Restoran Singgang Budu Tempat Makan Menarik Di Terengganu

Restoran Singgang Budu TerengganuAssalamualaikum. Makanan masakan kampung sangat menyelerakan. Di Terengganu makanan tradisi seperti ikan singgang sangat sedap di makan bersama budu. Restoran Singgang Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur dan merpakan tempat makan menarik di Terengganu.

Perniagaan yang diusahakan secara perkongsian antara Zulkalmul dan Mohd Luqman ini memilih juadah masakan tradisional Terengganu sebagai menu utama restoran mereka. Anda pasti akan terpikat dengan masakan tradisiinal Terengganu ini. Walaupun ringkas tetapi ianya dapat membuka selera sesiapa sahaja yang meminati masakan ala kampung.

Antara menu tradisional masakan negeri ini ialah nasi putih, ikan singgang, ikan panggang, ikan goreng, ayam kampung goreng, ulam – ulaman dan budu serta dua menu istimewa iaitu lidah lembu goreng dan laksa singgang. Kepada yang belum biasa mendengar menu ini pasti akan berasa pelik tetapi apabila sudah cuba pasti mahu lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri makan nasi bersama budu di restoran ini. Terdapat juga menu lain seperti masakan panas. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! MAKAN NASI DENGAN BUDU DI RESTORAN SINGGANG BUDU TERENGGANU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 012-9668584
  • Waktu Operasi :  12:00 tengah hari – 10:00 malam
  • Facebook : Restoran Singgang Budu Terengganu
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Singgang Budu

Menu Utama

Di restoran ini meyediakan makanan traditional orang terengganu iaitu nasi bersama ikan singgang dan budu. Selain itu, terdapat juga ikan bakar, sotong bakar dan lauk pauk makan tengah hari yang pasti akan mebuka selera anda.

Terdapat juga masakan panas. Restoran ini juga menyediakan cendol sebagai pemanis mulut. Udang celup tepung juga menjadi pilihan pelanggan disini.

Konsep Restoran

Restoran yang santai tetapi selesa.

Jom Saksikan Menu di Restoran Singgang Budu

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Singgang Budu

Eat here like at your home. Nur Wardah.

Traditional menu. Mohamad Yusainee.

Staff nice, dishes sedap, ulam, sambal belacan, budu ,mango shake ,semua sedap belaka! Ai Lian.

Alhamdulillah, konsep kedai yg santai dan menarik, menu yg pelbagai. Azima Alias.

Lauk sedap! kena pula ikang panggang dengan air asam, cendol durian pom sedap. Harga pun berpatutan. Sitiey Luezia.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada beautifulterengganu.com.my dan www.debeqgroup.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Singgang Budu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Singgang Budu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePasar Besar Kedai Payang Tempat Membeli Belah Utama di Terengganu
Next articleNasi Lemak Ayam Kampung Tempat Makan Menarik di Ipoh
restoran-singgang-budu-tempat-makan-menarik-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!