Snorkeling dan Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Snorkeling dan Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut TerengganuAssalamualaikum. Kami sangat teruja sekali untuk berkongsi sesuatu yang sangat menarik kali ini. Hari ini kami inign ketengahkan satu lagi tempat menarik di Terengganu. Percaya atau tidak, di Besut ini sebenarnya ada kawasan perlancongan yang sangat hebat dan semakin meningkat naik.

Ya, itulah yang kami ingin kongsikan kali ini iaitu Pantai Bukit Kluang. Lokasi strategik diluar bandar dengan pelbagai tarikan lain menjadikan Pantai Bukit Kluang ini begitu cepat terkenal. Admin sendiri tinggal disana, belajar di MRSM Ulul Albab Kota Putra yang hanya sebelah Pantai Bukit Kluang sahaja yang menyebabkan setiap perkembangan kawasan ini jelas dapat dinilai dan diperhatikan dengan dekat.

Bermula dengan keindahana pantai yang bersih dan menarik kerana ditepinya ada sebuah bukit yang sangat besar menjadikan ianya kawasan terlindung dan teduh dari sinaran matahari pada sebelah pagi. Kemudian timbul pula aktiviti mendaki bukit iaitu Bukit Kluang yang betul-betul berada di tepi pantai menjadikan ianya sangat tular. Keindahan matahari terbit dan lokasi yang sesuai menjadikan ianya sebagai satu tempat atau pilihan untuk dijadikan lokasi aktiviti riadah.

Selain itu, sekarang sudah wujud pelbagai kemudahan aktiviti riadah keluarga yang menjadikan lokasi Pantai Bukit Kluang sangat terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ianya sangat strategik dan ini dapat dilihat dengan jelas lokasinya di dalam Peta Tempat Menarik ini. Aktiviti Mendaki Bukit Kluang juga sangat rancak sekarang.

Pengalaman Menakjubkan Menyusuri Pulau Rhu dengan Banana Bot dan Snorkeling di Sekitarnya

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Rhu Besut

Menaiki Banana Bot

Pastinya ramai yang teruja datang kesini untuk menaiki banana bot bukan? Sebenarnya untuk menaiki banana bot ini sangat senang. Datang sahaja pada hujung minggu di tepi Pantai Bukit Kluang dan anda cari bahagian khemah yang betul-betul menghadap Pulau Rhu.

Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang

Disini ada menyediakan perkhidmatan untuk menaiki banana bot dan bermacam lagi aktiviti. Biasanya Banana bot ini dicaj ikut bilangan dan aktiviti. Anda akan dibawa ke Pulau Rhu untuk pusing-pusing sekitarnya.

Jika anda merancang untuk aktiviti atau program tertentu pada tarikh tertentu, cubalah hubungi mereka dan dapatkan persetujuan untuk mendapatkan khidmat mereka. InsyaAllah mereka ini boleh berunding kerana ianya adalah satu perniagaan buat mereka.

Saksikan Keindahan Batu Karang dan Ikan dengan Snorkeling

Baiklah bagi snorkeling pula ianya pasti satu aktiviti yang wajib terutama buat mereka yang minat untuk berenang dan menyelam.

Apa yang pasti, aktiviti snorkeling di kawasan Pulau Rhu ini sangat menyeronokkan. Anda boleh dapatkan khidmat ini di Pantai Bukit Kluang dan mereka akan bawa anda ke Pulau Rhu menaiki bot.


Teruja? Anda kena cuba sendiri!

Jom Saksikan Keindahan Panorama Sekitar Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang Banana Bot Pulau Rhu Bukit Kluang

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang

Amazing island, pulau ni sangat kecil dan tidak berpenghuni.Pulau ini jika di lihat dari jauh seperti ikan paus, Pulau Rhu memiliki landscape yang sangat indah. Achmad Asharry.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, kami sangat seronok kerana dapat membuat review di kawasan kami sendiri. Yang pasti, kami sangat berterima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi review dan gambar di facebook.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleMee Besen Original Tempat Makan Menarik di Melaka
Next articleMendaki Bukit Kluang di Besut Terengganu Aktiviti Riadah yang Menyeronokkan
snorkeling-dan-menaiki-banana-bot-di-pulau-rhu-pantai-bukit-kluang-besut-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!