Santuari Burung Kuala Gula Tempat Menarik di Perak

675

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Santuari Burung Kuala Gula Tempat Menarik di Perak

Assalamualaikum. Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan, terletak kira-kira 50 kilometer antara Taiping dan Kuala Kurau. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang meliputi kawasan beting berlumpur dan hutan paya bakau. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Perak.

Kawasan yang berkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api. Pulau tersebut penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burung residen. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau dan rumpai paku pakis bakau

Secara amnya, terdapat 48 spesies burung hijrah yang singgah di Santuari Burung Kuala Gula dua kali setiap tahun, iaitu antara bulan September hingga Mac. Burung-burung tersebut berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China, Jepun dan Siberia.

Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! MELIHAT PELBAGAI JENIS BURUNG DI SELURUH DUNIA DI SANTUARI BURUNG KUALA GULA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 34350 Kuala Kurau, Perak.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Santuari Burung Kuala Gula

Aktiviti Sesuai

Bagi mereka yang berminat, kegiatan utama di sini ialah mengintai burung-burung, sama ada dari atas bot atau rumah pemerhatian burung yang terletak di tengah laut.

Jenis Burung Yang Ada

di Kuala Gula ada dua kategori burung, iaitu residen dan hijrah (migratory birds). Kedua-dua jenis burung itu menjadi tarikan utama peminat burung ke Kuala Gula ini.

Kerana burung-burung tersebut Kuala Gula muncul di atas peta dunia, khususnya di kalangan pencinta dan penyelidik burung, sebagai salah satu tempat persinggahan burung-burung iklim sejuk yang paling popular.

Fakta Menarik

Burung-burung berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China, Jepun dan Siberia singgah dalam perjalanan ke Australia antara September hingga Disember bagi mengelakkan musim sejuk di negara berkenaan.

Manakala, laluan persinggahan mereka kali kedua di pusat itu ialah dari bulan Januari hingga Mac iaitu ketika penerbangan untuk kembali dari Australia ke negara asal berkenaan untuk sama-sama menikmati musim panas.

Pada musim itu, mereka akan mengawan, bertelur, menetaskan baka masing-masing sehingga awal musim gugur yang mana mereka akan kembali terbang ke negara Hemisfera Selatan dan singgah semula di pesisir pantai dari Haadyai ke Johor, termasuk Kuala Gula.

Begitulah kitaran hidup burung-burung hijrah tersebut yang akan berterusan selama-lamanya, mungkin hingga dunia kiamat, dengan syarat beting berlumpur di pantai persinggahan mereka, termasuk Kuala Gula, tidak dicemari oleh kegiatan manusia.

Namun, yang menjadi tarikan sebenar kepada kawasan hutan paya bakau ini, terutama di peringkat antarabangsa, ialah kehadiran 25 pasangan burung botak upeh (mycteria cinerea) dan burung botak (leptoptilos javanicus).

Aktiviti Menarik Lain

Di Kuala Gula, selain mengintai burung, anda mempunyai pilihan lain, terutama kaki pancing kerana perairan itu merupakan lubuk ikan sembilang, belanak dan kerapu yang memang banyak bersarang di situ.

Anda juga berpeluang untuk melawat kawasan penternakan kerang dan ketam nyiur atau menyaksikan cara unik nelayan mengaut kerang dari atas sampan yang sedang berpusing 360 darjah.

Bagi peminat seni fotografi alam semula jadi pula, kawasan ini adalah syurga flora dan fauna kerana hutan paya bakau itu kaya dengan mamalia seperti kera, lotong kelabu, memerang bulu licin, tikus paya, ikan lumba-lumba hidung botol, kucing batu dan musang.

Kemudahan

Di Kuala Gula, sebuah rumah rehat yang mempunyai tiga bilik disediakan untuk pegawai-pegawai penyelidik yang menjalankan kajian mengenai habitat hutan paya bakau dan hidupan liar. Terdapat juga dua buah calet yang disewa dengan kadar harga berpatutan.

Selain itu, pembinaan kompleks penginapan berupa calet, restoran dan tandas. Di situ, terdapat juga sebuah pusat penerangan berfungsi sebagai tempat maklumat dan risalah mengenai kajian, senarai spesies dan gambar-gambar burung serta sejarah Kuala Gula. Ia mempunyai sebuah bilik taklimat.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Santuari Burung Kuala Gula

Jom Lihat Review Pengunjung di Santuari Burung Kuala Gula

Paradise for bird lovers. Anuar Talib.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada ww1.utusan.com.my dan www.malaysia.travel kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu. Sekiranya anda peminat burung bolehlah datang ke sini. Pasti anda tidak akan menyesal.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Santuari Burung Kuala Gula, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Santuari Burung Kuala Gula.

Facebook Comments
Suka Tempat Ini, Beri 5 Bintang