Rockbund Fishing Chalet Tempat Menarik di Perak

Rockbund Fishing Chalet Tempat Menarik di Perak

Assalamualaikum. Admin pasti di luar sana ramai yang kaki pancing. Admin mahu kongsi ‘port’ menarik bagi kaki pancing. Pasti sangat sesuai bagi mereka tercari-cari kawasan untuk memancing. Rockbund Fishing Chalet merupakan tempat menarik di Perak.

Bagi isteri yang suaminya kaki pancing boleh cadangkan untuk datang ke chalet ini. Di sini merupakan lokasi memancing pantai yang lebih santai untuk anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi memancing ini menyediakan penginapan dan sesuai untuk merancang aktiviti team building.

Kawasan yang tenang di tepi laut sudah pasti membangkitkan suasana yang lebih nyaman. Kawasan ini berdekatan dengan Jeti Marina Island. Sekiranya anda hendak ke Pulau Pangkor dari chalet ini sudah dekat iaitu lebih kurang lima minit sahaja.

Bagi kaki pancing jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bukan sahaja dapat memenuhi hobi anda tetapi pada masa yang sama boleh bawa keluarga bercuti. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

COOL! KAKI PANCING WAJIB DATANG KE ROCKBUND FISHING CHALET

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Marina Island, Jalan Utama Marina Island, 32200, Perak.
  • Nombor Telefon : 016-558 0388
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Rockbund Fishing Chalet

Aktiviti Sesuai

  • Memancing
  • Menikmati matahari terbenam
  • Berkayak
  • Sambutan Majlis
  • BBQ
  • Photoshoot
  • Berbasikal

Harga dan Kos Terlibat

Harga bilik di sini berubah-berubah dan boleh booking online. Rate harga RM 220 hinggaRM 350.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Rockbund Fishing Chalet

Jom Lihat Review Pengunjung di Rockbund Fishing Chalet

Really hidden place, can avoid from the busy and crowd world. You may drive the car straight to the Chalet. Nice food and environment. Ericool Lim.

Amazing place, very kind staff, excellent food, juices and a splendid view. Highly recommended to spend some hours with friends or in a romantic mate! Orlando Fanti.

Nice place for fishing and relaxing. Also serving delicious food. Ilham Shafnaz.

U have to see sunset view.Awesome. Can see Pulau Pangkor from ur site. Hani Hazwani.

Beautiful view. Facing Pangkor Island on the other side. Good ambience and evening breeze. Ben Geronimo.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada sini.com.my dan arniesamsudin.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Bagi kaki pancing cari masa terluang untuk datang ke sini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Rockbund Fishing Chalet, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Rockbund Fishing Chalet.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articlePulau Giam Tempat Menarik di Perak
Next articleTop Spot Food Court Tempat Makan Sedap di Kuching Sarawak
rockbund-fishing-chalet-tempat-menarik-di-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!