

Assalamualaikum. Di Malaysia telah banyak wujudnya rumah terbalik. Salah satunya di Sabah. Ianya merupakan tarikan terbaru di Sabah. Rumah terbalik ini telah menjadi tempat menarik di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa selama 30 minit.
Bagi pelancong yang ingin ke Kundasang, rumah terbalik ini harus dilawati kerana berada di tepi jalan ke Kundasang. Kedudukannya yang strategik memudahkan para pelancong untuk datang ke sini. Sudah pasti pengalaman baharu akan anda perolehi apabila berada di sini.
Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar.
Di tempat lain sukar untuk anda melihat semua benda berada dalam keadaan terbalik. Datanglah ke sini bagi melihat sendiri keunikkan susun atur rumah yang pasti mengujakan anda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
AWESOME! KEUNIKKAN DI RUMAH TERBALIK SABAH SANGAT MENGUJAKAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah.
- Nombor Telefon :Â 088-260 263Â
- Waktu Operasi : 7:00 a.m – 6:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Rumah Terbalik Sabah
Aktiviti Sesuai
Sudah pasti anda dapat bergambar bersama keunikkan rumah dan barang-barang yang dibina secara terbalik.
Harga dan Kos Terlibat
- Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun
- Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Apa yang menarik?
- Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.
- Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika.
- Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Rumah Terbalik Sabah
Jom Lihat Review Pengunjung di Rumah Terbalik Sabah
This place is entertaining. Though they offer quite a limited activity here yet I don’t think it could ever stop anyone from having fun. With all these creative ideas, the beautiful setting of the whole place giving every visitors the privilege to capture every details of their experience while visiting, definitely is something to remember. sitiliah Atin.
One of tourist attraction in sabah, you can also enjoy 3d museum, instead of the upside down house. Johnny Linus.
Another nice place to see, everything is upside down. Emre İlker
Loved it a unique first time experience for me and staff was very helpful. I recommend you visit there once. I couldn’t get enough time to visit the 3d museum though. Chromosome Five.
A bit dizzy after came out from the house but all tge picture turn out very nice. Its our first time coming here. Hany theboutique.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.sobriyaacob.com, kotakinabalutravelguide.com dan www.ceritakami.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Jangan lupa untuk singgah ke sini sekiranya dalam perjalanan ke Kundasang.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Rumah Terbalik Sabah , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Rumah Terbalik Sabah.