untuk datan ke sini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Gunung Gading , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Gunung Gading.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Negara Bako Tempat Menarik di Sarawak
Next articlePasar Serikin Tempat Membeli Belah Menarik di Sarawak
taman-negara-gunung-gading-tempat-menarik-di-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!