

Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang pasti menimbulkan panorama yang sangat menarik. Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan.
Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua. Anda dapat melihat panorama indah flora dan fauna yang sangat menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk datang beriadah bersama keluarga. Anda pasti akan berpuas hati dengan pelbagai tarikan dan aktiviti menarik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
AWESOME! TAMAN ETNO BOTANI TARIKAN PELANCONGAN DI GUA MUSANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Kesedar, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.
- Nombor Telefon : 09-912 1788
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Etno Botani
Tarikan
Taman Etnobotani terkenal dengan tanaman herba dan pusat ternakan burung Kasawari dan rusa. Pelawat berpeluang melihat habitat spesis burung ini dan spesis Rusa Timor serta berpeluang mengetahui khasiat herba-herba untuk kesihatan.
Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang, beberapa aktiviti rekreasi turut ditawarkan seperti rock climbing, berkhemah, penganjuran aktiviti-aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus-kursus dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan asas dan kelengkapan aktiviti termasuk kemudahan penginapan turut disediakan dan sekarang ini Taman Etnobotani menjadi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di samping dibuka untuk pelancong.
Aktiviti Utama
Lawatan
• Masuk percuma
• Buka 9 pagi – 5 petang dan ditutup pada hari Jumaat
• Perlu kebenaran daripada KESEDAR dan penempahan awal
• Kebanyakan peralatan boleh didapati di Taman Etnobotani (secara sewa)
Rock Climbing
• Perlu kebenaran daripada pihak KESEDAR
• Peralatan perlu disediakan oleh peserta atau sewa dengan pihak Taman Etnobotani
• Keselamatan tanggungjawab sendiri
• Mencabar
Kemudahan Menarik
- Taman Mini Herba
- Rumah Urut
- SPA & Sauna
- Taman Tema Air
- Rock Climbing
- Abseiling
- Repelling
- Taman Permainan Kanak-kanak
Taman Mini Air
Taman Mini Air Etnobotani, yang dibangunkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di Taman Etnobotani, di sini, dibuka kepada pengunjung. Pembangunan taman mini air pertama di Gua Musang ini menelan kos keseluruhan hampir RM800,000 dengan binaan tiga kolam untuk setiap peringkat usia iaitu bayi, kanak-kanak dan dewasa.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Taman Etno Botani
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Etno Botani
I love this place because it’s very interesting. Mohd Rafie Hashim.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.orangkelantan.com, www.projektravel.com, www.kesedar.gov.my dan www.kklwhariini.com kerana berkogsi maklumat yang menarik dan gambar yang menarik. Jika datang ke daerah Gua Musang jangan lupa untuk singgah di taman ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Etno Botani, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Etno Botani.