Restoran Mat Binjai Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu

Restoran Mat Binjai di Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Terdapat banyak tempat makan terbaik di Kuala Terengganu. Salah satunya ialah Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman. Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari dan merupakan tempat makan menarik di Terengganu. 

Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Anda boleh memilih apa sahaja yang berkenan untuk dimakan. Harga akan dikenakan ke atas makanan yang dimakan sahaja.

Bila dapat makan masakan ala kampung memang nikmat. Tak lengkap kalau tak makan makanan kampung dengan budu dan ulam-ulaman. Makanan disini sedap. Sayur lemak campur, lala masak lemak, ikan gulai lemak dan ikan keli sambal. Semua makanan yang pasti membuka selera anda terdapat di sini.

Restoran Mat Binjai boleh dikategorikan sebagai antara tempat makan best dan sedap di Kuala Terengganu dan pernah mendapat liputan dalam rancangan “Teganu Kite” di TV1. Jadi, tunggu apa lagi? datanglah ke restoran ini apabila berkunjung ke Kuala Terengganu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MAKANAN BERHIDANG DAN PASTINYA SEDAP DI RESTORAN MAT BINJAI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 20000, 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m  – 4:00 p.m
  • Facebook :Restoran Mat Binjai (RMB)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Mat Binjai

Menu Menarik

Pelbagai jenis lauk tradisional Negeri Terengganu terdapat di sini. Istimewanya konsep di Restoran Mat Binjai adalah makan berhidang. Kalau anda datang bersama keluarga seramai 6 orang, nanti mereka akan datang hidang semua jenis makanan yang ada termasuk budu dan ulam-ulaman. Jangan terkejut pula tengok semua jenis makanan tu nanti.

Antara menu yang menjadi tumpuan ialah Sayur lemak campur, lala masak lemak, ikan gulai lemak dan ikan keli sambal dan banyak lagi.

Menu Istimewa

Disini terdapat juga menu istimewa iaitu telur penyu.

Harga Makanan

Bergantung kepada lauk yang dimakan.

Jom Saksikan Menu di Restoran Mat Binjai

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Mat Binjai

Good home cooked style dishes and reasonably priced too. Norman Ismail.

Simple local Malay dishes. Clean. SHW HarrisWong.

Would like to taste the traditional foods of Terengganu? This place is an ideal place for you. Most of the menu here are traditional foods and dishes that normally served at home. The tastes are delicious and exactly same with the taste of traditional Terengganu cuisines. I am really recommend this place if you are hunting for original Terengganu cuisines for your lunch. Muhammad Naim.

Makanan Sedap. Mohd Khairul Karim.

Good Terengganu cuisine served here. Mehmet Aly Aaron.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada myselera.com dan saji.my kerana memberi maklumat dan gambar menu yang menarik. Daripada gambar sudah terbukti makanan di sini sedap dan menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Mat Binjai, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Mat Binjai.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleJogjaBay Waterpark Percutian Keluarga Menarik di Indonesia
Next articleRestoran Lempeng Tempat Makanan Menarik di Terengganu
restoran-mat-binjai-tempat-makan-menarik-di-kuala-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!