Sungai Klah Hot Spring Tempat Menarik Di Perak

sungai-klah-hot-spring-park-di-perakAssalamualaikum. Felda Residence Hot Spring atau dikenali sebagai Sungai Klah Hot Spring merupakan tempat menarik di Perak. Disini menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam air panas yang suhunya mencecah 100 darjah celcius. Dengan kepanasan air seperti itu pengunjung boleh merebus telur. Pengalaman seperti ini pasti akan mengujakan.

Tempatnya yang berkonsepkan flora dan fauna sebagai salah satu faktor utama para pelancong dari pelbagai negeri datang dan merasai sendiri pengalaman mereka di sini. Tidak dapat dinafikan pemandangan sekitar Sungai Klah ni memang cantik. Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas saja tetapi terdapat banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air.

Di sini juga terdapat gelongsor permainan air di kolam mandi yang agak besar dan sesuai untuk anak-anak bermain. Ada dua kawasan kolam yang besar di sini. Satu kawasan kolam air sejuk dan satu kawasan lagi kolam air panas. Ramai akan tertumpu kepada kolam air sejuk kerana mahu mandi. Di kolam air panas pengunjung hanya akan berendam sekejap sahaja untuk merasa kehangatan air panas semulajadi itu.

Jadi tunggu apa lagi? Rancang percutian anda di Sungai Klah Hot Spring bagi merasakan sendiri suasana yang indah dan kehangatan air panas semulajadi disini. Sebagai peringatan disini tidak boleh membawa makanan dari luar atas sebab menjaga kebersihan kawasan. Di dalam kawasan ini terdapat beberapa cafe untuk pengunjung menjamu selera. Kongsikan Peta Tempat Menarik ini jika anda fikir Sungai Klah Hot Spring tempat riadah yang menarik.

Hangatkan Diri Di Kolam Air Panas Sungai Klah, Perak

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +605 441 4493
  • Waktu Operasi : 8:00 Pagi – 7:00 Petang 
  • Facebook : Sungai Klah Hot Spring/Facebook
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Sungai Klah Hot Spring

Aktiviti Sesuai

  1. Riadah bersama keluarga
  2. Terapi diri di Taman Terapi
  3. Rebus Telur di kolam air panas

Harga dan Kos Terlibat

1. Dewasa RM15
2. Kanak-Kanak RM12
3. Warga Emas RM8
4. Orang Kelainan Upaya RM5

Penginapan yang Ada

  1. Felda Residence Hot Spring
  2. Homestay Hot Spring Sungai Klah
  3. Dzai Homestay Sungai Klah

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Sungai Klah Hot Spring

Jom Lihat Review Pengunjung di Sungai Klah Hot Spring

Nice place to spend time over the weekend with families. Nazihah Nazir.

Experience:Hot springs were hot & good. The mountain springs was a cool temperature that tickles the body when entering. Enjoyable. kx c.

Its a good place to enjoy your holiday with families. Ct Husna.

Quiet environment, good place for kids. Absolutely Miey.

Just nice place. sitha nanthan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, datanglah ke Sungai Klah Hot Spring ini bersama ahli keluarga. Percutian anda pasti bermakna sekiranya datang ke sini. Terima kasih diucaokan kepada pojiegraphy.com kerana telah berkongsi maklumat mengenai tempat ini. Diharapkan maklumat yang dikongsi cukup untuk panduan sesiapa sahaja untuk datang bercuti disini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Sungai Klah Hot Spring, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Sungai Klah Hot Spring.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleAir Terjun Jeram Pasu Lokasi Menarik Berkelah di Pasir Puteh Kelantan
Next articleKolam Air Panas Ulu Legong Tempat Menarik di Baling, Kedah
sungai-klah-hot-spring-tempat-menarik-di-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!