Rumah Terbalik Tempat Tumpuan Pelancong di Melaka

Upside Down House Gallery MalaccaAssalamualaikum. Salah satu tempat menarik di Melaka yang kini menjadi pilihan pelancong untuk merasai sendiri keunikan berada dalam situasi yang pelik iaitu di Rumah Terbalik Melaka (Upside Down House). Di Malaysia terdapat beberapa galeri rumah terbalik seperti ini seperti di Johor, Sabah dan Negeri Sembilan. Rumah terbalik ini sangat menarik untuk dilawati bersama kawan-kawan atau keluarga.

Rumah terbalik ini dibuka secara rasmi pada 21 November 2014. Tempat ini telah menjadi tarikan utama di Melaka kerana keunikan dan menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Destinasi ini terus menjadi kunjungan pelancong terutamanya pada hujung minggu dan msim cuti sekolah.

Konsepnya seperti namanya, semua benda dalam rumah ini dibina dalam keadaan tunggang terbalik. Anda boleh bergambar dari posisi terbalik dan gambar anda akan menjadi sangat menarik. Anda juga boleh bergambar seperti spiderman, walk on te moon, zero graviti floating dan sebagainya.

Dari luar bangunan ianya tidak kelihatan terbalik. Apabila masuk ke dalam rumah ini, semua peralatan dalam rumah ini kelihatan terbalik. Ramai pelancong di dalam mahupun di luar negara akan berkungjung ke sini untuk merasai sendiri keunkannya. Jadi, admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! RUMAH TERBALIK YANG SANGAT PELIK DAN UNIK DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : G12&G14, Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 011-1072 2260
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Facebook : Upsite Down House
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Rumah Terbalik Melaka

Abadikan Kenangan Unik

Anda boleh bergambar dengan suasana di dalam rumah yang tunggang terbalik. Semua peralatan samada sofa, meja makan, meja hiasan, tandas, mangkuk jamban, katil dan sekecil-kecil gelas semuanya dalam keadaan terbalik. Bagi yang belum pernah melawati tempat seperti ini akan terasa sedikit pening dengan keadaan sebegini tetapi menyeronokkan.

Pastikan anda mengambil posisi yang betul bagi menampakkan ianya dalam keadaan terbalik. Memang seronok datang ke sini sambil bergelak ketawa dengan akwan-kawan dan keluarga.

Harga Tiket

Harga tiket rujuk jadual di bawah.

Tips Pengunjung

  1. Jika anda datang sendiri, jangan bimbang kerana terdapat staff disini yang akan membantu.
  2. Anda kemungkinan besar akan beratur di luar jika datang pada hujung minggu. Hanya 35 pengunjung sahaja yang boleh masuk pada suatu masa.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Rumah Terbalik

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Rumah Terbalik Melaka

 

Very good place. Staffs are very friendly. They will guide you to take photos. Jerald Alex.

Good place for a family/friends outing. The place is not so big, just 3 rooms with different settings – dining, drawing, study and bath – rooms. But with your imagination you can take a lot of interesting pictures! The staff is helpful and easy going, and they’d help you (your group) to take pictures and suggest good poses. Overall, a nice place to visit! Sumanta Bose.

Good to experience this one if you have never been, staff really helpful to take pictures. Theodorus 90.

Very friendly staff help to take photo , and give a lot ideal for photo. Good recommend. Munwei Sia.

Very interesting tourist spot. everything upside down. the only things is too small. JYao Liu.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.travengler.com, www.jomjalan.com.my, cikanotx.blogspot.my dan www.caridestinasi.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat menarik dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Rumah Terbalik Melaka , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Rumah Terbalik Melaka.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka
Next articleBustel Klebang Tempat Penginapan Menarik di Melaka
rumah-terbalik-tempat-tumpuan-pelancong-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!