

Kedudukan strategik di muka muara dan berdekatan dengan pekan Besut menjadikan jeti ini sangat meriah. Ya, meriah dengan pemborong dan perucint yang datang dari segenap tempat terutamanya dari Kelantan dan Terengganu.
Tempat yang penuh dengan hasil tangkapan laut yang segar seperti ikan, sotong, udang, ketam yang setiap satunya terdiri dari pelbagai jenis. Malah, bukan sahaja kesegaran hasil tangkapan yang pelbagai kita boleh perolehi disini, tetapi dek kerana harganya yang sangat murah menjadikan jeti ini begitu sibuk dengan pengunjung sejak awal subuh lagi.
Malah, buat mereka yang memburu ikan segar dan ikan berkualiti tinggi yang pastinya mahal di tempat lain pasti akan menjadikan jeti ini sebagai tempat pilihan. Kami juga telah masukkan kawasan ini di dalam Peta Tempat Menarik ini.
Wow Ikan Segar dan Murah Hanya di Jeti LKIM Besut
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kompleks Perikanan LKIM, Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu, Malaysia
- Nombor Telefon : Â +60 9-695 6623
- Waktu Operasi : Â Waktu Pagi
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kompleks Perikanan LKIM Besut
Dapat Beli Ikan Segar Terus dari Bot
Satu kelebihan jika anda datang pada waktu pagi ialah biasanya akan berderet-deret bot nelayan akan mendarat. Ketika ini mereka akan mengeluarkan hasil tangkapan mereka dan terus dinaikkan ke atas jeti.
Pada masa ini jika anda bernasib baik, teruslah dapatkan ikan-ikan yang segar. Jangan lupa dapatkan plastik bag di meja depan berhampiran bot. Lepas kutip sendiri ikan, timbang dan bayar terus kepada pemilik bot atau boss di meja itu.
Rebut Peluang Dapatkan Ikan “Mahal” Pada Harga Murah dan Borong
Ya, ketika bot mendarat biasanya ketika inilah orang ramai berebut menunggu ikan-ikan yang dikatakan ikan mahal dinaikkan. Kalau anda berpeluang, maka rebutlah peluang ini dan belilah secukup rasa. Jangan pula sampai tak mampu bayar ya sebab ikan ini walaupun murah tapi harganya tetap boeh tahan juga.


Gambar diatas adalah gambar admin sendiri yang sempat ketika ini membeli ikan airbag yang segar dan besar. Selain itu sempat juga dapatkan beberapa ekor ikan selar yang sangat besar. Cuba tengok dalam plastik dan bakul yang ada itu. Serius ikan sangat segar dan kalau balik terus goreng ini memang terasa lain sedapnya.
Pelbagai Pilihan Makanan Laut Boleh didapati
Tak perlu nak dihurai panjang. Sebelum ini sudah dijelaskan yang jeti ini memang pusat atau tempat pengumpulan hasil laut yang mana para nelayan akan menaikkan hasil tangkapan mereka disini.
Banyak lagi gambar yang sempat admin ambil sebenarnya tapi susah pula nak masukkan gambar-gambar yang di tempat orang ramai ini sebab penat nak tutup aurat orang satu-satu. Jadi lihat yang mana ada sahaja ya asalkan anda semua faham dan tahu bagaimana dan apa yang ada disini.
Jom Saksikan Panorama Jeti LKIM Besut dan Sekitar
Jom Lihat Review Pengunjung di Jeti LKIM Besut
Kena pergi awal pagi. Cari ikan segar! Mohd Nazri.
Tempat paling seronok pergi kalau nak beli ikan sebab banyak pilihan. Yang penting kalau bawa anak pun mereka semua suka sebab boleh tengok kapal dari dekat! Mohd Afizi.
Ikan banyak! Ewan Mj.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang terlibat untuk review ini. Gambar-gambar selain yan diambil sendiri oleh pihak admin ada yang admin ambil dari google juga. Jadi terima kasih semua.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Jeti LKIM Besut , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Jeti LKIM Besut.