Taman Buaya Tempat Menarik di Melaka

Taman Buaya Melaka

Assalamualaikum. Jika anda ingin melihat buaya secara dekat, di Melaka terdapat taman buaya yang merupakan tempat menarik di Melaka. Anda dapat melihat pelbagai jenis buaya disini secara dekat. Taman buaya ini merupakan yang terbesar di Malaysia.

Keistimewaan Taman Buaya Melaka adalah kerana taman ini menghimpunkan pelbagai spesies buaya air tawar dan air masin dari seluruh dunia. Anda tidak perlu pergi ke Sungai Linggi untuk melihat buaya tembaga atau pergi ke India untuk melihat buaya marsh mugger. Semuanya ada di Taman Buaya Melaka. Lebih 100 ekor buaya daripada seluruh dunia terdapat di sini.

Tarikan baharu di taman buaya ini ialah taman tema air. Anak-anak anda pasti seronok apabila dapat bermain air. Bukan sahaja hanya meliat buaya tetapi anda dapat beriadah bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti lain disini. Anda pasti berpuas hati datang ke sini.

Jadi jangan lupa untuk singgah ke Taman Buaya apabila datang ke Melaka. Anda pasti tidak akan menyesal kerana dapat melihat binatang yang sukar untuk ditemui dan berhibur dengan aktiviti-aktiviti di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PELBAGAI JENIS BUAYA TERDAPAT DI TAMAN BUAYA MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Nombor Telefon : 06-232 2350
Waktu Operasi : 8:30 a.m – 6:30 p.m
Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Taman Buaya

Aktiviti Menarik

Pelbagai aktiviti menarik seperti memberi buaya makan, pertunjukan buaya dan pertunjukan ular sering dipromosikan Taman Buaya Melaka. Aksi aksi buaya ganas ini pastinya menggamit pelancong.

Aktiviti Lain

  1. Rumah Hantu –
  2. Jurassic World
  3. Rumah Burung
  4. Taman Tema

Waktu Memberi Makan dan Pertunjukan

Waktu Memberi Makan                                                                                                 Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 12 tengah hari & 4 petang

Waktu Pertunjukan Buaya –  Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 11:30 pagi & 3:30 petang

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Buaya

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Buaya

Calm and friendly staff. You are allowed to interact with many animals here..! Children’s place. Dr Rachappa Mallikarjuna.

Amazing great afternoon. Great team of people and very friendly. Plenty to see and do. Bring you swimming outfit to swim and splash. Daniel Marsh.

Excitement, Fun and Thrilling experience at this Crocodile Farm. Great for educational purposes. Melaka.

Great Place For Family & Group Tour. Eddie Baker.

100% perfect for children! Amir burhanudin.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, www.jomjalan.com.my, kucenmaster.blogspot.my, bukitkatilhomestay.dan unaizahsdiary.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Buaya Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Buaya Melaka.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Baba Dan Nyonya Tempat Menarik di Melaka
Next articleMasbro Village Melaka Penginapan Menarik di Melaka
taman-buaya-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!