Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu Kesegaran Ulam Yang Tiada Bandingan

Restoran Nasi Ulam Cikgu Kesegaran Ulam Yang Tiada Bandingan

Assalamualaikum. Apabila bercakap tentang ulam, ramai yang terliur. Tambahan pula, ulam memiliki banyak kebaikan lebih-lebih lagi untuk awet muda. Maka, sambil-sambil memuaskan selera, dapatlah jaga kesihatan & jaga penampilan. Zaman sekarang bukan perempuan sahaja yang amat jaga penampilan, malah lelaki pun ingin kelihatan segak dan tampan. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dengan mereka. Terdapat satu restoran di Kelantan yang berkonsepkan ulam-ulaman iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu yang berada di Kota Bahru, Kelantan. Ia amat dikenali kerana menjadi salah satu tempat makan menarik di Kelantan.

Nama ‘Restoran Nasi Ulam Cikgu’ diletakkan di restoran ini kerana dengan sebab tertentu. Segala makanan di restoran ini berkonsepkan ulam-ulaman. Bukan ulam-ulaman biasa bahkan ulam-ulaman yang segar dan banyak. Pasti anda akan terkejut jika pertama kali datang ke restoran ini kerana kepelbagaian ulam di restoran ini. Hidangan yang wajib adalah budu tetapi ia bukan budu biasa yang dapat di dalam botol. Malahan ia adalah budu segar yang pihak restoran dapat di kampung berdekatan. Budu tersebut sedikit pekat dan rasa budunya memang kaw!

Cara hidangan Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah secara layan diri. Anda perlu ambil nasi sendiri dan pilih ulam-ulam yang terpaut di hati. Servis yang diberi juga amat baik. Tray lauk akan sentiasa diisi tanpa disuruh. Pelayan-pelayan di restoran ini amat peka akan perkara tersebut.

Nasi Ulam Cikgu ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu , di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah. Kawasan ini suatu ketika dahulunya adalah kawasan Istana Di Raja Kelantan. Meyusur masuk ke dalam laman premis ini, sudah pastinya anda akan merasa agak kekok kerana premis ini terletak di bawah rumah dihiasi dengan larik-larik kayu menarik bagaikan sebuah istana. Kami akan kongsikan Peta Tempat Makan Menarik ini.

HEBAT! RESTORAN NASI ULAM CIKGU PASTI AKAN MEMIKAT DERIA RASA LIDAH ANDA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Restoran Nasi Ulam Cikgu

Menu yang Popular

  • Ikan Keli Goreng Berempah Percik dan Gulai Darat
  • Asam Pedas Ikan Patin dan Jelawat
  • Ayam Goreng Berempah Bakar dan Percik
  • Ikan dan Daging Singgang
  • Ulam-ulaman Sos Bilis Budu Sambal dan Kerabu

Harga dan Kos Terlibat

Satu hidangan untuk 6 orang dengan harga RM70 dan ia boleh ditambah tanpa ada bayaran tambahan.

Jom Lihat Menu di Restoran Nasi Ulam Cikgu

 

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Nasi Ulam Cikgu

The food here is good.The taste was good and same as the place also.But,the place is always full because of the price is too cheap. Nurul Huda, Kuching.

The food Nasi Campur Self Service was good. I love Ulam & everything in this cafe. Value for money. Mohd Syafiq, Putrajaya.

A branch of famous Nasi Ulam Kraftangan in city center. With varieties of local food including local salads (ulam), yet the price still consider cheap. Guest will eat in a traditional Malay design house. But in the hot sunny day, it will be a bit hot since there is no aircond area provided. Vannies Langka, Kuching.

They serve local food especially for lunch.The taste is very close to home cook food and price is very reasonable especially if you go in a group. But I went to the outlet near the market Siti Khadijah. Amar Marbat, Johor.

The restaurant is self service. The have a variety of ulam and dishes. The must try here is the sambal belacan. The sambal belacan was the best sambal belacan i’ve ever taste! Hanizah Khalil, Sungai Besi.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, datang dan rasa sendiri kesegaran ulam di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Terima kasih kepada kedaimakankelantan.blogspot.my kerana telah memberi maklumat mengenai warung ini dan banyak maklumat yang telah diperolehi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Nasi Ulam Cikgu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Nasi Ulam Cikgu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleHutan Royal Belum Tempat Menarik Di Perak Yang Belum Diterokai
Next articleWarung Badik-badik Tempat Makan Terkenal di Kota Bahru
restoran-nasi-ulam-cikgu-kota-bharuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!