

Assalamualaikum. Banjaran Crocker adalah banjaran gunung yang terletak di pulau Borneo. Banjaran ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ia merupakan banjaran gunung tertinggi di Sabah iaitu setinggi 1,800 meter. Jika anda ingin melihat keindahan flora dan fauna boleh datang ke taman ini. Ianya merupakan tempat menarik di Keningau Sabah.Â
Kenapa anda perlu datang ke sini? Sudah pasti kerana keindahan flora dan fauna yang pasti akan memukau pandangan anda. Hutan ini merupakan hutan yang telah diwartakan sebagai hutan yang dilindungi. Ia mempunyai kekayaan biodiversiti dan ekologinya mengagumkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Dianggarkan terdapat 500 spesis tumbuh-tumbuhan, 107 mamalia, 67 amfibia, 52 reptilia dan 26 spesis hidupan ikan.
Taman Banjaran Crocker ini mempunyai beberapa tempat yang boleh dilawati seperti Insektarium (Taman Serangga) , Pusat Pemulihan Paku Pakis Liar, Menara Pemerhatian , Kawasan Rafflesia dan lain-lain.Wow!!! Sukar untuk kita melihat flora dan fauna seperti di tempat lain. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir sendiri ke taman ini.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh datang ke sini. Taman Banjaran Crocker Stesen Keningau terletak kira- kira 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau melalui jalan Kimanis menghala ke Papar. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA MEMUKAU DI TAMAN BANJARAN CROCKER
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Tambunan, Sabah.
- Nombor Telefon : 088-523 500 Â
- Website : SabahPark
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Taman Banjaran Crocker
Aktiviti Sesuai
Anda boleh melihat flora dan fauna kerana terdapat beberapa taman yang boleh dilawati. Bagi yang suka berkhemah, terdapat tapak disediakan disini oleh Pihak Pengurusan Perhutanan Sabah.
Kemudahan Disediakan
Di sini anda boleh menikmati beberapa kemudahan seperti penginapan (dorm dan chalet) pada harga yang berpatutan dan kemudahan kafeteria.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Banjaran Crocker
Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Banjaran Crocker
Amazing place. Natural beauty at it’s best. Never got bored of visiting this place so regularly. Fresh cold air. Magnificent view of Mount Kinabalu. Ram Kumar Rao.
I recommend this place for natural lover and them that like an adventure activity, so much you can see over here. I like this place. Mealdy Mozes.
Good for hiking and trail running. Downside, always raining. Ronald Binati.
Very pretty place. Nice hiking trails. Nature lovers will love it here. Naqiuddin Kutbuddin.
So natural. High recommended for nature lover. Denne 90.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada abangboyc.blogspot.com dan sini.com.my kerana berkogsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Bagi pencinta alam bolehlah datang ke sini bagi melihat sendiri keindahan Flora dan Fauna.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Banjaran Crocker, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Banjaran Crocker.