Taman Burung Tempat Menarik di Melaka

Taman-Burung-di-MelakaAssalamualaikum. Jika anda ingin melihat pelbagai jenis burung, Taman Burung Melaka merupakan tempat yang paling sesuai. Disini terdapat pelbagai jenis brung yang bukan hanya berasal dari Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Taman Burung ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Melaka yang wajib dikungjungi.

Taman burung ini merupakan taman burung terbesar di Asia yang dibangunkan dengan kos RM26 juta. Ia membolehkan pengunjung melihat dan berinteraksi dengan semua unggas di situ dari jarak yang dekat. Anda pasti akan teruja dan terhibur dengan pelbagai aksi burung-burung yang pasti menghiburkan.

Menempatkan kira-kira 350 spesies burung serta enam spesies utama kakak tua. Ia dilengkapi laluan kanopi berjalan kaki setinggi 12 meter dengan laluan sepanjang lebih kurang 108 meter. Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat burung di dalam taman itu walaupun di atas pokok yang tinggi.

Melangkah masuk ke taman burung ini, deruan air terjun buatan dapat didengari, sekali gus memberikan perasaan tenang, walaupun ketika itu ramai pengunjung yang turut melawat ke taman itu buat pertama kalinya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman di taman ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! PELBAGAI SPESIS BURUNG TERDAPAT DI TAMAN BURUNG MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 75450 Durian Tunggal, Melaka.
  • Nombor Telefon :  06-233 0333
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 6:00 p.m
  • Website : www.melakabirdpark.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Burung Melaka

Aktiviti Sesuai

Anda boleh melihat pelbagai jenis burung di sini. Tidak mahu mendaki anak tangga, pengunjung juga boleh menggunakan menara lif yang akan turut membawa pengunjung ke laluan kanopi itu.

Di dalam taman ini juga ada kolam kecil yang menjadi tempat beberapa spesies burung beristirehat bersesuaian dengan habitatnya. Selain melihat dengan dekat burung yang bebas berterbangan di taman ini, antara tarikan menarik yang menanti pengunjung termasuklah memberi makanan burung dan pertunjukan burung.

Kakak Tua RM 25000 Tarikan Utama

Burung kakak tua jenis Scarlet Macaw adalah antara spesies unggas paling berharga dan jarang ditemui di negara ini. Selain memiliki warna yang cantik, burung berharga di antara RM20,000 hingga RM25,000 seekor, berasal dari Brazil ini, turut mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi melalui tingkah lakunya. Burung ini merupakan tarikan utama di taman ini.

Tempat Makan

Kafe untuk menjamu selera juga tersedia buat pengunjung.

Harga Tiket

TBM mengenakan bayaran masuk RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Info Taman Burung Melaka (TBM)

  • Burung kakak tua mempunyai 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae
  • Kakak tua jenis Scarlet Macaw berasal dari Amerika Selatan adalah antara yang termahal di dunia
  • Kakak tua jenis Palm Cockatoo atau Goliath Cockatoo adalah paling mahal di dunia mencecah RM64,000 seekor

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Taman Burung Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Burung Melaka

Small, but Good place for family to enjoy with birds. Not so crowded and reasonable price. Parking free. Parents should always take care of your children, as a bird may bite your children. Shintaro Hayama.

It’s very interesting. i love it. Wan Nur Aqilah.

Small park but worth it. We can inreract with the birds directly. Very educational. Abbey Sarah and Sofie.

The staffs are very friendly. He’s helping me to tame the big blue macaw on my shoulders. Bring your own seeds and corn if you want to feed the birds. Nor Aini.

Nice open air bird park, though space is not as big as expected. For me as amateur photographer, is nice park for live birds photographing ! Bak Eng

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.bharian.com.my dan www.papaglamz.com  kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat menarik dan berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Burung Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Burung Melaka.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleJonker Walk Tarikan Menarik di Melaka
Next articleMelaka River Cruise Destinasi Menarik di Melaka
taman-burung-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!