SHELLOUT ASAM PEDAS Tempat Makan Best yang BENAR-BENAR Tekak Malaysia

shellout-asam-pedas-bagi-yang-benar-benar-merasakan-mereka-tekak-orang-malaysia-wahhh-1
SHELLOUT ASAM PEDAS bagi yang BENAR-BENAR merasakan mereka tekak orang Malaysia. Wahhh!

Pertamanya, memang satu fenomena bila orang upload gambar tengah Shellout dalam Facebook, betul tak? Jadi kali ini tempatmenarik.my nak kongsikan satu tempat makan best di Selangor pasti baik punya dimana banyak feedback positif yang beritahu memang makan kat kedai makan ini terbaik punya. Jadi, kenapa susah sangat? Ingat tempat makan, ingat tempatmenarik.my!

Seterusnya kita akan dedahkan tempat yang di maksudkan ialah Izi Stesen! Kenapa? Anda mencari Shellout murah yang berharga Rm35.00 untuk set couple? Jom singgah ke Izi Stesen yang terletak di Sungai Buloh Selangor. Apa yang best disini, mereka ada SHELLOUT ASAM PEDAS bagi yang BENAR-BENAR merasakan mereka tekak orang malaysia. Wahhh…

Pilihan lain yang boleh korang pilih ialah Butter Milk dan Black Paper. Mungkinkah ini SHELLOUT ASAM PEDAS Pertama di Malaysia? Korang kena pergi & try rasa.

Shellout Asam Pedas POWER di Izi Stesen Wajib Cuba Tempat Makan Sedap Ini!

  • Alamat : Gerai MBSA Sg buloh. depan SMK Bdr Baru Sg buloh. Selangor. Besebelahan Shell Bandar Baru Sg Buloh, Berhadapan SMK Bandar Baru Sungai Buloh.
  • Nombor Telefon : 016-33578805
  • Facebook : Izi Stesen
  • Waktu Operasi : 06.00ptg -12.00tgh mlm
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Izi

Shellout Asam Pedas Superb!

Kita sudah biasa dengar dan rasa makan shellout di mana-mana restoran bukan? Namun kelainan di Izi Stesen ialah shellout mereka berkongsepkan “asam pedas”! Jadi nak tahu macam mana rasa asam pedas mereka sama ada “menjadi” atau tidak, maka anda semua memang kena datang ke Selangor dan cuba sendiri.

Menu Menarik di Izi Stesen

  • Shellout Asam Pedas
  • Butter Milk
  • Black Paper

Tunggu dulu, apa yang dikongsikan ini hanyalah menu menarik sahaja. Anda datang disini dan pastinya banyak lagi pilihan yang anda boleh rasa dan makan. Lain orang lain tekak betul tak? Yang penting, anda kena try dulu makan disini.

Jom Lihat Antara Menu Hot disini

Shellout Asam Pedas POWER di Izi Stesen
Power tak? Mesti try tempat makan izi Stesen ini!
Shellout Asam Pedas POWER di Izi Stesen
Tengok sahaja dah terliur sedap!
Shellout Asam Pedas POWER di Izi Stesen
Resepi kacukan yang power!
Shellout Asam Pedas POWER di Izi Stesen
Jom try makan disini. Tempat makan best punya.

Macam mana? Dah terliur basah tekak belum? Kalau belum, pastikan anda datang lagi tengok sini bila anda dah lapar ok. Jangan marah!

Apa Review Pengunjung disini

Memang terbaik la..Puas hati makan. Nor Hasnida

Terbaik asam pedas memang sedap, puas hati. Akan pergi lagi. Rozita Zulkaflee

Alhamdullilah. Terangkat abis Shell Out Asam Pedas. Harga berbaloi dan SUPERB! Antie Sitialinah Tahir. Ni la kedai yang Nunun ceitakan tu. Nurul Ain

Memang sedap & berpuas hati..? insyaAllah nanti kami datang lagi #IZI Stesen
Aina Mardiah Umar Ajiz

Special Thanks

Penutup

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Restoran Izi Stesen yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Izi Stesen, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Izi Stesen!

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePeace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Next articleMr Steak House di Shah Alam Tempat Makan Wajib Anda Cuba!
shellout-asam-pedas-bagi-yang-benar-benar-merasakan-mereka-tekak-orang-malaysia-wahhhSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!