

Assalamualaikum. Bagi yang meminati aktiviti lasak dan aktiviti mencabar boleh datang ke Skytrex. Selain daripada di Shah Alam dan Langkawi, Skytrex juga terdapat di Negeri Melaka. Skytrex telah melebarkan cawangannya di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Skytrex merupakan tempat menarik di Melaka.Â
Di Skytrex, anda boleh merasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan siri halangan udara yang digantung pada ketinggian 3-22 meter di udara. Aktiviti ini mencabar dan sangat seronok dilakukan. Sudah pasti aktiviti-aktiviti disini menguji ketahanan fizikan dan mental anda.
Di samping menghirup udara segar dan merasai suasana alam, anda juga boleh mengeluarkan peluh. Kalau mahu tahu anda gayat atau tidak, perlulah cuba sendiri. Tinggi minimum untuk menyertai aktiviti ini adalah 120cm. Jadi, boleh bawa anak-anak berusia sekitar 8-9 tahun yang menepati syaratnya.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keseronokkan di Skytrex ini. Tempat ini sangat sesuai untuk membawa keluarga beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Anda pasti akan berpuas hati. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! CABAR DIRI ANDA DI SKYTREX MELAKA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 75450 Durian Tunggal, Malaka.
- Nombor Telefon : 018-909 5679
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 3:00 p.m
- Website : www.skytrex-adventure.org
Dapatkan Info Menarik di Skytrex Melaka
Aktiviti Menarik
Anda dapat menguji ketahanan fizikal dan mental dengan melakukan aktiviti yang disediakan. Selain daripada melakukan aktiviti anda dapat menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan flora dan fauna. Terdapat tiga aktiviti yang boleh dilakukan mengikut kemampuan anda. Antara aktivitinya ialah :
- Little Dino (Beginner)
- Pahlawan Thrill (intermediate)
- Extreme Warrior (advance)
Setiap aktiviti mempunyai cabaran dan aktiviti yang berbeza. Anda boleh pilih mengikut tahap kemampuan anda.
Harga Tiket
Harga tiket berbeza mengikut aktiviti. Harga tiket seperti di bawah:
- Little Dino (RM 50)
- Pahlawan Thrill (RM 60)
- Extreme Warrior (RM 70)
Syarat Utama
- Berat badan tidak melebihi 100KG
- Ketinggian mesti melebihi 140cm
Jom Saksikan Cabaran Aktiviti di Skytrex Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Skytrex Melaka
You will love it if you love adventures activities too. Fatin Natasya.
Been on most difficult obstacle – extreme warrior. 35 obstacles with one of them is cycling on the one cable. Great outdoor activity. The price is a bit expensive if you compare with Escape Penang. Still great nonetheless. Nazmi Saadon.
Good place for ur outdoor activities! Mohd Fadzrul.
Although not as extreme like Escape in Penang, but we had fun with the extreme challenge. A lot of monkey. Zarifah M Roslan.
Good adventure in the woods. John Fraser.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com dan siraplimau.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Skytrex Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Skytrex Melaka.