

Assalamualaikum. Buat para ibu bapa yang masih mencari destinasi mana yang baik untuk bawa anak-anak bercuti, kami cadangkan untuk melawat The Shore Oceanarium Melaka. Destinasi ini bukan sahaja menyeronokkan untuk anak, malah boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap hidupan laut. The Shore Oceanarium merupakan tempat menarik di Melaka.Â
The Shore Oceanarium ini terletak di dalam The Shore Shopping Complex. Ianya antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini terdapat pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut.
Selain dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat, The Shore Oceanarium menawarkan banyak aktiviti menarik yang lain. Antaranya adalah seperti aktiviti Junggle Quest, Ocean Journey, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Kampung Penyu serta banyak lagi.
Sebenarnya sangat menarik untuk berkenalan dengan hidupan laut, hidupan laut merupakan anugerah semula jadi yang tidak terperi cantiknya dan mereka masih kekal sebagai satu misteri besar dalam kehidupan manusia. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! MENGEMBARA KE DALAM LAUT DI THE SHORE OCEANARIUM
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 01, The Shore Shopping Gallery,, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Dua, 75100 Melaka.
- Nombor Telefon : 06-282 9966
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.mÂ
- Website : www.oceanariummelaka.com
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di The Shore Oceanarium
Aktiviti Menarik
- Interactive Touch Pool – Anda boleh merasai kulit ikan bintang, gamat, landak laut dan jerng buluh.
- Magic Aquarium
- Jungle Quest- Mengetahui lebih lanjut mengenai reptilia, ular, katak, rama-rama, Serangga dan haiwan kecil lain seperti Hedgehog.
- Ocean Journey – Merupakan aktiviti utama dimana terbahagi kepada beberapa stesen iaitu Oceanarium Theater, Shark Quest, Sea Shell Museum, Marine Fishes & coral exhibits. Anda juga boleh berjalan di bawah terowong untuk melihat keindahan dasar laut.
- Ocean Theatre – Tempat pertunjukkan memberi makanan dan bertindak sebagai ruang pelbagai fungsi.
- Shark Quest – Tempat mengetahui dan mempelajari mengenai jerung.
- Sea Shell Museum – Terdapat lebih daripada 100 jenis sea shell daripada seluruh dunia yang boleh anda lihat.
- River Story – Belajar tentang ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesies ikan yang berbeza di rantau sungai yang berbeza.
- Dangerous Marine Species – mendidik anda tentang ikan laut spesies berbahaya. Seperti lionfish, ikan batu, puffer, moray belut & sebagainya.
- Living Fossil
- Fun Freakish
- Kampung Penyu
Harga Tiket
Jom Saksikan Keindahan Panorama di The Shore Oceanarium
Jom Lihat Review Pengunjung di The Shore Oceanarium
Price is affordable and to my surprise, the oceanarium is quite big. When I went, they have quizzes and free gifts. Not a bad experience as you get to see many sea creatures and some reptiles here. Jenn Yi.
Variety of fish and other creatures, worth the money. Complete the quiz and you get extra souvenir. Kids and adults alike will love this place.Two recommendations for the Management: 1) Need to have a bathroom inside the Ocenarium itself, 2) The 3D movie is rather boring, should change a new one. Adibah Ain Yaakob.
Worthy for that price , you can touch the sea creatures , got learning quiz stage by stage, can see alot of turtle at close distance. Chan Kum Loong.
Good places to bring your family. Variety of rare fish, snake, and there are also a turtle. The price is ok and they also give a gift for those who complete their quiz. badriah izzati. Â
A good exhibition. Could have done more by adding more animals around. However, I enjoyed it personally and a must visit place if you’re in melaka. One thing though, would recommend a change of their name to wildlife something instead of oceanarium. Makes more sense as most of the exhibits are not form the ocean. Oh yeah, the stuffs are also very friendly. Great job guys. Keep it up. Will visit there in my next trip. Thilak Krishnan.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.thevocket.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Tempat ini sangat sesuai untuk dilawati seisi keluarga bagi mempelajari kehidupan laut. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam laut dan hidupan laut.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di The Shore Oceanarium , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke The Shore Oceanarium.