Taman Negara Bako Tempat Menarik di Sarawak

Taman Negara Bako

Assalamualaikum. Di Sarawak terdapat banyak taman negara yang boleh dilawati. Antaranya ialah Taman Negara Bako. Taman Negara Bako yang letaknya 37 km dari Kuching. Ianya menjadi salah sebuah tempat menarik di Sarawak.

Walaupun taman negara ini kecil tetapi ianya merupakan taman negara yang tertua. Ianya dibuka pada tahun 1957 dan meliputi kawasan seluas 27 km persegi. Terdapat banyak flora dan fauna dapat dilihat disini. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam semulajadi yang luar biasa cantiknya.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako. Terdapat hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo. Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif.

Jadi tunggu apa lagi? Datanglah ke taman ini bagi melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Bagi pencinta alam sekitar, admin sangat galakkan untuk anda singgah ke sini apabila sampai di bumi Kenyalang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME!!! KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI TAMAN NEGARA BAKO MEMUKAU PANDANGAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Taman Negara Bako

Aktiviti Sesuai

Pelbagai aktiviti lasak boleh dijalankan disini. Anda boleh mengembara melihat keindahan alam semulajadi. Di Bako terdiri daripada 16 laluan hutan berkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berjalan kaki dan mendaki. Mereka yang sukakan cabaran boleh memilih untuk mendaki hutan sepanjang hari atau menyertai ekspedisi perkemahan semalaman, manakala bagi mereka yang tidak gemarkan aktiviti lasak boleh memilih untuk berjalan kaki di denai hutan.

Penginapan yang Ada

Ada chalet di Taman Negara Bako jika anda ingin tidur di sini. Walaubagaimanapun, penginapannya adalah asas selesa untuk bermalam.

Harga Tiket

  1. Tambang Bot
  • Warganegara : RM30
  • Bukan Warganegara : RM40

2. Tiket Taman

  • Warganegara : RM10
  • Bukan Warganegara : RM20

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Taman Negara Bako

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Negara Bako

I definitely recommend this place. I went only for a day trip, walked through two short trails, but still I saw three (and all) kinds of monkeys including proboscis monkey from a very close distance. Also many kinds of carnivorous plants including the one unique to this park.  For not missing anything and for efficient trip by boat (I didn’t have to wait at all leaving behind many others!), you are strongly suggested to hire a guide who knows everything in the park and exchange information where you can see what. Tats Horiuchi.

A unique Nat Park to have a good break from work or city life. Proboscis monkey is worth the whole trip. Not forgetting beautiful mangrove landscape along a river boat ride. Abby Wong.

It is worth a visit. Very well organized. If you like more comfort – take a guide. Bus to the park from Kuching, then boat, and you are already in the National Park. There are a lot of hiking routes, so not a bad idea to stay overnight if you want ti do more. A day trip is also enough. Ma ria.

Wondering place with a challenging time hiking. I took bus no 1 for RM3.5 from Kuching to Bako national park. You need to pay RM20 entrance fees. Also, you could share a boat with few others to get to the main island which it is 20 minutes by boat. I recommend taking enough water and snacks as it takes few hours to complete one trail. I took trails no 5, 6 to hike as they have the most likes among the others. Its quite hot and humid so I recommend you have a proper hat and an umbrella. Hayder Haraty.

It’s a great trek, trails are clearly marked, you’d be able to check it out without a guide if you’re a competent hiker. But I’m not gonna lie. It’s super hot. I haven’t sweat this much on my life. So be sure to bring not just plenty of hydration, but also salt and electrolytes and a packed lunch. Good thing about having guides is that their eyes are trained to spot elusive wildlife and educate you on animals and plants. That said we were able to do well without a guide (which is expensive to hire). A Lee.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.jomjalan.com.my, www.malaysia.travel dan fictravelog.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Perkongsian ini sangat membantu dalam penyebaran mengenai Taman Negara Bako.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Negara Bako. , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Negara Bako. .

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleBorneo Highland Resort Tempat Meanarik di Sarawak
Next articleTaman Negara Gunung Gading Tempat Menarik di Sarawak
taman-negara-bako-tempat-menarik-di-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!