Restoran By T Laksam Tempat Makan Menarik di Kelantan

Restoran-Laksam-By-T-Laksam

Assalamualaikum. Satu lagi tempat makan yang sedap di Kota Bharu ialah di Restoran By T Laksam yang terletak di Kampung Panji Kota Bharu. Restoran ini memang popuar di kalangan masyarakat tempatan yang ingin makan laksa dan laksam yang sedap dan kedai ini telah bertapak selama 16t tahun. Admin masukkan restoran ini ke dalam tempat makan menarik di Kelantan.

Kalau orang luar mungkin laksam ini sesuatu yang baru bagi mereka. Laksam ini agak berbeza daripada laksa biasa kerana meenya berbeza. Laksam merupakan suatu produk makanan yang masih menggunakan sepenuhnya kaedah tradisional, di mana tepung beras yang telah dibancuh sempurna dikukus di atas tudung periuk selama beberapa minit di dalam kukusan bertingkat pastinya mengambil masa untuk menyiapkannya.

Benda yang paling penting bagi menentukan laksam sedap atau tidak adalah kuahnya. Di restoran ini kuah laksam sangat sedap kerana pengusahanya meletakkan santan dan ikan segar dalam kuantiti yang banyak. Disini kita boleh meletak extra lauk seperti telur puyuh, serunding dan ayam. Lksam dengan lauk lain dipanggil laksam special.

Selain dari laksam , pengunjung juga boleh membuat pilihan untuk menikmati Laksa Kelantan Kuah Lemak, Laksa Penang dan Nasi Kerabu. Jadi sekiranya anda datang ke Kelantan jangan lupa singgah ke restoran ini yang pasti menjanjikan makanan yang sedap dan menarik. Admin kongsikan Peta Tempat Makan Menarik ini. Semoga Bermanfaat.

LAKSAM SANGAT SEDAP DI RESTORAN BY T LAKSAM KOTA BHARU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Waktu Operasi : 3:00 p.m – 10:30 p.m
  • Facebook : Laksam By T Laksam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Laksam By T Laksam

Menu Utama

Disini menyedaikan laksam dengan kuahnya yang sangat sedap. Anda juga boleh menambah lauk seperti telur puyuh dan serunding. Menu ini adalah laksam special.

Selain dari laksam , pengunjung juga boleh membuat pilihan untuk menikmati Laksa Kelantan Kuah Lemak, Laksa Penang dan Nasi Kerabu.

Jom Saksikan Menu di Restoran Laksam By T Laksam

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran By T Laksam

The gravy is extremly wonderfull , thick and savoury , always go for special. fat miao.

Good food. Mohd Jasmin.

Famous laksa and laksam (kelantan traditional food). Naguib Zakaria.

Sedak lakso nga lakse dio. Tuju Tuju Ngurut.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kedaimakankelantan.blogspot.my dan www.caridestinasi.com kerana memberi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang dikongsi dangat berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran By Laksam , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran By Laksam.