

Ayam Penyek merupakan salah satu makanan yang popular di Sarawak selain Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Ayam penyek ini berasal daripada masyarakat kalimantan yang sangat sinonim dengan kesedapan ayam penyek mereka. Jadi untuk merasa ayam penyek yang sedap datanglah ke RJ Ayam Bakar yang pasti memenuhi citarasa anda.
Walaupun kedai mereka amat ringkas tetapi itu bukan melambangkan kesedapan sesuatu makanan. Ayam penyet ini telah menaikkan restoran ini sebagai restoran pilihan orang ramai yang berkungjung di Sarawak. Jika Singgah di Sarawak tidak lengkap sekiranya tidak singgah di restoran ini.
Admin hanya boleh ceritakan tetapi untuk mengetahui kebenarannya anda perlu pergi dan cuba sendiri. Selain ayam penyek terdapat juga menu lain yang popular iaitu ayam bakar, milo RJ dan cucur cheese. Jadi admin telah masukkan restoran ini ke dalam Peta Tempat Menarik bagi membantu anda mencari lokasinya.
AYAM PENYET POPULAR DI RJ AYAM BAKAR, KUCHING, SARAWAK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 291, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 82-414 797
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 2:30 a.mÂ
- Facebook : RJ Ayam Bakar
- Peta Lokasi :Â
Apa yang Menarik di RJ Ayam Bakar Kuching, Sarawak
Menu Popular
Pelbagai Jenis Ayam Penyek yang disediakan disini Antaranya:
- Raja Ayam Bakar
- Raja Ayam Penyek
- Raja Ikan Bakar
- Talapia Penyek
- Pecel Lele
- Sotong Penyek
- Udang Penyek
Terdapat juga masakan panas yang disediakan disini:
- Pelbagai Nasi Goreng RJ
- Pelbagai Mee Goreng RJ
- Pelbagai Kuew Teaw RJ
Untuk menu-menu lain dan harga rujuk gambar di bawah
Jom Lihat Menu di RJ Ayam Bakar, Kuching, Sarawak.
Jom Lihat Review Pengunjung di RJ Ayam Bakar Kuching, Sarawak
Most delicious ayam bakar in town even at peninsular malaysia i never tasteful like this. Muhammad Naqiuddin Muaz.
Ayam penyet is really really good here. A little spicy. But the chili sauce is really hot. Luckily served separately. Also find the fried banana cheese here the best. Lunch time seems rather quite. Evenings usually packed. Nice atmosphere. Paul Gerarts.
Dont forget to get Nasi Ayam Bakar!! Delicious!! Great places to chit chat. aswarash ash.
Nice environment, awesome food. Do try their Raja Ayam Bakar and Pisang Cheese. Loved it! Muhammad Effendy Abdul Karim.
The best Ayam Bakar in Town. Recommended for new in town. mohamad hafiz abdul wahab.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada saji.my dan amerjaya.blogspot kerana memberi maklumat mengenai restoran ini. Banyak maklumat yang diperolehi dan sangat membantu dalam penulisan mengenai restoran RJ Ayam Bakar. Terima kasih juga kerpada beindulged.blogspot, cheriterazanyra.blogspot dan getteaspoon.com atas gambar yang telah dimuat turun dan menjadi bahan kepada post ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di RJ Ayam Bakar , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke RJ Ayam Bakar.