Sentosa Villa Resort Tempat Menarik di Perak

207

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Sentosa Villa Resort Tempat Menarik di Perak

Assalamualaikum. Anda ingin rehatkan minda dan badan? Di Perak terdapat sebuah villa yang sangat cantik dan damai. Sentosa Villa Resort merupakan tempat menarik di Perak. Villa ini terletak di antara dua tempat yang sangat menjadi tumpuan ramai, iaitu Bukit Maxwell dan Taman Tasik.

Walaupun terletak berhampiran pusat Bandar Taiping dan di sekelilingnya ada kawasan perumahan, villa ini unik kerana ia terletak di celah-celah hutan dan boleh dikunjungi melalui Taman Sentosa, Taiping. Ianya ibarat hutan di pinggir bandar.

Pada siang hari anda seolah-olah berada dalam kawasan perkampungan yang hijau dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan. Pada waktu malam, kawasan penginapan ini akan diterangi dengan cahaya lampu yang menerangi setiap resort dan dari celahan-celahan daun pokok.

Sesuai dengan temanya ‘tempat merehatkan minda’, persekitaran yang hijau, tenang dan damai sememangnya merehat dan menyegarkan minda pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan dan kedamaian resort ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME!!! KESERONOKKAN  DALAM KESUNYIAN DI SENTOSA VILLA RESORT

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Negeri Perak.
  • Nombor Telefon : 05-805 1000 
  • Website : Sentosa Villa
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Sentosa Villa

Penginapan

Penginapan yang disediakan di resort ini ialah banglo, villa dan kotaj. Sentosa Village juga ada menyediakan bilik bukan bekeluarga. Jadi, bagi mereka yang datang tanpa keluarga boleh menyewa bilik yang disediakan.

Kemudahan

Malah tempat ini juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan majlis atau mesyuarat. Pengunjung usah bimbang dengan keperluan makan minum. Di villa ini disediakan kafe yang menyajikan makanan pelbagai cita rasa.Pilih sahaja menu yang disediakan, baik makanan tempatan atau barat semuanya ada.

Kafe ini yang dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 11 malam setiap hari bukan sahaja untuk kemudahan penginap, tetapi ia juga terbuka kepada umum. Ramai yang datang menjamu selera di sini untuk menikmati makanan dalam suasana persekitaran hutan.

Promosi Istimewa yang di Berikan

Boleh sentiasa semak harga secara online.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Sentosa Villa

Jom Lihat Review Pengunjung di Sentosa Villa

It’s a nice place. Environment and accommodation area are both neat and comfortable. Although wifi are only be found in recipe center, staff are all polite and willing to help anytime. A small stream flow through the villa, make it easy to see some frogs and reptiles. Yu Lee.

Really good villa. Will definitely come again. Get a unit with a outdoor shower. Really unique and awesome. Love the forest view. maans le roux.

Accurately with their slogan, very very good for relaxing your heads and have good services from their staffs. zulfaman hussin.

Good place to escape from hustle and bustle of city life. The coronation pool are free entrance if you stay at this place. Syafika Fikri.

Good food till midnight. Beautiful place and night lighting. Ong Joey.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.mstar.com.my, cuticuti-malaysia.com dan kaki.sini.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Jangan lepaskan peluang untuk rehatkan minda di kawasan yang sunyi dan jauh daripada kesibukan kota.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Sentosa Villa Resort , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Sentosa Villa Resort.

Facebook Comments