Sutra Beach Resort Tempat Penginapan Keluarga Di Terengganu

sutra-beach-resort-di-setiu-terengganu

Assalamualaikum. Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai tempat yang menarik untuk dikungjungi.  Tempat menarik di Terengganu disebabkan negeri ini berada di persisir pantai. Jika mahukan percutian yang mendamaikan Negeri Terengganu merupakan pilihan yang bijak. Di Terengganu banyak pantai-pantai yang sangat cantik untuk dikunjungi. Para Pelancong berpeluang untuk menginap di hotel atau resort yang menghadap pantai.

Salah sebuah resort yang menjadi tumpuan para pelancong ialah Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Sutra Beach Resort merupakan hotel 3 bintang yang terletak di kampung nelayan kampung Rhu Tapai, Terengganu.

Resort ini adalah destinasi ideal untuk percutian impian anda. Konsep keanggunan klasik dan kemewahan moden menjadikan resort ini adalah tempat yang sesuai untuk lari dari kesibukan kota. Bilik yang menghadap pantai akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi sesiapa sahaja yang mengujungi resort ini.

Bilik di resort ini cantik dan sangat selesa serta berpatutan dengan harga. Di sini terdapat kolam renang yang sangat besar dan seperti bersambung dengan pantai. Walaupun tidak dapat mandi di pantai tetapi mandi di kolam renang sudah memadai dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jadi hal ini menarik admin untuk membuat perkongsian mengenai resort ini yang sudah dimasukkan kedalam lokasi hebat dalam Peta Tempat Menarik ini.

Sutra Beach Resort Menjanjikan Percutian Keluarga Anda Menjadi Lebih Menarik

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 
    Sutra Beach Resort, Kg Rhu Tapai, Marang, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +609-653 1111
  • Facebook : Sutra Beach Resort
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Sutra Beach Resort

Aktiviti

  • Disini sangat sesuai untuk mereka yang mencari tempat penginapan yang damai untuk merehatkan badan dan minda bersama keluarga.
  • Kolam renang yang besar dapat memberikan keseronokan untuk mandi manda. Bagi kanak-kanak kolam renang berasingan disediakan.
  • Mempunyai dewan mesyuarat

Jumlah Bilik

Terdapat beberapa kategori bilik yang disediakan:

Suite (pool dan sea view) = 4 bilik                                                                                Deluxe (Garden dan seaview) = 68 Bilik                                                                    Standard (Garden dan Pool view) = 48 Bilik

Setiap bilik dilengkapi dengan bilik berhawa dingin.

Kemudahan yang disediakan

  1. Restoran (7:00 a.m – 11:00 p.m)
  2. Room services
  3. Dobi
  4. Dewan mesyuarat

Jom Saksikan Keindahan Panorama Sutra Beach Resort, Terengganu

Jom Lihat Review Pengunjung di Sutra Beach Resort

The location is awesome undoubtedly. The swimming pool was very nice. The staff was not friendly and there weren’t so responsive. Room was ok, not so great as expected. Not maintained properly. The breakfast complementary was good.Overall experience except the location it wasn’t a great place to stay. Jerusha Dorcas.

Resort near to the beach. So far so good. Beautiful view. Ahmad Faidhi Khairi.

Value for money,  peaceful and great view. Nafiz Nasir.

I love sutra beach resort. Tempat yang sangat menarik untuk dilawati besama keluaraga yang anda sayangi. The place is very good. I love it… Najwa Muda.

This place was very quite and tranquil. Really good for those who want to escape from hustle and bustle of city life. The water at the beach also was nice, not too deep and the whole family can spend whole day swimming/picnic there. Mohd Nor Muhammad.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, diharapkan maklumat yang dipaparkan ini dapat membantu anda dalam merancang percutian pada masa akan datang. Sutra Beach Resort merupakan tempat penginapan yang sangat ideal bagi mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Sutra Beach Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleLost World of Tambun Janjikan Pengalaman Hebat Jika Bercuti di Perak
Next articleTempat Makan Menarik Di Castella Cafe, Perak
sutea-beach-resort-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!