Taman Agro Teknologi MARDI Tempat Menarik di Langkawi

2946
taman agro teknologi langkawi

Assalamualaikum. Jika anda melancong ke Langkawi jangan lupa singgah di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Taman ini merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi kerana sering dikunjungi oleh pengunjung dari luar negara. Admin masukkan tempat ini ke dalam salah sebuah tempat menarik di Pulau Langkawi.

Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Di sini terkenal dengan ladang buah-buahan pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan di sini. Antaranya ialah belimbing, mangga, cempedak, limau bali, nanas, pitaya dan banyak lagi.

Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada. Setelah penat melihat keseluruhan kawasan taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.

Yang menariknya di sini ialah, kakitangan Taman ini akan mengambil daun kelapa dan mengubahnya menjadi sesuatu benda untuk diberikan kepada pengunjung yang datang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dan menikmati sendiri buah-buahan yang ditanam. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

NIKMATI BUAH-BUAHAN TEMPATAN DI TAMAN AGRO TEKNOLOGI MARDI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000, Langkawi, Kedah, 07000, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-953 2550 
  • Waktu Operasi : 8:30 a.m – 5:00 p.m (Jumaat tutup)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Agro Teknologi MARDI

Aktiviti Sesuai

Di sini anda akan dibawa melihat lebih 20 jenis pokok buah-buahan tempatan dengan sebuah van bersama-sama pelawat lainnya. Van ini juga akan berhenti di sebuah stesen untuk anda merasai buah-buahan organik yang sedang dalam musimnya dengan percuma.

Disini juga disediakan tapak perkhemahan. Pakej bermula dari RM 5:00 seorang.

Harga Tiket

Warganegara

  • Dewasa : RM 7:00
  • Kanak-kanak : RM 3:00

Bukan Warganegara

  • Dewasa : RM 25:00
  • Kanak-kanak : RM 10:00

Waktu Terbaik Melawat Taman

Waktu terbaik melawat ladang Agro Langkawi ini adalah semestinya sewaktu musim buah, iaitu dari bulan Mei hingga Julai.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Agro Teknologi MARDI

Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Agro Teknologi MARDI

Amazing place to take the kids. Can see fruit plants and eat fresh fruits. Good place to visit. Mudassir Rafiq.

Great place! Friendly staff with yummy fruits .منيرة ابراهيم.

The guide is very friendly.the prige is very good. There are even free fruits for you to taste.there are a lot of hoats there. This is like the garden of eden.loved it! Ah Gong.

Nice place for your tour. Hafizi Hassan.

Best place to eat fruits. Famous Malaysia Tour Serviced Guaranted.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada marimelawatmalaysia.blogspot.my dan www.jomjalan.com.my di atas maklumat dan gambar yang telah dikongsikan dan sangat berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Agro Teknologi MARDI, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Agro Teknologi MARDI.

Facebook Comments