Restoran ZZ Sup Tulang Tempat Makan Menarik di Johor Baharu

Restoran ZZ Sup Tulang

Assalamualaikum. Johor Bharu mempunyai tempat makan yang banyak. Salah satunya ialah Restoran ZZ Sup Tulang yang terletak di bandaraya Johor Bharu. Jika anda teringin makan sup tulang, restoran ini harus dikungjungi kerana sup tulangnya sangat sedap. Restoran ini merupakan tempat makan menarik di Johor Bharu. 

Setiap hidangan sup tulang disini akan didatangkan dengan beberapa ketul tulang ‘gearbox’ dengan straw untuk menyedut sum-sum tulang. Menu utama yang akan selalu diminta oleh pelanggan ialah mee rebus sup tulang. Mee Rebus sahaja pun dah nampak sedap, inikan pulak ditambah dengan Tulang. Memang nampak menyelerakan bila Mee Rebus Tulang yang kita order tu sampai di meja.

Mee Rebus Tulang di sini mempunyai satu rasa yang unik dan sangat sedap. Kuahnya bukan sahaja pekat tapi penuh dengan rasa rempah-rempah istimewa. Rasa pada kuahnya sangat pekat dengan rasa daging yang seolah-olah ianya telah dimasak begitu sebati. Daging pada tulangnya juga amat lembut dan sesuai menjadi pelengkap bagi kuah Mee Rebus.

Restoran ni juga menjual makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng, Kerang Bakar dan termasuklah Otak-Otak yang sudah semestinya terkenal di Johor. Jadi jangan lepas peluang untuk mencuba sendiri makanan di Restoran ZZ Sup Tulang ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! SEDUP SUM-SUM TULANG DALAM MEE REBUS YANG PASTI ‘TERANGKAT’

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 7-224 0417
  • Waktu Operasi :  7:00 a.m – 2:00 a.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran ZZ Sup Tulang

Menu Utama

Mee Rebus yang dihidangkan bersama dengan Tulang. Selain pilihan Mee Rebus Tulang, Mee Rebus kat sini boleh juga dihidangkan dengan Daging ataupun Ayam.

Menu Lain

Disini juga ada menjual masakan panas, otak-otak, mee sup ayam dan juga western food.

Konsep Kedai

Restoran ni dibina di kawasan berpokok-pokok ala-ala seperti di dalam kampung. Ruang makannya dihiasi dengan pondok daun nipah bagi menghidupkan suasana semulajadi. Kalau nak makan bersila pun boleh.

Jom Saksikan Menu di Restoran ZZ Sup Tulang

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran ZZ Sup Tulang

The best sup tulang in JB. must try the goreng pisang with spicy soy source. muhammad afiq.

Excellent taste and reasonable price. craxkern1.

Nice environment! I really enjoy the calmness, soothing environment while eating Mee Rebus at this place.Food is good and cheap also. H.Hafiz.

Very delicious soup and affordable price. Syuk RGV.

Nice place and environtment. Lots of people came here during weekends. Favourite dish is mee rebus tulang. Place near yayasan warisan johor. Enjoy eating here. Mohd Shahril.

 

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada mohdzarin.com/blog/ kerana telah berkongsi maklumat dan gambar menarik mengenai restoran ini. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran ZZ Sup Tulang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke _____.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Hantu Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang
Next articleKedai Makan Nasi Kuning Tempat Makan Menarik di Kelantan
restoran-zz-sup-tulang-tempat-makan-menarik-di-johor-baharuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!