Senarai Terbaik 99 Lokasi Tempat Menarik Bagi Percutian 2018 Cuti Sekolah

16266

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Penerangan Lengkap

Lokasi Tempat Menarik Bagi Percutian 2018Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ini admin tempat menarik ingin kongsikan senarai terbaik 99 lokasi tempat menarik bagi percutian 2018 semasa cuti sekolah tahun ini. Sebelum kita pergi jauh, berikut admin ingin paparkan dahulu senarai tarikh cuti sekolah tahun 2018 yang mana anda boleh dapati di Kalendar Cuti Sekolah 2018 ini.

Jadi, apa kata anda dengan tahun 2018 ini? Ada yang fikir tahun 2018 ini tahun yang penuh cabaran terutama cabaran ekonomi negara yang dikatakan agak merisaukan. Jadi mungkin ada yang mengambil langkah drastik sama ada menutup terus perancangan untuk bercuti di luar negara ataupun untuk bercuti di kawasan yang lebih jauh dari biasa.

Kami di Tempatmenarik.my sangat faham kerana kami juga rakyat Malaysia seperti anda yang turut merasai gelombang kepayahan dan kesukaran hidup sekarang. Namun, bagi kami percutian tetap perlu dilakukan dan dirancang dengan baik agar kita mempunyai masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama-sama dengan orang yang tersayang. Jadi, mari ikut kami dan lihat senarai 99 lokasi hebat ini.

99 Lokasi Power yang Awesome Sempena Percutian 2018 Semasa Cuti Sekolah

Lokasi #1 : Fantasia Aqua

Lokasi Pertama Tempat Menarik di Jitra KedahDi Pahang terdapat Gambang Waterpark manakala di Perak pula Lost World Tambun yang menjadi tumpuan untuk mandi manda bersama keluarga. Satu lagi tarikan terbaru buat orang Kedah iaitu Taman tema air Fantasia Aquapark. Dibuka kepada orang ramai secara rasminya pada 2 November 2017. Satu-satunya taman tema air yang ada di Jitra ni.

  • Alamat : Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah. 
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 6:00 p.m
  • ReviewTagline ‘Jom Lencun’ is very well suited to this Aqua park. Kenanga Rose.
  • Lebih lanjutFantasia Aqua di Jitra

Lokasi #2 : Taman Rimba Sebangkoi

Ianya dikelilingi dengan Flora dan Fauna dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran dan melarikan diri daripada tugasan harian dan kesesakan bandar. Terdapat pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sana termasuk hidupan liar seperti serangga-serangga kecil dan juga beberapa hidupan liar. Terdapat sebuah jambatan dibini di tinggkat atas bahagian air terjun tersebut yang strategik untuk menjadi tempat mengambil gambar berlatarkan pemandangan pokok-pokok yang menghijau.

  • Alamat : Taman Sebangkoi, 96100 Sarikei, Sarawak.
  • Review : Beautiful park, nice place to bring family for outing. George Lau.
  • Lebih Lanjut : Taman Rimba Sebangkoi

Lokasi #3 : Chalet Sungai Bil Cool Spring

Tempat percutian yang kami maksudkan ialah Tampak Perkhemahan di Chalet Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak. Ya, mesti ramai terkejut bukan yang Perak mempunyai tempat menarik untuk kita lawati seperti ini. Chalet sungai bil adalah satu tempat peranginan di Tanjong Malim. Merupakan tempat yang memberi ketenangan dan suasana damai seperti di perkampungan orang asli.

Lokasi #4 : Kubu Alice Sri Aman

Kubu Alice merupakan sebuah bangunan yang bertingkat dua dan berbentuk segi empat. Saiz bangunan Kubu Alice ialah lebih kurang 67m panjang dan 60m lebar. Kubu ini dicat dengan warna putih dan dibina dengan sejenis kayu yang sangat keras di Sarawak pada masa itu. Di belakang bangunan Kubu Alice terdapat sebuah tanah lapang yang menunjukkan ke Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Di cerun bukit, terdapat sebuah pintu pagar yang besar. Di sebelah kiri dan kanan bangunan terdapat sebuah menara tinggi.

  • Alamat : Jalan Kuching/Serian 95000 Pantau, Sri Aman Sarawak, Jalan Sri Aman, Pekan Sri Aman, 95000 Sri Aman, Sarawak.
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 4.45 p.m
  • Review : Good job on the restoration, very well done! Wilson Chin.
  • Lebih Lanjut : Kubu Alice Sri Aman Sarawak

Lokasi #5 : Penang Escape Theme Park

Dengar nama sahaja pun dah menarik bukan? Sebenarnya admin rasa pasti ramai yang belum pernah sampai ke Penang Escape Theme Park ini betul tak? Jadi kali ini jom sama-sama kita terjah tempat menarik di Pulau Pinang kali ini yang pastinya sangat mengujakan terutama untuk mereka yang gemarkan aktiviti fizikal yang mencabar! Tidak kira peringkat umur, tempat ini sangat sesuai untuk anda semua. Sebelum pergi jauh, jom kita selongkar dahulu pengenalan tentang Penang Escape Theme Park ini.

  • Alamat : 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nombor Telefon : 04-881 1106
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • ReviewA must visit for both tourists and local. Plenty of fun, some obstacles are challenging but no worries, its perfectly safe if you abide by the rules. Chi Ngan Lee
  • Lebih Lanjut : Penang Escape Theme Park

Lokasi #6 : Taman Rekreasi Tasik Y

Taman Rekreasi Tasik Y adalah salah satu lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. Taman rekreasi ini amat sesuai jika bersantai bersama keluarga di waktu petang atau dihujung minggu. Di sini terdapa tempat permainan kanak-kanak, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya, malah ramai juga yang datang untuk berjoging, senam aerobik beramai-ramai dan aktiviti lain. Jika pengunjung menyukai tempat yang tenang dan damai, inilah tempatnya yang sesuai untuk bersantai.

  • Alamat : Taman Rekreasi Tasik Y, Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor.
  • Review : Great for recreation activities. People have fun at here. Alya Mazzeda Mohd Noor.
  • Lebih Lanjut : Taman Rekreasi Tasik Y

Lokasi #7 : Farm in The City Sri Kembangan

Setiap tempat menarik biasanya ada tarikan tersendiri. Apa yang menarik di sini ialah konsep Farm In The City di Seri Kembangan Selangor ini yang mengetengahkan alam semula jadi terutama binatang kepada masyarakat. Ya, ibaratnya pergi ke zoo. Tetapi apa yang menarik disini ialah anda dapat rasai lebih dekat lagi pengalaman bersama binatang-binatang disini. Apa yang menarik? Nanti sama-sama kita lihat apa yang menarik yang bakal anda jumpa di sini.

  • Alamat : Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Nombor Telefon : 03-8941 2099
  • Review : The place with most animal that we can feed by ourselves. Great exposure for children. Geng Viral
  • Lebih Lanjut : Farm In The City

Lokasi #8 : the Dusun

Secara umumnya, the Dusun  ialah Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden & tradisional yang memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi. The Dusun Negeri Sembilan juga mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang ibaratnya yang belum  pernah diterokai oleh manusia.
The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi ‘menjaga’ suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua tetamu suka bising-bising. Oleh sebab itu, untuk the Dusun, anda perlulah menempah atau “booking” secara online dan bukannya walk-in supaya ketika anda datang akan ada kekosongan untuk anda.

  • Alamat : 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Facebook : thedusun
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • Review : Very nice place. Located up on the cool hills with great views. Well designed houses. Private with a good establishment. Manj Sindu
  • Lebih Lanjut : the Dusun Negeri Sembilan

Lokasi #9 : The Pirate Adventure Melaka

The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

  • Lokasi The Adventure Pirate Melaka terletak di Melaka Alive, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
  • Waktu Operasi : Isnin – Ahad : 10am – 7pm
  • Hubungi : Tel: 03-7877 2828, 012-266 9374, 012-266 3473
  • Review : Such a Good place to visit for treasure hunt and explore. Joshua Lieng
  • Lebih Lanjut : The Pirate Adventure

Lokasi #10 : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Buat Pengetahuan semua, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar Sejak 30 tahun yang lalu. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian. Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.

  • Alamat : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia. 
  • Nombor Telefon : 013-908 8207  
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 4:45 p.m
  • Review : Good place to come, you could feed and bath with elephant if the water level is low. Md Hafeez Affendy Rusli Affandi.
  • Lebih Lanjut : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Lokasi #11 : Pulau Rhu

Bermula dengan keindahana pantai yang bersih dan menarik kerana ditepinya ada sebuah bukit yang sangat besar menjadikan ianya kawasan terlindung dan teduh dari sinaran matahari pada sebelah pagi. Kemudian timbul pula aktiviti mendaki bukit iaitu Bukit Kluang yang betul-betul berada di tepi pantai menjadikan ianya sangat tular. Keindahan matahari terbit dan lokasi yang sesuai menjadikan ianya sebagai satu tempat atau pilihan untuk dijadikan lokasi aktiviti riadah.

  • Alamat : Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
  • Review : Amazing island, pulau ni sangat kecil dan tidak berpenghuni.Pulau ini jika di lihat dari jauh seperti ikan paus, Pulau Rhu memiliki landscape yang sangat indah. Achmad Asharry.
  • Lebih Lanjut : Pantai Pulau Rhu, Besut

Lokasi #12 : Taman Botani Putrajaya

Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini. Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia. Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.

  • Alamat : Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya
  • Nombor Telefon : 03-8887 7770
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • Review : Spacious, nice scenery, sufficient car park and rather well maintained. A good spot for family outing. Ryan Lim
  • Lebih Lanjut : Taman Botani Putrajaya

Lokasi #13 : Air Terjun Jeram Pasu Pasir Puteh Kelantan

Jeram Pasu ini sebenarnya mempunyai banyak pembahagian kawasan. Untuk keluarga biasanya mungkin sesuai dikawasan luar kolam mandi iaitu kawasan berpasir. Bagi kanak-kanak pula sesuai untuk mandi di kolam yang lebih kecil iaitu di sebelah kanan. Jika sudah dewasa, maka kolam kiri sangat sesuai. Kolam kiri ini mempunyai 1 pembahagi pula yang menjadikan ianya seperti 2 buah kolam. Namun begitu apa yang paling menarik ialah kolam dewasa ini mempunyai 1 gelongsur air yang agak panjang. Gelongsur air ini bermula dari kawasan kolam tingkat atas kemudian terus turun ke kolam dewasa.

  • Alamat : Jeram Pasu, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Review : Secara jujurnya saya sangat seronok dapat mandi di Jeram Pasu ini. Ianya menggamit memori lama ketika masih kanak-kanak dahulu datang kesini untuk mandi-manda pada hujung minggu. Mengayuh basikal selama 1 jam itu terasa sekejap sahaja kerana terlalu seronok dan teruja untuk mandi. Mohd Afizi bin Md Ali.
  • Lebih Lanjut : Air Terjun Jeram Pasu

Lokasi #14 : Gua Kelam Perlis

Satu-satunya jalan ialah melalui jambatan gantung kayu berukuran 8 kaki laluan luas. jalan batu kapur berongga dipercayai menjadi idea seorang Inggeris yang ditukar gua ini sebagai kaedah mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran pintu masuk aliran di Kaki Bukit. Hari ini laluan berjalan kaki yang terang diterangi, di mana anda masih boleh mencari sisa-sisa operasi lombong masa di dalam. Bunyi berdecit kelawar dan titisan air dari stalaktit boleh melegakan untuk beberapa dan menyeramkan untuk orang lain!

  • Alamat : Gua Kelam (Cave Kelam) yang terletak kira-kira 33 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit (Foot Hill). Ia berkongsi sempadan dengan Nakawan Range Thailand. Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 604-938 4466 Perlis Forestry Office & 012-455 2121
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • Review : Beautiful place for outing ! Hope the authority put more effort to maintain this place and educate the visitors not to dirty and vandalize the place. Chin Wuei Chong
  • Lebih Lanjut : Gua Kelam Perlis

Lokasi #15 : Muzium Hantu Pulau Pinang

Ini adalah muzium hantu yang pertama di Malaysia yang menyediakan 13 set yang berbeza dengan 20 jenis anak patung hantu dari pelbagai negeri dan negara. Anda pasti akan teruja untuk melihat pelbagai jenis hantu yang wujud di muka bumi ini. Bilik yang gelap akan menambahkan lagi perasaan seram berada di dalam muzium ini. Anda dibenarkan bergambar dan abadikan kenangan bersama-sama patung hantu yang telah disediakan. Anda juga diberi pilihan samada mahu mengembara ke dunia hantu sendiri atau menggunakan khidmat mereka untuk menerangkan jenis-jenis hantu yang ada.

  • Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-312 3123
  • Waktu Operasi :  10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Review : It’s a Scarry but nice experience. Dr. Swati Chakraborty.
  • Lebih Lanjut : Muzium Hantu

Lokasi #16 : Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna. Hal ini akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah. Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Penang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan di dunia Avatar. Malahan tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara tiket masuk masih percuma.

  • Alamat : 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia. 
  • Review : Very pretty! Although it’s a bit humid, remember to bring along some water. Gary Looi.
  • Lebih Lanjut : Avatar Secret Garden

Lokasi #17 : Hutan Lipur Serting Ulu

Hutan Lipur Serting ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda. Jeram Serting Ulu yang terletak di hujung Kampung Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehinggakan kehadiran pengunjung tidak pernah putus. Perjalanan ke sini menawarkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan seni bina Minangkabau. Anda boleh melihat keistimewaan seni bina rumah berkenaan di Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad.

  • Alamat : 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan.
  • Review : Cool and relaxing place. The picnic area is clean early morning or before visitors come to that area. Ctmariam Bidin.
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Serting Ulu

Lokasi #18 : Chengal Hiil Retreat Janda Baik

Keunikan Chengal Retreat Resort ni memang tak dapat disangkal lagi sampai rata rata telah menviral tempat ni. Kawasannya pula bertemakan alam sekitar suasana kampung/hutan yang mendamaikan.

  • Alamat : Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 7-759 5018
  • Review : Kita da pernah pegi sini..tapi mcm nk pegi lagi bolehh? Dduk kt ruma yg mcm menarik je tu. Rozana Zakaria
  • Lebih Lanjut : Chengal Hill Retreat Janda Baik

Lokasi #19 : Pantai Cahaya Bulan

Di sini tidak boleh mandi kerana paras air yang terlalu tinggi. Anda hanya boleh lepak sambil makan sahaja. Di sepanjang pantai ini terdapat deretan warung makan dan juga gerai. hidangan makan disini lebih kepada santai-santai seperti goreng-goreng, seafood celup tepung dan makanan panas. Jika anda membawa anak-anak ke pantai ini, mereka boleh bermain layang-layang. Angin yang kuat di pantai ini sangat sesuai untuk bermain layang-layang. Disini juga ada menjual layang-layang. Pada hujung minggu, pantai ini akan dipenuhi oleh pengunjung samada dalam atau luar negeri.

  • Alamat : Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Review : Its my first visit. Love the area. The area is clean. Love the mee udang, very tasty wth 4 big size prawns. kawanbaik9597.
  • Lebih Lanjut : Pantai Cahaya Bulan

Lokasi #20 : Kolam Air Panas Tawau

Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri. Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.

  • Alamat : 91000 Tawau, Sabah.  
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
  • Review : Another hot spring spot in Sabah, Borneo. Quite small area but well taken care. Good for kids and family. Sylvester Motulis
  • Lebih Lanjut : Kolam Air Panas Tawau 

Lokasi #21 : Taman Rekreasi Gunung Lang

Ya, satu lagi destinasi percutian bajet yang sangat awesome kerana kedudukannya yang terletak di Ipoh hanyalah dalam 3 jam dari Kuala Lumpur. Kenapa nak terperap di rumah bersama keluarga jika kita boleh dapatkan percutian bajet yang hanya berharga rm3? Mari kami kongsikan beberapa panorama yang ada. Jom kita selongkar keindahan Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak.

  • Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 019-509 0196
  • Waktu Operasi : 8.30am
  • Review : With proper maintenance, this place could very easily become fantastic recreational park. Sean Jeremiah
  • Lebih Lanjut : Taman Rekreasi Gunung Lang

Lokasi #22 : Taman Tema Lost World of Tambun

Taman Tema Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema terawal di Malaysia dan merupakan taman teman yang sangat hebat kerana lengkap dengan pengalaman mandi manda yang hebat, pelbagai permainan yang mengkagumkan, melawat zoo melihat binatang, dan sehinggalah pengalaman spa dan kolam air panas hingga ke malam hari. Pengalaman hebat di Taman Tema di Lost World of Tambun ini banyak dikongsikan di media sosial seperti Facebook dan perkongsian ikhlas dari para pengunjung yang mempunyai blog. Oleh sebab itu, dari pembacaan admin maka untuk perkongsian kali ini kami akan buat perkongsian mengenai taman tema di Ipoh ini.

  • Alamat : 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Theme park tel : +605 542 8888
  • Hotel tel : +605- 540 8888
  • Review : Beautiful at night and lots to explore other than hot spring. Night safari. Petting zoo and what amazed me is the aborigin instrumental music playing in the mysterious walk above the pond in the midst of the limestone hill. Ilvan Wang.
  • Lebih lanjut : Lost World of Tambun

Lokasi #23 : Upside Down House KL

Pernah tak anda rasa jemu duduk di rumah. Tak tahu mana nak pergi dan teringin untuk mencari kelainan? Rasanya sudah tiba untuk anda cuba menjenguk keluar dan jom datang ke Upside Down House KL ini. Ya, kalau pergi shopping nanti banyak pula habis duit betul tak? Nak pergi berkhelah atau pergi resort rasanya banyak pula bajet dan masa yang di perlukan. Jadi kenapa tidak habiskan masa sekejap dan datang ke Upside Down House KL ini.

  • Alamat : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Nombor Telefon : 010-802 7547
  • Review : Good for children’s to have fun. Shahril Aziz
  • Lebih Lanjut : Upside Down House KL

Lokasi #24 : Sunway Lagoon Taman Tema Air

Sunway Lagoon merupakan taman temai air yang dibuka sejak tahun 1992 oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Dari awal pembukaannya, taman ini sudah dibaik pulih dan ditambah fasiliti permainan air. Taman seluas 88 ekar ini dubuna 150 kaki di bawah paras laut iaitu pada tempat bekas lombong bijih timah dan kiini mempunyai 90 tarikan didalam enam taman. Taman yang dimaksudkan ini punyai keisitimewaan dari bentuk taman air, taman tema hantu, teman ekstrim, taman hidupan dan lain lain lagi.

  • Alamat : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 3-5639 0000
  • Review : The Sunway Lagoon has 6 theme parks offering water, adventure, wildlife and amusement activities for all looking to spent time enjoying. However the park not so friendly for people with different abilities. Just my personal opinion. Could differ as well. DEEPAK SHRIVASTAVA
  • Lebih Lanjut : Sunway Lagoon

Lokasi #25 : UK Farm Kluang

UK Farm merupaakn ladang terbesar di Malaysia dalam penternakan kambing dan bebiri dengan keluasan ladang 100 ekar tanah yang mempunyai kapasiti 6000 ekor kambing dan bebiri. UK Farm sangat sesuai dilawati secara kumpulan sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Percutian yang menjanjikan seribu kenangan umpama berada di luar negara. Anda pasti teruja jika pertama kali datang ke sini kerana pemandangan di depan mata sungguh cantik dan mempersonakan mata yang memandang. Dengan kehijauan alam semuala jadi, deru angin yang menghembus serta burung berkicauan.

  • Alamat : Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor.
  • Nombor Telefon : 07-759 5018
  • Waktu Operasi : 9:00 pagi – 6:00 petang
  • Review : A good place for family short trip. Tong CL.
  • Lebih Lanjut : UK Farm

Lokasi #26 : Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah taman tema dan resort air terbaru di Malaysia yang terletak di Ayer Keroh Melaka dan merupakan salah satu destinasi Malaysia yang paling popular di Melaka. Melaka Wonderland adalah tarikan pelancongan terkini untuk pelancong tempatan dan luar negara. Taman tema ini sesuai untuk keluarga, anak-anak, remaja dan sesiapa sahaja yang inginkan keseronokkan dan pengalaman yang manis. Dari gelongsor air berkelajuan tinggi hingga ke kehijauan yang tenang, Melaka Wonderland Theme Park & Resort akan merangsang mana-mana pengunjung. Anda pasti akan teruja dan percutian menjadi sangat bermakna dan berbaloi.

  • Alamat : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-231 3333 
  • Waktu Operasi : 11:00 p.m – 7:00 p.m
  • Review : Amazing for family nothing to complain. Lorben Ravibalan.
  • Lebih Lanjut : Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Lokasi #27 : Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan Lipur Ulu Bendul menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah pelbagai peringkat umur, selain dilengkapi kolam mandi yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan akan anda lalui.

  • Alamat : Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala Pilah, NS 72000.
  • Nombor Telefon :  06-481 1036 
  • Waktu Operasi : 7:00 a.m – 6:00 p.m
  • Review : Great place for picnic. Foc and beautiful scenery. Amril Nizam Abd Rahmid.
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Ulu Bendul

Lokasi #28 : Fifty4Ferns Resort

Resort yang kami maksudkan ialah Fifty4Ferns Resort yang terletak di Janda Baik Bentong Pahang. Lokasinya yang agak kedalam menjadikannya sebagai satu resort yang sangat sesuai untuk mereka yang mencarikan ketenangan alam semulajadi yang abadi. Disini, ada banyak tarikan istimewa yang menjadikan tempat ini terkenal. Mungkin ada peminat memancing yang sudah lama mencari resort yang mempunyai kemudahan ini maka ia adalah satu pilihan terbaik.

  • Alamat : Bentong, Pahang
  • Nombor Telefon :  019-345 4284
  • Review : Just went back from fifty4ferns and I tell you, both of us love it so much! We were staying at the tree house and we feel very close to nature. Imagine waking up with the sound of stream gushing down us. The lush view of green hills and mountain. Not to forget the friendly staff that even help us to buy dinner. For me, to be able to enjoy nature and it surrounding is priceless. Would love to revisit again next time. Za Salehan.
  • Lebih Lanjut : Fifty4Ferns Resort

Lokasi #29 : Paragliding Kota Putera Park

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu aktiviti paragliding atau sukan luncur udara ini rasanya mudah sahaja untuk jelaskan. Paragliding ataupun Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai. Paragliding juga boleh membawa juruterbang ke lokasi tertentu atau melakukan perkara-perkara tidak seperti kenderaan lain.

  • Alamat : Bukit Bubus, 22200 Kampung Raja, Terengganu
  • Booking & Pertanyaan : En. Asnawi- 0128151596
  • Review : Tempat yang cantik dan menarik. Agak mencabar menaiki bukit dengan kenderaan 4wd. Zulkifli Mohammad.
  • Lebih lanjut : Kota Putera Paragliding

Lokasi #30 : Aquaria KLCC

Aquaria KLCC merupakan ruangan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai 90-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah. Aquaria KLCC menghuni lebih 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia. Makluman Interaktif dari mesin kiosk juga membantu pemahaman mengenai ikan dan penyu.

  • Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 3-2333 1888
  • Waktu Operasi :  10AM–8PM
  • Review : A great place and a great experience. The entry fee is a bit too much. You get roughly 2 hours to see the whole place. They have piranha feeding once or twice a day that you can watch live. Many varieties of fishes and other creatures. Arpit Sharma
  • Lebih Lanjut : Aquaria KLCC

Lokasi #31 : Warisan Rimba

Kehidupan hiruk pikuk dengan udara yang kurang nyaman dan ketegangan hidup di Kuala Lumpur menjadikan ramai dikalangan kita cuba keluar dari KL untuk mencari tempat yang lebih tenang. Namun kali ini, pastikan anda tidak lagi pergi jauh untuk mendapatkan panorama rimba kerana di “Warisan Rimba” hampir semuanya ada! Kehijauan alam semula jadi dipenuhi panorama rimba dan sungai memberi ketenangan kepada sesiapa yang menikmatinya. Warisan Rimba mempunyai pelbagai kemudahan untuk anda nikmati ketenangan alam semulajadi yang di anugerahkan oleh Yang Maha Kuasa. Lokasi kami di Kampung Kemensah belakang Zoo Negara Hulu Klang Kuala Lumpur.

  • Alamat : Ulu Klang, Selangor, Kampung Kemensah, 68000, Selangor
  • Nombor Telefon : 013-337 6934 (Elly)
  • Review : KL je pun. Moh le kita pg tahun depan. hahahha siap jungle tracking sekali. Mak dok diam2 dlm air tue. Einal Hidayah
  • Lebih Lanjut : Warisan Rimba

Lokasi #32 : Johor Premium Outlet Kulai

JPO merupakan cawangan outlet yang pertama di Malaysia. Jika anda mencari barang berjenama daripada luar negara atau dalam negara, datanglah ke sini. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai kedai-kedai yang menawarkan barangan berjenama yang sangat berkualiti.

  • Alamat : Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
  • Nombor Telefon : 07-661 8888
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m -10:00 p.m
  • Review : Not too bad. Been there recently and there are plenty of discounts offer from various shops. Like other outlet shops, expect limited size selections and design variations. Ayu Kia.
  • Lebih Lanjut : Johor Premium Outlets

Lokasi #33 : Pantai Klebang Melaka

Klebang terletak di daerah Melaka Tengah. Lokasinya ialah di antara bandar Melaka dan Sungai Udang berhampiran pantai puteri. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Klebang kecil dan Klebang Besar. Pantai Klebang terletak di Klebang Besar. Setiap masa pantai ini akan dipenuhi dengan pelancong untuk bersantai. Pantai ini lebih berfokuskan kepada aktiviti santai dan lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Anda boleh bermain layang-layang atau bersiar-siar di tepi pantai. Pasti anda akan seronok bersama keluarga.

  • Alamat : Pantai Klebang, Melaka.
  • Review : Nice place to take pic during sunset. Zahier Arbi.
  • Lebih lanjut : Pantai Klebang Melaka

Lokasi #34 : Rembau Kristal

Rembau Kristal telah menarik pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri sebagai salah satu destinasi mereka di mana ianya secara tidak langsung dapat memperkenalkan kraftangan hasil keluaran anak tempatan dan juga meletakkan daerah Rembau didalam peta perlancongan di Malaysia. Selain daripada barangan keluaran syarikat Rembau Crystal Sdn. Bhd., struktur bangunan pejabat dan galeri juga merupakan salah satu contoh hasil kraftangan warisan melayu kerana ianya merupakan bangunan berbentuk minangkabau lama dan diperbuat daripada kayu dan papan.

  • Alamat : Rembau Crystal Sdn.Bhd., Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
  • Nombor Telefon : 06-685 3100  
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m
  • Review : Can see crystal in the making. But only during weekdays. Reazal Lazaer.
  • Lebih Lanjut : Rembau Kristal 

Lokasi #35 : Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang ini terletak di daerah Bentong, Pahang lebih kurang 80 KM dari pusat bandar Kuala Lumpur. Cara senang untuk ke Air Terjun Chamang ni boleh ikut sahaja Lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur. Keluar ikut susur keluar Bentong. Bila sampai di pekan Bentong, akan ada papan tanda penunjuk arah untuk ke Air Terjun Chamang.

  • Alamat : 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 17-366 6223
  • Review : The waterfall is picturesque but can be a hazard. Please keep the area clean. Vig Saminathan.
  • Lebih Lanjut : Air Terjun Chamang Pahang

Lokasi #36 : Pantai Air Tawar

Pantai Air Tawar ini sebenarnya adalah hanya bersebelahan sahaja dengan Pantai Bukit Kluang. Ianya juga terletak bertentangan dengan Pulau Rhu yang menjadi tempat kegilaan ramai anak-anak muda untuk snorkeling dan menaiki banana bot. Melalui jalan di tepi Pantai Air Tawar ini pula ialah Jeti Pusat Perikananan LKIM Besut yang menjadi tempat wajib singgah kepada orang dewasa membeli ikan-ikan segar dan murah disini.

  • Alamat : Kampung Raja, 22200 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia 
  • Review : Air Tawar is a popular recreational for locals and casual tourists. Its long sandy and windy beach is suitable for picnic, kite flying and beach combing. If you have time, is nice place to drop by and enjoy the evening breeze. Otherwise a drive through its residential area and rhu forest, or a tea or lunch break at a nearby restaurant will be refreshing before continuing your journey. Palie Massa.
  • Lebih Lanjut : Pantai Air Tawar

Lokasi #37 : Pantai Sri Tujuh

Pemandangan di bawah pohon rhu juga sangat cantik terutamanya ketika waktu tengah hari. Cahaya matahari yang bersinar di sebalik pohon rhu sangat menenangkan hati bahkan mampu menggamit satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Pantai Sri Tujuh ini juga tidak pernah putus dengan kunjungan orang ramai termasuklah pelancong luar yang ingin bersantai di pantai ini. Suasananya sangat meriah lebih-lebih lagi ketika waktu cuti, ramai keluarga yang datang berkelah ke sini.

  • Alamat : Jalan Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan.
  • Review : Pemandangan kawasan lagun yang menarik. Jom Ride Sokmo.
  • Lebih Lanjut : Pantai Sri Tujuh

Lokasi #38 : Pulau Langkayang Sabah

Pulau Lankayan ini adalah kawasan yang sesuai untuk mencari ketenangan dan ia juga mempunyai kawasan menyelam yang cantik. Pada musim dari bulan Mac hingga Mei, whale shark boleh dilihat disini, ini adalah ‘dream date’ bagi mereka yang suka menyelam.

  • Alamat : Lankayan Island, Sandakan Sabah.
  • Review : Macam di Maldives, tapi pulau ini dekat saja. Pulau Lankayan, kalau dari Sandakan naik bot ambil masa 1 jam setengah. Memang cantik, dengan air dia yang jernih dan hidupan laut macam tengok dalam akuarium ja. Sabah Info.
  • Lebih Lanjut : Pulau Langkayan

Lokasi #39 : Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut. Sungai Janing sepanjang 1.5 km mempunyai keunikan batu batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.

  • Alamat :  06300 Kuala Nerang, Kedah.
  • Review : Beautiful nature reserve with cascading waterfall. However, the facilities need to be repaired and upgraded. Sansit Low.
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Puncak Janing

Lokasi #40 : MAPS Movie Animations Park Studios

pembukaan Movie Animation Park Studios MAPS Meru Perak telah menjadikan Ipoh sebagai satu destinasi perlancongan terkemuka di Malaysia. MAPS Perak ini sangat hebat kerana ianya bersedia menjanjikan pelbagai tarikan yang telah dibahagikan kepada jenis-jenis dan zon-zonnya yang tertentu.

  • Alamat : Movie Animation Park Studios, 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak.
  • Nombor Telefon : 05-501 5666
  • Waktu Operasi :  10.00am – 10.00pm
  • Review : Kids had lots of fun here especially boboiboy 4D. Not all attraction is opened for public yet. Hence, we bought annual pass so it’s not an issue. We will come back regularly. Azurawati Bahari
  • Lebih Lanjut : MAPS Movie Animation park Studios

Lokasi #41 : Zoo Negara Malaysia KL

Zoo Negara Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 110 ekar di Ampang mempunyai lebih 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Kepada peminat haiwan boleh datang ke Zoo Negera bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa

  • Alamat : Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-4108 3422
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:30 p.m
  • Review : Great place get together especially for but facilities to be improved during rainy season. Zan M.
  • Lebih Lanjut : Zoo Negara

Lokasi #42 : Tadom Hill Resort

Tadom Hill ini terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia iaitu di Banting, Selangor. Tempat ini adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar. Selain itu, di sini juga anda dapat bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Jadi datang ke resort ini merupakan pilian yang tepat untuk bercuti bersama keluarga.

  • Alamat : Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 12-522 5728
  • Review : Great facilities and reasonable prices. Also having new experiences with spring board and raft made by bamboo👍 Soleh Safuan. 
  • Lebih Lanjut : Tadom Hill Resort

Lokasi #43 : Paya Biru Felda Lok Heng

Paya Biru Felda Lok Heng merupakan satu kolam renang atau paya yang terbuka. Sebetulnya ianya terletak di kawasan kelapa sawit iaitu di dalam kawasan Felda Lok Heng. Dengan pelbagai cerita dan gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook telah menjadikan kawasan Paya Biru Felda Lok Heng ini sangat terkenal. Jadi mari kita ketahui kenapa ianya terkenal dan kenapa Paya Biru ini masih menjadi tempat pilihan dan tumpuan ramai walaupun sekarang sudah banyak taman tema yang ada di sini.

  • Alamat : Kampung Sedili Kechil, 81930 Kota Tinggi, Johor
  • Nombor Telefon :  011-3738 7814
  • Review : Tempat yang santai. Air sentiasa mengalir. Ramlee bin Taikori.
  • Lebih Lanjut : Felda Lok Heng

Lokasi #44 : Taman Buaya Melaka

Keistimewaan Taman Buaya Melaka adalah kerana taman ini menghimpunkan pelbagai spesies buaya air tawar dan air masin dari seluruh dunia. Anda tidak perlu pergi ke Sungai Linggi untuk melihat buaya tembaga atau pergi ke India untuk melihat buaya marsh mugger. Semuanya ada di Taman Buaya Melaka. Lebih 100 ekor buaya daripada seluruh dunia terdapat di sini. Tarikan baharu di taman buaya ini ialah taman tema air. Anak-anak anda pasti seronok apabila dapat bermain air. Bukan sahaja hanya meliat buaya tetapi anda dapat beriadah bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti lain disini. Anda pasti berpuas hati datang ke sini.

  • Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-232 2350
  • Waktu Operasi : 8:30 a.m – 6:30 p.m
  • Review : Calm and friendly staff. You are allowed to interact with many animals here..! Children’s placeDr Rachappa Mallikarjuna.
  • Lebih Lanjut : Taman Buaya

Lokasi #45 : Muzium Adat

Tumpuan diberikan kepada pengenalan dan konsep adat di Malaysia. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung menerusi replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia. Selain dari itu, disini juga, mempamerkan adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga menifestasi adat menerusi peralatan muzik.

  • Alamat : Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 pm
  • Review : Complete information on Negeri Sembilan history. Open all year round except on hari raya aidilfitri and hari raya aidiladha. Norhanizan Sahidin.
  • Lebih Lanjut : Muzium Adat

Lokasi #46 : Kolam Air Panas La Hot Spring

La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda boleh melalui jalan dari sana dan terus menuju ke kolam air panas ini. Jarak perjalanan ke La Hot Spring dari bandar Jerteh ini pula rasanya tidaklah terlalu jauh mungkin tidak sampai 1 jam perjalanan. Jadi, sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama itu jangan stress sebaliknya nikmatilah pemandangan desa dan flora dan fauna yang anda sempat lihat.

  • Alamat : Sungai Peng, 22010 Jerteh, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 13-976 5723
  • Review : At Hot Spring, there was a musalla, to muslims prayer and also have chalet to rent when coming here. Amir Farhan.
  • Lebih Lanjut : La Hot Spring

Lokasi #47 : Air Terjun Lata Hujan

Lata Hujan kini telah menjadi tarikan utama pelancongan bagi Jajahan Tanah Merah kerana ianya mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negeri. Ianya akan menjadi destinasi tumpuan apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Anda boleh jadikan tempat ini sebagai tempat berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup indah. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam disini.

  • Alamat : 17500 Tanah Merah, Kelantan.
  • Lebih Lanjut : Lata Hujan

Lokasi #48 : Seaventures Dive Rig

Seaventures Dive Rig adalah berasal dari platform minyak dan gas yang beroperasi di lautan lepas Singapura. Setelah tamat tempoh pengoperasian, fasiliti ini telah dimodifikasi menjadi sebuah resort dan ditunda ke lautan Sabah berdekatan Pulau Sipadan. Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau tercantik di Sabah dan kaya dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karang. Manakala Seaventures Rig pula adalah satu satunya platform minyak dan gas yang menjadi kawasan pelancongan di dunia ini.

  • Alamat : Berhampiran Pulau Mabul
  • Nombor Telefon : +60 6088251669
  • Review : Perfect for diving,Sipadan is closed from RIG.Best stuff,good guides,food,nice peopleMagda Adamecz
  • Lebih Lanjut :  Seaventures Dive Rig

Lokasi #49 : Hounon Ridge Farm 

Hounon Ridge Farm ini terletak di Kg. Kimbahaan, Buntu Tuhan, Ranau, Sabah. Kenapa kami cakap Hounon Ridge Farm ini patut menjadi salah satu tempat wajib untuk anda pergi jika anda kaki holiday yang suka berjalan bercuti sana sini? Nanti anda lihat sendiri pelbagai keindahan panorama di Buntu Tuhan ini yang pasti akan menggamit jiwa kita untuk ke sana.

  • Alamat : Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 13-850 6463
  • Review : A beatiful place to View the Sunrise and Sunset of Mt Kinabalu and rest at a green grass of Home . Will try to come to visit it. Aw Kai Fu
  • Lebih Lanjut : Hounoun Ridge Farmstay

Lokasi #50 : Tasik Biru Pendang

Asalnya kolam tersebut adalah merupakan sebuah bukit yang dikorek untuk kerja-kerja pembangunan dan selepas ditinggalkan ianya telah menjadi tempat rekreasi dan kolam mandi. Pengunjung akan memenuhi kawasan ini pada waktu petang untuk beriadah bersama keluarga dan berehat kerana suasananya yang dikelilingi bukit setinggi 15 meter serta menenangkan. Air kolam di sana sangat sejuk dan ramai golongan muda tidak melepaskan peluang untuk mandi terutamanya pada waktu musim cuti.

  • Alamat : Kepala Batas, Kedah.
  • Lebih Lanjut : Tasik Biru 

Lokasi #51 : Bukit Larut

Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, ia merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga luar negara. Ia merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun. Beberapa pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan menaiki bukit termasuk air terjun. Keindahan semulajadi yang ada di sini sudah memberi kepuasan kepada anda. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ketika melihat keindahan panorama dari menara tinjau di atas Bukit Larut.

  • Alamat : 34000 Taiping, Perak
  • Nombor Telefon : 05-807 7241  
  • Waktu Operasi : 7:00 a.m – 5:00 p.m
  • Review : Bukit larut, Maxwell hill is one of the best place in Taiping. Atmosphere is very cool and lovely. Just enjoy the peace of nature here. Arundhati karanji.
  • Lebih Lanjut : Bukit Larut

Lokasi #52 : Desa Cattle Dairy Farm

Disini merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan suasana di sana persis berada di New Zealand dan para pengunjung juga berpeluang melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain. Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan. Pengalaman seperti ini tidak akan diperolehi di tempat lain dan pasti akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

  • Alamat : 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 88-889 562
  • Review : Very nice place and beautifull view. Datang jangan tak datang. Dustan Bajak.
  • Lebih Lanjut : Desa Cattle Dairy Farm

Lokasi #53 : Simpang Mengayau Kudat

Simpang Mengayau ini merupakan tempat yang cukup dikenali sebagai ‘Tanduk Negeri Sabah’. Kalau tengok peta, anda akan nampak bentuk tempat ini seperti kepala anjing. Itulah dipanggil tip of borneo. Ia cukup terkenal dengan pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau anda berdiri di sekitar tempat ini pasti akan terpegun dengan laut yang membiru, angin bertiup tanpa henti dan juga pemandangan yang cukup menarik.

  • Alamat : Jln Tanjung Simpang Mengayau, 89050 Kudat, Sabah, Malaysia.
  • Waktu Operasi : Sentiasa di buka
  • Review : Amazing and beautiful place. Chong Tou Chin.
  • Lebih Lanjut : Simpang Mengayau

Lokasi #54 : Pusat Kebudayaan Murut Tenom

Pusat yang mula beroperasi pada tahun 1996 itu, dibina atas inisiatif bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, Datuk Kadoh Agundong yang pada masa itu menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri. Pusat ini di bina bagi mendedahkan kepada orang ramai mengenai adat dan budaya Kaum Murut yang mempunyai 10 lagi pecahan etnik.

  • Alamat : 89900 Tenom, Sabah.
  • Review : The best place to learn about Murut tribe culture. Chris George.
  • Lebih Lanjut : Pusat Kebudayaan Murut

Lokasi #55 : KidZania Kuala Lumpur

Ianya adalah sebuah tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. Selama ini kanak yang kecil apabila ditanya apakah cita-cita apabila mencecah umur dewasa kelak, mereka biasanya akan menjawab pilot, doktor, engineer dan sebagainya. Ada diantara mereka tiada gambaran pun pekerjan yang mereka sebutkan itu.

  • Alamat : Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2203 9666
  • Review : Nice place to let the kids’ imagination and potential to run wild. Parents have a choice to be with them throughout, or just relax in the parents lounge (which is what I did) Great facility. Everything under one roof. Anis Sani Ariffin.
  • Lebih Lanjut : KidZania KL

Lokasi #56 : Ratu Rening Residency

Jika anda mencari suasana tenang dengan deruan air, kesejukan air sungai yang jernih dan ingin berehat di tepi para maka memang ini ialah tempat yang wajib anda pergi. Dengan khemah yang tersedia di tepi air yang sejuk dan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan sebenar menjadikan kita lupa akan kesibukan di bandar. Apa yang penting ialah kawasan ini adalah kawasan privacy dimana hanya maksima 10 orang sahaja dibenarkan untuk tinggal disini semalaman.

  • Alamat : Kampung Hulu Rening, Batang Kali, 44300 Selangor.
  • Nombor Telefon : 016-380 5999
  • Review : My second time in Ratu Rening Residency. Love the place. Great for family gathering. Lynda Low.
  • Lebih Lanjut : Ratu Rening Residency

Lokasi #57 : Lata Sri Pulai

Di Lata Sri Pulai ini sebenarnya mempunyai kolam renang yang asli serta kolam buatan yang dipenuhi dengan ikan talapia. Apa yang lebih menarik ialah kita sebagai pengunjung yang menyewa di Lata Sri Pulai ini dibenarkan untuk cuba memancing ikan tersebut. Admin melihat bahawa konsep kediaman yang diketengahkan oleh pihak Lata Sri Pulai ini adalah sangat sesuai untuk kita melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti memancing ikan, berenang, beriadah dan yang paling penting dan menarik sekali dapat BBQ pelbagai jenis makanan.

  • Alamat : No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
  • Nombor Telefon : 019-328 2881
  • Review : Nice resort that blends with nature. Hamdi Yusof.
  • Lebih Lanjut : Lata Sri Pulai

Lokasi #58 : The Shore Sky Tower

Pengalaman yang menarik menanti pengunjung untuk melihat keindahan keseluruhan bandar Melaka di sini. Terletak di tingkat 43, ia adalah struktur buatan manusia tertinggi di Bandaraya Melaka dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 kilometer di setiap arah.The Shore banyak menggunakan konsep dinding berkaca bagi menerapkan lagi perasaan berada di langit dan membolehkan pengunjung melihat pemandangan bawah secara menyeluruh.

  • Alamat : The Shore Sky Tower Sdn Bhd, Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka Tengah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +06 – 288 3833
  • Review : Ok, relaxing place see view of whole Melaka. Michele Lim.
  • Lebih Lanjut : The Shore Sky Tower

Lokasi #59 : Colmar Tropical French Theme

Colmar Tropical French Theme Resort adalah hotel bertaraf 4 bintang yang berkonsepkan senibina perancis dan berada betul betul di puncak Bukit Tinggi. Resort ini boleh dikatakan salah satu tempat bercuti yang terbaik di Malaysia selain ia juga amat sesuai untuk melepaskan tekanan selepas sekian lama bekerja. Dibuka pada tahun 2000, Colmar Tropical dimodelkan berdasarkan Bandar Colmar, Tenggara Alsace, Perancis dan mengambil rekabentuk senibina dan elemen dari Kampung Lama Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg.

  • Alamat : KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 9-221 3666
  • Review : The room is clean, and the staffs were friendly. The environment there is nice, the buildings are beautiful and romantic. Good place for photograph. Unfortunately, we can’t having fun around when it’s raining 犬神
  • Lebih Lanjut : Colmar Tropical

Lokasi #60 : Air Terjun Lata Belatan

Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih – Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak – 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil “Puncak Tanduk Singa Bertala”.

  • Alamat : Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, 22020 Jerteh, Terengganu
  • Nombor Telefon :  09-695 6388
  • Review : Terbaik untuk budak-budak mandi. Saiful Azri Ayob.
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Lata Belatan

Lokasi #61 : Air Terjun Lata Berangin

Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman dan sesuaI untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga.
Selain itu, kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.

  • Alamat : Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kelantan.
  • Review : Tempat yang menarik untuk dikunjungi, air yg jernih. Nazirah Airazara.
  • Lebih Lanjut : Air Terjun Lata Berangin

Lokasi #62 : Air Terjun Putri Mandi

Bagi penggemar air terjun, jika Titi Hayun tidak memuaskan hati anda, anda boleh pergi ke Air Terjun Putri Mandi. Walau bagaimanapun untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu mendaki sejauh 3KM dan mengambil masa anggaran 40 minit mengikut laluan yang bermula di Titi Hayun. Trek ini sangat mencabar dan sangat sesuai bagi pengemar aktiviti lasak.

  • Alamat : 06900 Yan, Kedah. 
  • Review : Ketenangan maksima dengan keindahan alam semulajadi yang belum tercemar. Darul Islah.
  • Lebih Lanjut : Air Terjun Putri Mandi

Lokasi #63 : Tasik Beris Sik Kedah

Tasik Beris mempunyai keluasan tadahan air sebanyak 116 km persegi dan tasik ini siap sepenuhnya pada tahun 2004. Tasik ini dibina dengan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Fungsi tasik beris adalah untuk membekalkan air di sekitar Kedah dan Pulau Pinang dan mengawal keadaan banjir yang berlaku. Kini tasik ini telah menjadi tumpuan pengunjung dengan pembaharuan dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di tasik ini.

  • Alamat : Kampung Ternas, 08200, 08210 Sik, Kedah.
  • Review : Pemandangan yang cantik. Fieza Batu Gajah
  • Lebih Lanjut : Tasik Beris

Lokasi #64 : Santuari Burung Kuala Gula

Kawasan yang berkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api. Pulau tersebut penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burung residen. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau dan rumpai paku pakis bakau

  • Alamat : 34350 Kuala Kurau, Perak
  • Review : Paradise for bird lovers. Anuar Talib.
  • Lebih Lanjut : Santuari Burung

Lokasi #65 : Gold Coast Morib International Resort

Resort yang siap dibina sekitar 2011 ini mempunyai 400 buah bilik penginapan yang terdiri daripada jenis studio yang berkatil 1 atau 2, apartmen berbilik dan juga penhouse. Harga bilik disini berbeza mengikut jenis dan masa percutian. Kebiasaanya musim cuti sekolah dan hujung minggu lebih mahal.

  • Alamat : PT. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-3850 8028
  • Review : Love the theme park.Well my kids really enjoy it. I just love the private jacuzzi .Watching sunset from our balcony. Sirgym Wayne.
  • Lebih Lanjut : Golc Coast Morib International Resort

Lokasi #66 : Gunung Ledang Tangkak Johor

Hanya 30 km jauhnya daripada Muar dan hampir dengan jalan besar, tempat ini sering dikunjungi bukan sahaja kerana gunungnya, akan tetapi kerana kawasan perkelahan air terjunnya. Jangan terkejut kerana jumlah pengunjung sehari pada waktu cuti boleh mencecah 5,000 orang. Ini membuktikan bahawa gunung ini mempunyai keistimewaan sendiri yang perlu diterokai.

  • Alamat : Jalan Segamat, 84020 Sagil, Tangkak, Johor.
  • Lebih lanjut : Gunung Ledang

Lokasi #67 : Jasin Hot Springs Melaka

Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.

  • Alamat : 77200 Bemban, Malacca.
  • Nombor Telefon : 06-521 0369
  • Review : Keseluruhan baik berbanding tempat lain. Saya berpuashati dengan kemudahan yang disediakan. Samudin Hassan.
  • Lebih Lanjut : Jasin Hot Springs

Lokasi #68 : Genting Highland

Genting Highland boleh dianggap seperti Las Vegas. Bezanya Las Vagas di kawasan gurun manakala genting highland di kawasan tanah tinggi. Anda juga boleh memilih untuk bermalam disini kerana banyak hotel terkemuka terdapat di Genting Highland. Jika mahu melihat suasana malam di sini bolehlah menyewa hotel yang disediakan mengikut kemampuan.

  • Alamat : Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2718 1118
  • Review : Awesome place to visit in Malaysia,cable car opened for public to reach high altitude,consists of malls,resorts and park. Lekha Ray.
  • Lebih Lanjut : Genting Highland

Lokasi #69 : Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan ke Kuala Terengganu – Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di dalam Hutan Simpan Pelagat yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

  • Alamat : Besut, 22010, Terengganu, Malaysia
  • Review : Very nice place for outdoor activities. The waterfall is absolutely stunning and cool. Ahmad Syakir Saad.
  • Lebih lanjut : Lata Tembakah

Lokasi #70 : Jeram Linang

Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu. Air terjun yang telah dibangunkan dengan kolam-kolam mandi yang besar dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ianya merupakan tempat percutian alam semulajadi yang menarik di Kelantan.

  • Alamat : 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Review : Excellence natural view. good for outdoor picnic and bbq. Nashid Fareen.
  • Lebih Lanjut : Jeram Linang

Lokasi #71 : Kepulauan Mersing

Bandar kecil ini merupakan hab pengangkutan kepada belasan kepulauan milik wilayah jajahan Johor. Kepulauan ini juga adalah kawasan kegemaran warga Singapura kerana umum pun sudah maklum yang Singapura mana ada tempat bercuti ala-ala syurga dunia dan hanya Mersing pilihan tedekat yang mereka ada. Dengan kadar tukaran mata wang 1 SGD bersamaan 3 Ringgit Malaysia, jentik sahaja mana-mana rakyat Singapura yang complain jarak 200 kilometer ke Mersing itu kononnya jauh. Siapa sangkap Mersing adalah salah satu tempat bercuti paling best yang wajib kita pergi! Tak percaya?

Lokasi #72 : Pantai Tanjung Bidara

Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai. Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara.

  • Alamat : Tanjung Bidara Beach, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka.
  • Review : Nice beach with shower facility and some sea sports. Rashedul Hasan.
  • Lebih Lanjut : Pantai Tanjung Bidara

Lokasi #73 : Hutan Lipur Lubuk Yu

Namanya agak unik kerana ia mungkin diambil berikutan kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora dan fauna yang sangat menyegarkan dan indah.

  • Alamat : .
  • Review : Lot changes as i visit this place like 4,5 years ago. Amazing. Irfan Farzan.
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Lubuk Yu

Lokasi #74 : Pasar Besar Kedai Payang

Uniknya pasar ini adalah daripada segi namanya yang dikatakan diperolehi daripada nama sejenis perahu yang sering digunakan oleh nelayan di negeri Terengganu sejak dahulu lagi iaitu perahu payang. Hasil tangkapan ikan oleh nelayan akan dijual di pasar ini yang kemudiannya terus mendapat nama Pasar Payang atau orang Terengganu panggil Kedai Payang.

  • Alamat : 20000, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Waktu Operasi :  8:00 a.m – 6:00 p.m
  • Review : Everything is quite cheap there. You can even lower the prices at some stores. Happy shopping guys! Dzvuriyah Hussein.
  • Lebih Lanjut : Pasar Payang

Lokasi #75 : Tama Etno Botani Gua Musang

Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang pasti menimbulkan panorama yang sangat menarik. Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan.

  • Alamat :  Kesedar, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.
  • Nombor Telefon : 09-912 1788
  • Review : I love this place because it’s very interesting. Mohd Rafie Hashim.
  • Lebih Lanjut : Taman Etno Botani

Lokasi #76 : Chalet Terapung Segantang Garam

Untuk sampai ke destinasi ini, anda boleh memilih dua cara iaitu perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling. Jadi anda boleh memilih perjalanan mengikut keselesaan dan kemampuan.

  • Alamat : Kota Kuala Muda, Kedah.
  • Nombor Telefon : 04-457 2117
  • Review : Peaceful. Nice place for family gathering/fun fishing/ bbq. Fitri Razak.
  • Lebih Lanjut : Chalet Terapung Segantang Garam

Lokasi #77 : Sungai Klah Hot Spring Park

Tempatnya yang berkonsepkan flora dan fauna sebagai salah satu faktor utama para pelancong dari pelbagai negeri datang dan merasai sendiri pengalaman mereka di sini. Tidak dapat dinafikan pemandangan sekitar Sungai Klah ni memang cantik. Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas saja tetapi terdapat banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air.

  • Alamat : 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +605 441 4493
  • Waktu Operasi : 8:00 Pagi – 7:00 Petang
  • Review : Nice place to spend time over the weekend with families. Nazihah Nazir.
  • Lebih Lanjut : Sungai Klah Hot Spring Park

Lokasi #78 : Kolam Air Panas Ulu Legong

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat untuk mencari ketenangan serta jauh dari kesibukan kota. Pusat Rekreasi ini juga meyediakan udara yang segar dan nyaman serta jauh dari sebarang pencemaran udara dan alam sekitar. Anda pasti tenang bila berada di sini bersama keluarga.

  • Alamat : Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-476 0403
  • Review : I like this place because this place so best and ever and ever👍. Norazlinda Abdullah.
  • Lebih Lanjut : Air Panas Ulu Legong

Lokasi #79 : Pusat Kraftangan Mariwasa

Produk berasaskan perak, emas, tembaga dan lain-lain lagi merupakan satu hasil tangan yang cukup tinggi nilai estetika dan sejarahnya. Proses membuat pingat dan darjah ini melalui beberapa proses yang kompleks, yang mana memerlukan ketelitian yang amat tinggi, dan individu yang membuatnya memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

  • Alamat : Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd, Lot 522, Kawasan Perusahaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
  • Nombor Telefon :  05-776 5888
  • Review : Amazing place to get your medals and trophies! Quality productions and friendly people. Most Malayzing.
  • Lebih Lanjut : Pusat Kraftangan Mariwasa

Lokasi #80 : Pulau Dayang Mersing

Pulau Dayang yang merupakan jiran Pulau Aur di Mersing ini berdekatan juga dengan Pulau Pemanggil. Pelancong boleh ke pulau itu dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan air laut dengan menaiki bot kecil nelayan di situ. Adakalanya, mengambil masa sehingga 8 jam untuk sampai di Pulau Dayang sekiranya llaut bergelora.

  • Alamat : Pulau Dayang, Jalan Tun Dr Ismail, Mersing, Johor.
  • Review : Very peaceful. Not crowded. A lot of marine life too! So many fish!! At night you can hear the wild pigs too! Zhan YM.
  • Lebih Lanjut : Pulau Dayang

Lokasi #81 : Skytrex Melaka

Di Skytrex, anda boleh merasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan siri halangan udara yang digantung pada ketinggian 3-22 meter di udara. Aktiviti ini mencabar dan sangat seronok dilakukan. Sudah pasti aktiviti-aktiviti disini menguji ketahanan fizikan dan mental anda.

  • Alamat : 75450 Durian Tunggal, Malaka.
  • Nombor Telefon : 018-909 5679
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 3:00 p.m
  • Review : Although not as extreme like Escape in Penang, but we had fun with the extreme challenge. A lot of monkey. Zarifah M Roslan.
  • Lebih Lanjut : Skytrex Adventure Melaka

Lokasi #82 : Muzium Sultan Abu Bakar Pekan

Muzium ini berfungsi untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan dan menjaga monumen lama dan tempat-tempat bersejarah dan mempromosikan pelancongan. Anda dapat melihat pelbagai maklumat sejarah berkaitan Negeri Pahang disini.

  • Alamat : Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang.
  • Nombor Telefon : 09-422 1371  
  • Waktu Operasi : 9:30 a.m – 5:00 p.m (Isnin tutup)
  • Reivew : Well design indoor & outdoor exhibition. Lee Chee You.
  • Lebih Lanjut : Muzium Sultan Abu Bakar

Lokasi #83 : Pantai Batu Buruk KT

Pantai Batu Buruk merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.

  • Alamat : 20400 Terengganu.
  • Review : My big bro Enjoy ridding horse at my hometown. Tengku Irfan.
  • Lebih Lanjut : Pantai Batu Buruk

Lokasi #84 : Pulau Kapas

Masyarakat memanggil Pulau Kapas kerana pantai pasir ini putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik dengan air laut di perairan yang jernih, pulau ini mempunyai pemandangan dasar laut yang indah. Para pelancong yang pernah datang ke pulau ini pasti akan bercadang untuk datang untuk kali kedua.

  • Alamat : Pulau Kapas, Terengganu.
  • Review : So nice and good view. We can clearly see fish and and corals from top of our boat. Snorkeling is a must! Danial H.
  • Lebih Lanjut : Pulau Kapas

Lokasi #85 : Air Terjun Lata Janggut

Air terjun ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR. Terdapat ebberapa kolam mandi yang selamat untuk dijjadikan tempat mandi manda. Kolam ini terbentuk daripada batu batu di jeram itu.

  • Alamat : Jeli, kelantan.
  • Review : Beautiful place, good for release tension. Yana Irfan.
  • Lebih Lanjut :  Air Terjun Lata Janggut

Lokasi #86 : Pulau Rawa

Dari jauh anda akan terpegun dengan pasirnya memutih seperti tidak pernah dijejak oleh sesiapapun. Bahkan air lautnya sangat cantik dan bersih mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk merehatkan minda. Kiri kanan pulau ini di kelilingi oleh laut dan keindahan alam, setanding kehebatan Kepulauan Maldives. Malah, sebenarnya di Pulau Rawa Mersing, ia menawarkan lebih dari apa yang terbaik untuk peminat percutian pulau, laut, pantai dan juga peminat sukan snorkeling serta penyelam skuba.

  • Alamat : Pulau Rawa, Johor, Malaysia.
  • Lebih Lanjut : Pulau Rawa

Lokasi #87 : Jonker Walk

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka. Jonker Walk terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi.

  • Alamat : Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-284 8282
  • Review : Nice place to spend your time with your love one. If you bring your kids here, you need to take good care of your kids coz it’s crowded here. Bong Sl.
  • Lebih Lanjut : Jonker Walk

Lokasi #88 : Bukit Fraser

Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius. Sangat sesuai tempat ini dijadikan tempat untuk berbulan madu bersama pasangan anda. Pasti bulan madu anda menjadi satu kenangan yang sangat indah.

Lokasi #89 : Air Terjun Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya yang kaya dengan pelbagai keunikan khazanah semulajadi. Hutan Lipur ini dihiasi indah dengan aliran sungai berair terjun yang dingin dan jernih pastinya menggamit suasana damai, nyaman lagi menyegarkan. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang membuatkan ianya sangat istimewa.

  • Alamat : Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
  • Nombor Telefon : 09-681 1149
  • Review : The beautiful place. Sizuka Nobita.
  • Lebih lanjut : Hutan Lipur Air Terjun Sekayu

Lokasi #90 : Pantai Tok Jembal Kuala Nerus

Kawasan pantai yang landai menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah pada hujung minggu. Pengungjung yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mandi pantai. Ini adalah aktiviti wajib sekiranya sampai di sini. Anda juga dapat beriadah bersama keluarga sambil melihat keindahan alam yang sangat menakjubkan.

  • Alamat : Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.
  • Review : Suasana yang indah. Mohd Farhan Kadir.
  • Lebih Lanjut : Pantai Tok Jembal

Lokasi #91 : Refarm Leisure Farm

Refarm adalah lebih daripada Ladang biasa yang anda bayangkan. Disini terdapat penginapan, makanan, pelbagai aktiviti menarik dan yang paling penting, pengalaman alam semula jadi. Diwaktu percutian,  adalah masa yang sangat sesuai untuk mengalami sesuatu yang berbeza di Refarm. Anda boleh menikmati pemandangan dan juga kolam renang dari air terjun semulajadi beserta dengan mini petting zoo buat tarikan anak-anak kecil. Air terjun disini digunakan juga untuk menyalurkan air melalui sistem paip air sepanjang 1.2 kilometer dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.

  • Alamat : Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak.
  • Nombor Telefon : 012-502 6115
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 6:00 p.m
  • Review : Nice place to bring the family. Clean swimming pool as well. Tek Yan Chua.
  • Lebih Lanjut : Refarm Leisure Farm

Lokasi #92 : Taman Burung Melaka

Taman burung ini merupakan taman burung terbesar di Asia yang dibangunkan dengan kos RM26 juta. Ia membolehkan pengunjung melihat dan berinteraksi dengan semua unggas di situ dari jarak yang dekat. Anda pasti akan teruja dan terhibur dengan pelbagai aksi burung-burung yang pasti menghiburkan.

  • Alamat : 75450 Durian Tunggal, Melaka.
  • Nombor Telefon :  06-233 0333
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 6:00 p.m
  • Review : The staffs are very friendly. He’s helping me to tame the big blue macaw on my shoulders. Bring your own seeds and corn if you want to feed the birds. Nor Aini.
  • Lebih Lanjut : Taman Burung

Lokasi #93 : Melaka River Cruise

Sedikit info ringkas mengenai Melaka River Cruise ini ialah sebelum ini sungai yang mengalir di kawasan bandar Melaka ini ialah sebagai titik pertemuan antara Timur dan Barat pada abad ke-16. Namun hari ini, Sungai Melaka ini telah dinaik taraf menjadi satu  destinasi pelancongan yang sangat hebat. Kedua-dua penduduk tempatan dan warga asing datang ke sini untuk menikmati dan melihat sendiri pelbagai peninggalan sejarah.

  • Alamat : Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
  • Nombor Telefon :  06-281 4322
  • Waktu Operasi :  9am – 11pm
  • Review : Takes you along the historical Malacca river whose banks has been redeveloped into a lively place. Nice views. Eu Meng Ang
  • Lebih Lanjut : Melaka River Cruise

Lokasi #94 : Kampung Sedia Cameron Highland

Pertamanya, pasti ramai yang tidak tahu kewujudan Kampung Taman Sedia yang merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highlands iaitu tempat percutian menarik di Malaysia! Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Di sini terdapat banyak ladang Strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang boleh pengunjung petik buah Strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap ‘packed’.

  • Alamat : Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 05-491 2005
  • Review : Terbaik weh stawberi kat taman sedia ni.. Dah bnyk kali pg cameron.. Beli stawberi balik2 je 2., 3 hari dah lecur.. Nak dijadikan cerita homestay dekat tmn. Sedia.. Konon2 tak Cofiden dgn org melayu kita punye kebun…tp nk jg Try la beli.. Tgk buah pn ok.. Murah.. Bawa balik seminggu tahan..dahlah melayu kita..kita nak makn pn mcm rasa suci bersih. Diera Abdullah
  • Lebih Lanjut : Kampung Taman Sedia Cameron Highland

Lokasi #95 : Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim

Pertamanya pasti ramai yang pernah mendengar nama Hutan Lipur Sungai Sedim di Kulim Kedah dimana ianya terkenal dengan nama Tree Top Walk. Kenapa? Tree Top Walk ini mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5km yang mempunyai ketinggian sehingga 36 meter dari tanah. Apabila dapat berjalan di atas kanopi ini, anda akan dapat melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhati pelbagai flora dan fauna yang ada di sekitar Hutan Simpan Sungai Sedim. Teruja bukan? Selain itu, ramai yang perlu tahu bahawa Hutan Lipur Sungai Sedim ialah salah satu tempat rekreasi air seperti berkayak yang sangat hebat.

  • Alamat : Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah.
  • Nombor Telefon : 60 4-490 1588
  • Review : Kekalkan kehijauan keaslian kejernihan dan kecantikan kampungku ini. Ya Allah. Mohd Syukri Wafi
  • Lebih Lanjut : Hutan Lipur Sungai Sedim

Lokasi #96 : Zoo Melaka & Safari Night

Zoo Melaka ini merupakan  yang kedua terbesar di Malaysia di bawah pengurusan baru Konsortium KKW Sdn Bhd. Ianya membuat perubahan baru dimana konsep terbuka dalam pameran haiwan, mempertingkatkan program pendidikan hidupan liar, program pembiakan haiwan dan pemuliharaan dan menjadikan zoo sebagai kawasan rekreasi yang sebenar. Safari Night yang sentiasa popular pula dirancang untuk menjadi antara Safari Night yang lebih hebat untuk memberi peluang kepada pelawat melihat dan memerhatikan tingkah laku haiwan pada waktu malam di habitat semulajadi mereka.

  • Alamat : Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka 75450
  • Nombor Telefon : 06-232 4053
  • Review : Haiwan tidak banyak seperti yang dijangka. Ada kandang yang kosong dan haiwan dalam kandang tidak seperti yang dinyatakan di papan informasi. Marhamah Abu Zahar
  • Lebih Lanjut : Zoo Melaka & Safari Night

Lokasi #97 : Pelbagai Tempat Menarik di Langkawi

Pulau Langkawi yang terletak di perairan negeri Kedah merupakan satu pulau yang sangat maju di Malaysia dengan pelbagai tempat yang boleh dilawati. Untuk melihat sendiri pelbagai Tempat Menarik di Langkawi, anda bukan sahaja boleh menaiki feri, tetapi juga boleh menaiki pesawat. Ya, oleh sebab itu Pulau Langkawi sangat terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi wajib pergi jika datang ke Malaysia. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda senarai tempat menarik di Langkawi yang boleh anda jejaki.

Lokasi #98 : Cowboy Town A’Famosa

Jika anda ingin merasakan suasana seperti di pekan cowboy, di sini merupakan pilihan yang paling tepat. Bagaimana suasana cowboy? Apa yang terdapat di pekan cowboy? pasti akan terjawab setelah anda datang ke mari. Tempat ini sangat sesuai datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

  • Alamat : Jalan Kamus, Simpang Empat, Alor Gajah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia, 78000
  • Nombor Telefon : 06-552 0888
  • Waktu Operasi : 6:00 P.M 12:00 A.M
  • Review : Exiting with lots of activities. Prasath Ramasamy.
  • Lebih Lanjut : Cowboy Town

Lokasi #99 : The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium ini terletak di dalam The Shore Shopping Complex. Ianya antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini terdapat pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut.

  • Alamat :  01, The Shore Shopping Gallery,, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Dua, 75100 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-282 9966
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m
  • Review : Worthy for that price , you can touch the sea creatures , got learning quiz stage by stage, can see alot of turtle at close distance. Chan Kum Loong.
  • Lebih Lanjut : The Shore Oceanarium

10 Destinasi Percutian Menarik di Malaysia

Facebook Comments