Restoran SeaShells Laman Padi Tempat Makan Menarik di Langkawi

Restoran SeaShells Laman Padi

Assalamualaikum. Anda mencari tempat makan menarik di Langkawi? Terdapat banyak tempat makan menarik yang boleh anda kungjungi di Langkawi. Antaranya ialah Restoran Seashell yang terletak di Laman Padi. Tempat makan ini admin kategorikan sebagai tempat makan menarik di Langkawi kerana telah menjadi bualan orang ramai dan sangat popular di Langkawi kerana masakan, suasana dan kedudukannya yang strategik.

Restoran ini terletak betul-betul di pintu masuk Pantai Chenang. Restoran ini merupakan tarikan pengunjung untuk ke Laman Padi. Mengekalkan Suasana Kampung Melayu, restoran ini mewarisi pengaruh sawah padi yang memang simbolik kepada negri Kedah. Pasti pemadangan dan suasana restoran ini akan meningkatkan lagi selera makan anda.

Makan di sini dengan pengalaman melayu kampung, masakan melayu dan masakan barat yang dihidangkan dalam hiasan Kampung tradisional. Semua jenis makanan terdapat disini dan anda mempunyai banyak pilihan. Sangat sesuai untuk membawa keluarga makan malam disini kerana masakan dan suasana yang sangat menarik.

Jadi jangan lupa singgah dan cuba sendiri makanan di restoran ini. Admin yakin anda tidak akan menyesal dan berpuas hati dengan masakan dan layanan di restoran ini. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini sebagai panduan. Semoga bermanfaat.

WOW! NIKMATI SUASANA MAKAN MENARIK DI RESTORAN SEASHELL LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : The Seashells @ Laman Padi Pantai Cenang, Mukim Kedawang 07000 Langkawi Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +604-955 3581 / 82
  • Waktu Operasi :  2:00 p.m – 12:00 a.m (Rabu Tutup)
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Seashells Langkawi

Menu Utama

Disini meyediakan menu ala kampung, masakan melayu dan masakan barat. Antaranya ialah nasi kukus ikan siakap, nasi kukus itik, steamboat dan banyak lagi.

Harga Menu

Harga menu mengikut hidangan yang dipilih. Dibawah admin berikan harga untuk 2 orang makan bagi menu tertentu.

  • Set Ayam Kampung (2Pax) RM45
  • Set Itik (2Pax) RM45
  • Set Daging (2Pax) RM40
  • Set Betis Kambing (2Pax) RM55
  • Set Ikan Siakap (2Pax) RM55
  • Steambot RM28/pax
  • Drink from RM2.50-RM28

Konsep Restoran

Restoran ini mengekalkan suasana melayu kampung yang mengekalkan suasana sawah padi yang sangat sinonim dengan Negeri Kedah. Anda juga dapat menikmati hidangan di tengah sawah padi. Pasti pengalaman yang baru bagi anda.

Jom Lihat Menu di Restoran Seashell Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Seashells Langkawi

Great value! We had a Beef Rendang platter for just RM40 for the 2 of us!! You sit on the floor on a jetty over a paddy field, very unusual and special. Russell Knight.

Really good seafood, fresh. You can even pick the fish you want if you like. I went with friends who are seafood aficionados, they loved it. Richard DeHaven.

The food,the view is amazing. Suzie B.

Sedap dan puas hati. Edi Rozaidi.

Suasana dan Makanan Kampung Terbaik. Zi Ra.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada naturallylangkawi.my dan lizcherrylover.blogspot.my diatas maklumat dan gambar yang telah dikongsikan di laman web mereka yang sangat berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Seashells Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Seashells Langkawi.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePantai Pasir Tengkorak Tempat Menarik Di Langkawi
Next articleKompleks Kraft Tempat Menarik Di Pulau Langkawi
restoran-seashells-laman-padi-tempat-makan-menarik-di-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!