

Assalamualaikum. Taman kebudayaan, Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di luar bandar Melaka, berhampiran bandar Ayer Keroh. Jika anda mempunyai minat dalam seni bina tradisional dan sukakan cara hidup sebegini, ini adalah tempat yang hebat dan paling sesuai untuk diterokai.Taman ini merupakan tempat menarik di Melaka.Â
Setiap rumah mewakili gaya seni bina 13 buah negeri di Malaysia dan dilengkapi dengan pelbagai barangan, seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya setiap negeri. Di dalam setiap rumah, anda boleh melihat sendiri pelbagai jenis kraftangan tulen yang halus buatannya berasal dari setiap negeri atau daerah.
Patung-patung yang menyerupai kehidupan sebenar ditempatkan dalam setiap rumah, untuk menjadikannya kelihatan menarik, pakaian tradisional turut dipakaikan pada patung- patung hiasan yang terdapat di rumah- rumah tersebut.Antara tarikan lain di taman ini termasuklah persembahan kebudayaan yang diadakan secara mingguan dan bermacam jenis permainan tradisional.
Pada asasnya, ini adalah peluang untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia. Ia adalah kawasan persinggahan yang boleh menenangkan fikiran dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar Melaka yang berdekatan. Jadi jangan lupa ntuk singga ke Taman mini Malaysia ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! ADAT DAN BUDAYA DI MALAYSIA DAPAT DILIHAT DI TAMAN MINI MALAYSIA, MELAKA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
- Nombor Telefon : 06-234 9988
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m (Ahad tutup)
- Website : Taman Mini Melaka
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Mini Malaysia Melaka
Aktiviti Menarik Disini
- Kenali permainan traditional Malaysia
- Kenali tarian budaya dan belajar tarian budaya
- Dapat Melihat semua jenis rumah traditional di Malaysia
- Kiddie Park
- Aktiviti lain seperti memancing, kemudahan perkhemahan, zoo petting, permainan tradisional, telematch, demonstrasi lukisan batik, demonstrasi Gasing, demonstrasi memasak, tarian kebudayaan, menunggang kuda.
- Disini juga terdapat bilik mesyuarat dan juga boleh diadakan seminar.
Harga Tiket
- Warganegara Dewasa : RM 10.00
- Warganegara Kanak-kanak : RM 5.00
- Warganegara Pelajar : RM 7.00
- Bukan Warganegara Dewasa : RM 15.00
- Bukan Warganegara Kanak-kanak : RM 7.00
- Bukan Warganegara Pelajar : RM 10.00
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Mini Malaysia Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Mini Malaysia Melaka
Every tourist must visit this place one. The miniature houses are so cute. Educational for both young and old. Fara Ghazali.
All houses displayed has their own characteristics, design and architecture. Miss Fadillah.
This place has potential to be a great volunteer place in rebuilding historically traditional Malaysian homes. There are some great examples of the homes they built and lived within all slightly unique to each region within Malaysia. Ryan
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.malaysia.travel dan www.petai.net kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Taman Min ini wajib dikungjungi apabila sampai ke Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk mengenali rumah-rumah di Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Mini Malaysia Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Mini Malaysia Melaka.