Restoran Sambal Hijau Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

345

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Restoran Sambal HijauAssalamualaikum. Anda pasti mempunyai kesukaran untuk mencari tempat makan yang menyediakan masakan ala kampung di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur terdapat sebuah tempat makan yang menyediakan makanan ala kampung pada waktu tengah hari yang pasti akan memikat hati anda. Restoran Sambal Hijau merupakan  tempat makan menarik di Kuala Lumpur.

Restoran Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 80 jenis masakan istimewa, lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman berkualiti dan lazat untuk anda nikmati setiap hari. Makanan yang disediakan pasti akan membuka selera anda dan anda mempunyai banyak pilihan lauk mengikut citarasa sendiri. Restoran ini juga pernah mendapat liputan daripada rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

Pelanggan akan membanjiri restoran iRestoran Sambal Hijau pada waktu tengah hari. Anda perlu datang lebih awal bagi megelakkan daripada tiada tempat duduk dan akan kecewa. Selain daripada makanan tengah hari, disini juga menyediakan makan malam. Anda boleh membawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan di sini.

Jangan lupa untuk datang ke Restoran Sambal Hijau bagi merasai sendiri keenakkan lauk pauk dan makanan lain yang disediakan. Anda pasti tidak akan menyesal dan berpuas hati dengan semua hidangan di restoran ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MASAKAN KAMPUNG DI RESTORAN SAMBAL HIJAU KUALA LUMPUR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-7731 2045
  • Waktu Operasi : 7:30 a.m – 2.30 a.m
  • Facebook : Restoran Sambal Hijau KL
  • Website : sambalhijau.my
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Sambal Hijau

Hidangan Pagi

Menyediakan sarapan pagi seperti juga restoran lain. Bermula seawal pukul 7 pagi, sudah tersedia sarapan pagi untuk anda. Pilihlah nasi lemak, lontong, kuih muih, roti bakar, telur setengah masak dan sebagainya.

Hidangan Tengah Hari

Seawal pukul 9 pagi sudah diangkat lauk pauk menu tengah hari (masakan syif pagi). Pengunjung yang hendak makan nasi putih sebagai sarapan, sudah tersedia lauk pauk, (lingkungan 15 jenis lauk pauk) dan sayur-sayuran.

Hidangan Malam

Pada sebelah malam, Restoran Sambal Hijau meriah. Disediakan hidangan Ala-Carte Masakan Thailand yang enak sekali.

  • Pelbagai Hidangan Masakan Thailand.
  • Disediakan pakej hidangan untuk keluarga.
  • Dari 6 petang hingga 2 pagi, setiap hari.

Menu untuk makan tengah hari juga terus disediakan pada sebelah malam.. Ada kalanya sehingga pukul 10 malam. Jadi, untuk makan malam, pengunjung mempunyai pilihan sama ada memilih ‘Menu Tengah Hari’ atau Ala-Carte Masakan Thailand. Atau kedua-duanya.

Hidangan Bakar

Diperap dengan rempah khusus sebelum dipanggang dengan teliti. Diangkat tepat masanya untuk mengekalkan jus.

  • Antara hidangan yang terlaris
  • Untuk Hidangan waktu siang
  • Ikan kembung, Ikan sembilang (atau keli), ikan pari.

Hidangan Sampingan

Disediakan hidangan sampingan yang enak. Antaranya ialah Tauhu Bakar, Kerang Bakar, Rojak Buah.

  • Disajikan dengan segera.
  • Tersedia mulai pukul 5 petang
  • Kegemaran ramai.

Dessert Sepanjang Hari

Antaranya yang laris dan popular: Badak Berendam, Pulut Durian (sepanjang tahun), Onde-onde, Tapai Pulut, Bubur Sum-Sum, Puding Karamel, Dadih, Dodol, Wajik, Kek Keju, Jeli Kelapa, Tapai Ubi, Durian Crepe,dan berbagai-bagai lagi.

  • Pelbagai pilihan dessert yang enak dan menyegarkan. Ditambah dari semasa ke semasa.
  • Dessert berasaskan durian tersedia sepanjang tahun.
  • Tersedia sepanjang hari.

Jom Saksikan Menu di Restoran Sambal Hijau

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Sambal Hijau

Awesome malay cuisine…variety of food. Fast serve, affordable price. Recommended. Almost ten years serving good of variety food. Hakiem Ismail.

Huge variety of Malay cuisine is here. From desserts, kuih-muih (mini cakes/cookies) to rice! Ahmad al-Hady Abdul Razak.

Good restourant because wide range of choices. You can get crab, sea fish, fresh water fish and few other dishes. Haffiz Hissham.

Great food here. My friend invited me for dinner. Oxtail soup or Sup Ekor was excellent. Cooked for long time, Taste the sweetness of the beef broth and rich bone broth. Nasi padang selections and menu items. Lots of dessert selections too. Great food selections. Kuan Siew.

What a place to get real Malay food, recommended place to hang out for group session. Kamarul Ariffin.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada laman web restoran ini kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata restoran ini memang menjadi pilihan orang ramai untuk menikmati hidangan ala kampung. Kepada sesiapa yang berada berhampiran dengan restoran ini wajib untuk mencuba sendiri.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Sambal Hijau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Sambal Hijau.

Facebook Comments