Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya

Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya
Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya

Pembaca tempatmenarik.my pastinya datang dari pelbagai negeri. Dari timur hingga barat, rasanya hampir setiap negeri telah admin kongsikan pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Jadi kali ini tibalah pula untuk admin berkongsi tempat menarik di kawasan bandar iaitu Putrajaya. Tempat menarik di Putrajaya sebenarnya ada banyak dan berada berdekatan di antara satu sama lain.

Hal ini kerana, Putrajaya adalah pusat pentadbiran Malaysia dan merupakan satu bandar terancang yang dilihat sangat berjaya. Oleh sebab itu, kemana sahaja anda ingin pergi di dalam Putrajaya adalah sangat mudah dan cepat untuk di capai. Menarik bukan?

Baiklah, tanpa membuang masa kita mari sama-sama kita lihat tempat menarik di Putrajaya kali ini iaitu Taman Botani Presint 1 Putrajaya! Sebelum pergi jauh, pastikan anda tidak keliru ya. Seperti yang admin kongsikan tadi bahawa di Putrajaya ini ada banyak tempat menarik dan semuanya sebenarnya berada berdekatan sahaja jadi jangan keliru yang mana Taman Botani Putrajaya dengan taman rekreasi lain di Putrajaya seperti :

  • Taman Cabaran, Putrajaya
  • Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
  • Taman Wetland, Putrajaya
  • Taman Saujana Hijau, Putrajaya
  • Taman Alam Rimba, Putrajaya
  • Taman Sri Empangan, Putrajaya
  • Taman Ekuestrian, Putrajaya
  • Taman Putra Perdana, Putrajaya
  • Taman Wawasan, Putrajaya

Banyak taman rekreasi dan seumpamanya di Putrajaya ini. Pendek kata kalau nak pusing semua rasanya memang mustahil untuk habis semua sehari. Jadi, kalau anda berada berdekatan bolehlah pilih-pilih dan bertukar angin untuk beriadah di mana-mana taman rekreasi diatas yang mana semuanya berada di Putrajaya.

Taman Botani Presint 1 Putrajaya Tempat Riadah Keluarga yang Menenangkan!

  • Alamat : Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya
  • Nombor Telefon : 03-8887 7770
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Taman Botani Putrajaya

Pastinya ramai nak tahu apa aktiviti yang menarik dapat dilakukan di sini. Jadi untuk itu kita kena tahu dulu keadaan sebenar Taman Botani Putrajaya ini. Sebenarnya, Taman Botani, Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara.

Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini. Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia. Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.

Aktiviti di Taman Botani, Putrajaya

Jadi apa yang anda boleh lakukan di Taman Botani, Putrajaya ini?

  • Berlari/ jogging/ berjalan.
  • Mengayuh basikal.
  • Menaiki Tram
  • Ambil gambar kahwin, santai, dll.
  • Dan apa sahaja aktiviti yang sesuai.

Peta Taman Botani, Putrajaya

Sebelum itu, terjah dahulu peta di kawasan Taman Botani, Putrajaya. Memang luas!

Taman Botani, Putrajaya
Taman Botani, Putrajaya

Caj Sewa Basikal dan Tram di Taman Botani Putrajaya

Kalau tiada perubahan, berikut admin kongsikan kadar caj sewa untuk basikal dan tram. Perlu diingatkan bahawa kadar caj sewa ini sedikit berbeza hujung minggu. Jadi sila take note.

kadar-harga-caj-bayaran-basikan-dan-tram-di-taman-botani-putrajaya
Kadar caj sewa basikal dan tram di taman botani putrajaya

Harga Tiket Masuk ke Taman Botani Putrajaya

Untuk makluman semua, apa yang best di Taman Botani Putrajaya ialah harga tiket untuk masuk adalah RM0.00! Ya, sebenarnya ianya percuma. Jadi anda masuk percuma, maka keluar pun percuma.

Caj masuk Taman Botani Putrajaya
Caj masuk Taman Botani Putrajaya

Panorama Indah di Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Tempat Menarik di Putrajaya
Jom berjalan!
Taman Botani Tempat Menarik di Putrajaya
Jalan yang lurus.
Taman Botani Tempat Menarik di Putrajaya
Jom ronda-ronda di Taman Botani.
Taman Botani Tempat Menarik di Putrajaya
Terowong Bunga Kertas.
Taman Botani Tempat Menarik di Putrajaya
Keindahan alam yang menenangkan.

Review Taman Botani

Super huge park with lakes, go for a bike ride, have a picnic, sit by the lakes, and grab food a drink..birthday party.It is absolutely beautiful out here! Enjoy the serenity of the great lawn. Zainorme Zainol

My favorite place .every week i will Request my father to fetch me here although it is far from my home .This place can relax ,picnic cycling and do things that u like .Here have a variety of plants and flowers and u also can rent a bicycle here .1 hour just need RM4 .I love this place so much. Yen Yi Alice

Nice place for family & recreational activities such as brisk walking, jogging, cycling, etc. But was slightly disappointed with the Moroccan Pavilion which was under maintenance when we went there. Toilet cleanliness could be improved. Fakrul Ekram

Very nice place to have a walk…But,I didn’t get a chance to do cycling because the rented time is over already..Will come again to do cycling next time. Nazifah Ahmad

Spacious, nice scenery, sufficient car park and rather well maintained. A good spot for family outing. Ryan Lim

Love the environment! Best place to cycle. It’s cheap and worth it! Carin Lim

Nice place to bring child for cycling. Even have rental bicycle if u not bring of your own. Nasri Saad

Special Thanks

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Taman Botani Putrajaya yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Botani Putrajaya, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Botani Putrajaya!

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePenang Escape Theme Park Tempat Menarik di Pulau Pinang Wajib Pergi
Next articleAllvision Koffee Tempat Makan di Kelantan Sedap Superlicious Wajib Pergi
taman-botani-putrajaya-tarikan-riadah-tempat-menarik-di-putrajayaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!