Restoran Lempeng Tempat Makanan Menarik di Terengganu

Restoran LempengAssalamualaikum. Di Terengganu terdapat banyak tempat menarik untuk di lawati terutamanya pantai-pantai yang indah. Selain itu, Terengganu juga kaya dengan makanan-makanan yang sedap dan menarik. Salah satunya ialah lempeng. Lempeng atau bahasa standard ialah Pancake merupakan makanan traditional di Terengganu. Jika anda ingin mencuba datanglah ke Restoran Lempeng dan juga merupakan tempat makan menarik di Terengganu.

Di sini ada masakan panas dan yang penting hindangan utamanya ialah Lempeng Kelapa Muda yang dimakan bersama kuah kari daging. Bahan asas membuat lepeng iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Walaupun nampak simple tetapi rasanya sangat sedap dan menyelerakan. Anda perlu mencubanya sendiri.

Antara pilihan makanan lain yang digemari ramai ialah ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak. Menu istimewa dan pelik disini ialah air tuak aiskrim. Menu ini perlu dicuba kerana tiada di tempat lain. Anda akan berpuas hati dengan lempeng yang dihidangkan di restoran ini.

Datanglah bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mencuba lempeng ini. Makanan lain juga sedap dan menarik disini. Pengalaman makan disini pasti akan menjadi pengalaman yang indah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! LEMPENG SEDAP DAN MENARIK DI RESTORAN LEMPENG TERENGGANU.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-617 8660
  • Waktu Operasi : 11:00 a.m- 12:00 a.m 
  • Facebook : Restoran Lempeng
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Lempeng

Menu Utama

Lempeng Kelapa Muda yang dimakan bersama kuah kari daging

Menu Lain

Masakan Panas, Ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak, ikan bakar, makanan laut celup tepung

Menu Istimewa

Ais Krim Air Tuak

Jom Saksikan Menu di Restoran Lempeng

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Lempeng

Their signature dish, Lempeng Nyior Muda and Air Tuak Aiskrim is superb! Really love it. Muhammad Naim.

Enjoy varieties of terengganu traditional cuisine with a great sea view. A very-must visit restaurant whenever come to Terengganu. Nur Fadilah.

Sedap layan lempeng sambil dengar ombak. Syukri Ali.

Good to have traditional Malay food here. Datuk Yazid Othman.

Nice food. Siha Hafiz.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima aksih kepada travelmalaysia.me dan beautifulterengganu.com.my kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Lempeng, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Lempeng.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Mat Binjai Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu
Next articleRoti Canai Kayu Arang Tempat Makan Menarik di Melaka
restoran-lempeng-tempat-makanan-menarik-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!