Roti Canai Kayu Arang Tempat Makan Menarik di Melaka

Roti Canai Kayu Arang MelakaAssalamualaikum. Di Melaka banyat tempat makan yang menarik untuk dicuba. Salah satunya ialah Gerai Roti Canai Kayu Arang. Nama gerai pun sudah menarik perhatian untuk mencuba makanan di sini. Admin masukkan gerai ini ke dalam tempat makan menarik di Melaka. Lokasi gerai ini letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco.

Gerai ini begitu terkenal dengan makanan pagi dan makanan traditional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus. Selain plbagai pilihan sajian makanan traditional, gerai yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai ini turut menyajikan hidangan sedap dan popular yang menjadi trend terkini dan menu olahan untuk menepati citarasa orang awam seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar.

Menariknya, di sini semua jenis roti canainya ditebar oleh penebar roti canai wanita dan digoreng di atas dapur atau kuali yang menggunakan bakaran kayu arang. Semua pasti tahu, harga kayu arang kini tersangatlah mahal! Namun, pemiliknya tetap mahu mengekalkan cara masakan menggunakan kayu arang dan keunikan rasa roti canainya yang merupakan menu utama yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia.

Gerai Roti Canai Kayu Arang ini juga terkenal dan pernah mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3 kerana keunikan cara masakan, keenakan makanannya dan perkhidmatan yang selalu menjadi sebutan orang ramai. Para pekerja dan pemilik gerainya juga sungguh peramah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! ROTI CANAI DIBAKAR MENGGUNAKAN KAYU ARANG YANG PASTI SANGAT SEDAP

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : lot 459 kg bakar batu mukim, 75350 Bachang, Malacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 16-661 2434
  • Waktu Operasi :  7:00 a.m – 12:00 p.m
  • Facebook : Roti Canai Kayu Arang Melaka
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Roti Canai Kayu Arang

Menu Utama

Menu utama disini adalah roti canai yang dibakar menggunakan dapur arang. Roti canainya seratus peratus dimasak menggunakan kayu arang dengan aroma yang sangat harum dan cukup menyelarakan, digoreng tanpa menggunakan minyak. Selain itu, kuah dalnya juga sungguh sedap, pekat dan amat menyelerakan.

Menu Istimewa

Roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar.

Menu Lain

Nasi lemak kukus dengan lauk-pauk seperti rendang ayam atau kerang, ayam goreng berempah, telur goreng, sayur kangkung,sambal sotong dan sambal paru.

Lontong, putu mayam, pelbagai jenis kuih-muih, bihun kari, otak-otak, satay, mee kari, mee soto, bihun soto, soto nasi dan macam-macam lagi.

Kuih Muih

Gerai ini juga sangat terkenal dengan pelbagai pilihan kuih-muih yang sedap-sedap antaranya adalah karipap daging, kuih lompang, kuih seri kaya, kuih lopis, kuih cucur, abok-abok, tepung pelita, kuih koci, kasui, samosa, kuih koleh kacang, popiah dan bermacam-macam lagi.

Jom Saksikan Menu di Roti Canai Arang Kayu

Jom Lihat Review Pengunjung di Roti Canai Kayu Arang

Delicious roti canai as it was cooked using charcoal. Lontong is okay. Be there early before 8 if u want a place to sit.. And must have a lot of patience.. Quite long waiting for food. But totally worth it for the roti canai. Solehan Imran.

Marvelous, am going everytime I am in Melaka. Should go early in the morning because it is always full of crowd. Frida Hassan.

The roti canai itself very delicious and cheapNoramalina Ahamad Sapawi.

variety of food. roti canai is fluffy and soft, exception to lontong, the rest is good. lots of people, may have to queue for empty table. Ai Abiom.

Delicious charcoal roti canai. Siti Raihanah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.destinationmelaka.my dan www.rebeccasaw.com kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Roti Canai Kayu Arang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Roti Canai Kayu Arang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Lempeng Tempat Makanan Menarik di Terengganu
Next articleNasi Padang Minang Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang
roti-canai-kayu-arang-tempat-makan-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!