Simpang Mengayau Tarikan Menarik di Sabah

Simpang Mengayau di KudatAssalamualaikum. The Tip of Borneo atau Simpang Mengayau merupakan tarikan pelancong apabila sampai di Sabah. Tempat ini terletak di Kudat, Sabah. Keindahan tempat ini telah menjadikan ia sebagai salah sebuah tempat menarik di Sabah yang wajib dikungjungi.

Simpang Mengayau ini merupakan tempat yang cukup dikenali sebagai ‘Tanduk Negeri Sabah’. Kalau tengok peta, anda akan nampak bentuk tempat ini seperti kepala anjing. Itulah dipanggil tip of borneo. Ia cukup terkenal dengan pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau anda berdiri di sekitar tempat ini pasti akan terpegun dengan laut yang membiru, angin bertiup tanpa henti dan juga pemandangan yang cukup menarik.

Sekiranya anda ingin bermalam di sini terdapat banyak tempat penginapan. Jadi, anda dapat melihat keindahan disini pada waktu siang dan malam. Terdapat juga kedai makan di sekitar tempat ini. Namun yang demikian, yang beragama Islam boleh membawa makanan sendiri sekiranya tidak yakin dengan status halal masakan di sini.

Panorama disini sangat menakjubkan dan sangat cantik. Abadikan setiap kenangan anda disini dengan mengambil gambar. Disini terdapat beberapa pondok yang boleh anda duduk dan rehat sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan yang terlajak cantik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PANORAMA SIMPANG MENGAYAU DI KUDAT SANGAT CANTIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jln Tanjung Simpang Mengayau, 89050 Kudat, Sabah, Malaysia.
  • Waktu Operasi : Sentiasa di buka
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Simpang Mengayau

Aktiviti Menarik

Anda dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan yang sangat cantik dan menakjubkan. Aktiviti bergambar boleh dijalankan disini. Abadikan kenangan anda di tempat yang sangat cantik dan indah ini.

Anda juga boleh mandi manda di sekitar pantai ini. Namun yang demikian anda perlu peka dengan amaran yang dikeluarkan. Sekiranya bendera berwarna merah anda dilarang untuk mandi manda kerana cuaca tidak sesuai dan ombak besar.

Anda juga boleh berkelah makan bersama keluarga disini kerana terdapat pondok-pondok yang disediakan disini. Anda boleh makan dan minum di situ sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. .

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Simpang Mengayau

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Simpang Mengayau

You should go here . It’s where the South China Sea meets the Sulu Sea. Still looking good the deep blue sea and a nice place to stay for a night or two. There are chalets nearby the seaside. Sara Terry.

Very nice place. Beautiful beach and view. lomatasik lomatasik.

Amazing and beautiful place. Chong Tou Chin.

Pemandangan yang cantik di tambah kemudahan yang terbaik ada cafe ada tandas ada resort. mohammad ruzaini ciauddil.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.pojiegraphy.com dan tanjungsimpangmengayau.blogspot.my kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Simpang Mengayau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Simpang Mengayau.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Sambal Hijau Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur
Next articleMesra Mall Kerteh Tempat Menarik di Terengganu
simpang-mengayau-tarikan-menarik-di-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!