

Assalamualaikum. Stesen Sentral Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen yang berfungsi sebagai hab pengangkutan rel yang utama di Malaysia. Ianya juga merupakan salah sebuah tempat menarik di Kuala Lumpur.Â
Stesen Sentral KL berfungsi sebagai sebuah stesen utama yang menghubungkan beberapa rangkaian pengangkutan rel seperti KTM Komuter, Kelana Jaya Line, Express Rail Link (ERL), dan beberapa rangkaian pengangkutan lain seperti AirAsia Skybus, RapidKL Bus, Airport Coach, dan lain lain.
Kepada pelawat yang bakal bertandang ke Kuala Lumpur, KL Sentral merupakan stesen transit utama yang pasti dilalui dalam perjalanan anda. Banyak warga Kuala Lumpur juga menggunakan stesen ini dalam perjalanan harian mereka. Bagi mereka yang mahu ke Lapangan Terbang sudah pasti akan ke sini untuk menaiki ERL ke KLIA.
Disini juga terdapat tempat makan yang menarik. Di sekitar KL Sentral terdapat little india di mana bandar berkonsepkan budaya india. Jadi datanglaj ke KL Sentral untuk melihat keunikan stesen keretapi ini selain daripada dijadikan tempat transit untuk ke destinasi di Kuala Lumpur. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
KL Sentral Bukan Sekadar Stesen Keretapi
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 20, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 3-2786 8080Â
- Website : klsentral.com.my
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di KL Sentral
Peta Lengkap Rangkaian Rel / LRT / Monorel / KTM Lembah Klang / Kuala Lumpur
- Â Rangkaian MRT/LRT Kuala Lumpur:
- MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line
- Light Rapid Transit (LRT), Kelana Jaya Line (dahulunya dikenali sebagai PUTRA Line)
- Light Rapid Transit (LRT), Ampang Line (dahulunya dikenali sebagai STAR Line)
Bagaimana untuk transit dari KL Sentral ke LRT Ampang Line:
Dari stesen KL Sentral, naik LRT Kelana Jaya Line ke arah Stesen Gombak. Turun di Stesen Masjid Jamek dan tukar ke LRT Ampang Line. Stesen Masjid Jamek merupakan stesen penghubung rangkaian LRT Kelana Jaya Line dan LRT Ampang Line.
2. Monorel Kuala Lumpur
Rangkaian rel tunggal terbaru Rapid KL, Monorel Kuala Lumpur, menghubungkan KL Sentral (melalui Nu Sentral) ke tempat-tempat tarikan utama Kuala Lumpur seperti Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Jalan Imbi, Plaza Low Yat dan Berjaya Times Square.
3. KLIA Ekspres:
KLIA Ekspres merupakan keretapi ekspres tanpa henti yang dapat membawa anda dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2) dalam masa 28 minit sahaja. Perkhidmatan KLIA Ekspres kini juga dilanjutkan ke Terminal 2 KLIA (KLIA2) untuk penerbangan bajet.
4. KLIA Transit:
KLIA Transit menggunakan laluan yang sama dengan KLIA Ekspres tetapi perkhidmatan keretapi ke KLIA ini berhenti di beberapa stesen di sepanjang perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2). Perhentian-perhentian di sepanjang perjalanan KLIA Transit termasuk Cyberjaya, Putra Jaya, Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi.
5. KTM Komuter:
KTM Komuter menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar utama di sekitarnya termasuk Rawang, Sentul, Port Klang, Batu Caves dan Seremban. Selain KTM Komuter, KTM Intercity juga menyediakan perkhidmatan keretapi jarak jauh hingga ke Padang Besar dan Bangkok di utara dan Singapura di selatan. KL Sentral merupakan salah satu stesen dalam rangkaian TransAsia Railway Network berlanjutan hingga ke Vietnam dan negeri China.
6. KTM ETS
Perkhidmatan keretapi ETS mirip KTM Komuter tetapi menghubungkan KL Sentral dengan destinasi-destinasi utara hingga ke Ipoh, Perak.
Kemudahan Yang Ada Di Kl Sentral
- Makanan dan Minuman
- Medan Selera (Tingkat 3)
- McDonald’s (Tingkat 1)
- Subway (Tingkat 1)
- Starbucks (Tingkat 1)
- Famous Amos (Tingkat 1)
- Secret Recipe (Tingkat 1)
- Dunkin’ Donuts
2. Tandas
- Tingkat 1 (Bahagian barat Stesen Sentral) – dari bahagian selatan, terus menuju ke surau, belok kiri.
- Tingkat 2: Berdekatan dengan Gate B.
- Tingkat 3:
3. Perbankan
- Maybank (Tingkat 1) – ATM, Bank, Tukaran Wang
- CIMB (Tingkat 1) – ATM, Bank, Tukaran Wang
- Bank Rakyat – (Tingkat 2) – ATM
4. Kemudahan lain
- Touch ‘N Go Hub
Jom Saksikan Keindahan Panorama di KL Sentral
Jom Lihat Review Pengunjung di KL Sentral
Easy access. Have their NU Mall so it is convenient for a stop over. rylei sam.
Nice place to be around. Costly as it should be. No complaint. Nasir Rony.
Five Stars because of its beautiful places. Kamaru Ddin.
KL sentral is a hub of KL transportation. You can catch KLIA express, other metro lines that go to many directions. There is a big mall so you can do shopping too. minimize940314.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih dicapkan kepada www.lcct.com.my, ms.landasan.info dan laman web kl sentral sendiri kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diperolehi sangat membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di KL Sentral, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke KL Sentral.